Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peribahasa Bahasa Melayu

[t22l12] Peribahasa Rindu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Koleksi peribahasa Melayu tentang rindu dan kiasan perasaan, disusun mengikut urutan abjad. Adat muda menanggung rindu Maksud: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai cubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya). Api makan sekam (Seperti api dalam sekam) Maksud: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. sekam = dedak Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati Maksud: Sangat rindu atau sangat berkasih-kasihan. sarak = pisah Laksana jentayu menantikan hujan Maksud: Sangat rindu. jentayu = burung garuda yang besar Tedi berasa ingin tahu apa kisah jentayu dan hujan ini. Rupa-rupanya menurut mitos dan sastera lama (seperti dal...

[t23h10] Peribahasa Anak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Salam sejahtera ke atas kamu. Segala puji bagi Allah akhirnya Tedi kembali menaip dan pada pagi ini Tedi akan mencari dan menggali peribahasa Melayu yang berkaitan dengan anak, sama ada perkataan anak itu hadir dalam peribahasa tersebut atau maksud peribahasa itu mengandungi perkataan anak. Berpeluh ketiak juga menapis dan menaip kiriman ini kerana rupa-rupanya ada banyak peribahasa berkaitan anak di mana jumlahnya sekurang-kurangnya 150 peribahasa. Senarai peribahasa berkenaan anak dan maksudnya banyak menggunakan perkataan: anak , anak angkat ,  anak haiwan , anak kandung , anak orang , anak tiri , anak gadis , anak muda , anak kunci , anak dara , anak sasian , anak semang , anak buah , anak sendiri . [Senarai Peribahasa "Anak"] Senarai peribahasa berkaitan dengan anak ialah: Adat tua menahan ragam Akal sebagai makan nasi lecek Anak anjing takkan menjadi anak musang jeba...

[t22c22] Peribahasa Kebaikan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan (Susunan A-Z): Campak bunga dibalas dengan campak tahi. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. Lempar bunga dibalas lempar tahi. Mengambil puntung pemukul kepala. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Permata dibalas dengan senjata. Santan dibalas dengan tuba. Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. Seperti ulat lupakan daun. Hari ini Tedi mengkaji Peribahasa Melayu yang mempunyai maksud berkaitan kebaikan , sama ada kebaikan yang dibalas dengan kemuliaan mahupun jasa yang dilupakan begitu sahaja. Selalunya, peribahasa tentang kebaikan ini mengandungi perkataan seperti bunga, permata, santan, dan hujan sebagai metafora untuk menggambarkan nilai murni, manakala unsur seperti tahi, tuba, dan senjata pula sering digunakan bagi melambangkan balasan kejahatan. Senarai Peribahasa Tentang Kebaikan & Balasan Campak bunga di...

[t23j23] Peribahasa Melayu: Mustahil

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan Peribahasa Mustahil] Ara tak bergetah Awak tikus, hendak menampar kepala kucing Bagai si lumpuh hendak merantau Basuh tangan petap abu Bercintakan geliga di mulut naga Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema Bila pula biawak duduk? Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan Di manakah berteras kayu mahang Gila di abun-abun Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu Kelakatu hendak terbang ke langit Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan Kura-kura hendak memanjat kayu / Kura-kura memanjat kayu Kura-kura pandai kerabat kayu Langit akan disigai, tebat akan disiar Langkas buah papaya Mencari penjahit dalam rumput Mendirikan benang basah / Menegakkan benang basah Menegakkan sumpit tak berisi Mustahil tak berluluk mengambil...

Popular