Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _karya_master

Nocturne Buat Diriku

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Nocturne Buat Diriku Sekilas terkenangkan dirimu Apakah khabar dirimu di sana..? Sepimu mengundang resah...sejenak ku terfikir Adakah dirimu serupa... resah dengan sepiku Ku rasakan itulah hakikatnya Jari jemariku mengetik papan kekunci Mataku menatap skrin berona Sekilas wajahmu menerpa Apa khabar dirimu di sana..? Benarlah ku bekerja ini Mengejar cita kita Namun jika ia bermakna dikau kesepian Adakah daku membuatmu terluka Adakah dikau mengerti..? Ku rasa dikau cuba mengerti Cuma mungkin daku tidak memahami Saatku kelemahan… dikau menguatkan diriku Tapi tika dirimu perlu berteman Adakah aku menyedari..? Kekadang aku menyesali nasib diri Melibatkan dirimu dalam kisah hidupku Pantas aku menafi Semoga aku insan yang diciptakan buatmu Sekil...

Memoir seekor Tedi

Imej
Malaslah Tedi nak taip panjang-panjang petang ni, takut kurang pahala. hehehe... Kalau kawan-kawan ni hebat, di manakah lokasi kejadian? Cer teka, cer teka, cer teka... aku berlari, mengelilingi tasik sepi, angin terhenti aku kelemahan, aku kecungapan di mana kan berhenti? kesepian, lubuk hati hanya seekor, sendiri merasakan pohonan merimbun, seolah menanti ku hala bayangnya Tedi labuhkan punggung, atas rumpunan menghijau pandangan jauh Tedi lontarkan nun Istana Budaya Tedi tenung permukaan tasik, berkocak perlahan! gerak dan bunyi dalam fikiran hanya algoritma lantas berjalan, Tedi tersenyum, seekor diri suasana petang... menyambut pagi kedua-duanya, bagai tiada beza Tedi tersenyum, senyum sendiri apakah memoir ini? desiran bebuluh seolah menemani kicauan beburung riang sekali ingin sekali Tedi merebahkan tubuh ingin sekali Tedi ...

Rantaian Taqdir

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sejenak mengimbau Kehadiran diri ini Menempuh hidup di dunia Kadangkala terasa bagai tidak bererti Tiada bermakna Rantaian taqdir ketentuan Illahi Tidak dipersalahkan Kerana setiap satu pilihan diri Syukur dan kufur Dosa dan pahala Pilihanku Kenangan lalu ingin dikembalikan Mengubah yang terjadi Ungkapan kalau usah disebutkan Sedarlah Hari berlalu takkan berulang lagi Tiada guna daku meratapi pemergian semalam Cukuplah pengalaman menjadi pengajaran Buat menempuh masa depan Berserah kepada Tuhan Segenap nafas dan degupan jantungk...

[t17k05] Malam ini makan nasi

Imej
Refleksi Produktiviti & Nutrisi: Kadangkala, produktiviti kerja sampingan terjejas bukan kerana malas, tetapi kerana kurangnya sumber tenaga yang tepat. Dalam dunia kerjaya fleksibel atau side hustle , menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance) serta pemakanan yang seimbang adalah kunci utama untuk kekal fokus. Cuaca terasa hangat. Membuatkan badan semakin tak berupaya. Perut yang kempis berbunyi minta diisi. Saat tenaga terasa semakin tiada. Dua malam masa berlalu. Kerja sampingan bergerak perlahan. Terkadang terasa seolah tiada berkembang. Ku merenung dua hari berlalu. Apakah silapku? Sehingga terasa kehabisan semua tenaga? Adakah kerana amalan diet yang tidak menentu? Jika tidur yang terganggu, rasanya sudah diqada semalam yang lalu. Malam ini aku memutuskan. Perut perlu diisi. Bukan dengan mi atau roti. Tetapi dengan nasi makanan ruji. Moga malam ini akan bertenaga semula. Saat kedinginan cuaca dua hari berlalu kelihatan tiada datang...

[t07h18] Percaya

Imej
"Jejak atau sisa sesuatu yang hilang atau tidak lagi wujud." Refleksi Kerjaya & Psikologi: Itu adalah intipati kepada karya Master yang bertajuk Percaya ini. Coretan pada 1 Jun 2007 ini merakamkan fasa transisi Master dari AlJaroom Resources ke IKCM —sebuah penghijrahan yang melibatkan pengurusan emosi dan strategi keseimbangan kerjaya dan keluarga (Work-Life Balance) . Ia mencoretkan sebahagian konflik yang melanda diri ketika penghijrahan ini berlaku. Rasa sayangkan Aljaroom ditentang hebat oleh tanggungjawab terhadap keluarga. Pada ketika ini Master sering berasakan pada sesuatu masa ada pengalaman yang telah dilalui, tetapi tidak diingati di mana. Fenomena Deja Vu ini sering dikaitkan dengan kajian neuropsikologi dan fungsi memori manusia. Adakah ia hanya mainan minda atau sebuah petunjuk nyata? Jika mimpi, ia menjadi nyata, tetapi kenapa tidak diingati mimpi tersebut sehinggalah Master mengalami situasi nyata? Kod: 22e1920i75 | [Saturday, Au...

Teruskan Hidup

Teruskan Hidup Hidup diteruskan... Laluan hidup yang berduri Mesti jua kau lalui Walau keperitan yang dihadapi Tiada jalan untuk hindari Sengsara yang dirasa Ada yang lebih pahit menelannya Jangan kau lupakan hakikat ini Hidup mesti diteruskan Dengan penuh ketabahan Apa yang berlalu Jadikan pengajaran Walaupun kau terseksa dalam kehidupan Jangan sesekali kau berputus asa Hidup mesti diteruskan Walau apa ujian melanda Percaya kepada-Nya Dia akan bersama Marilah melangkah menempuh alam Membina masa depan yang pernah kau citakan Hidup diteruskan dengan pengharapan Pasrah mengharapkan keredhaan Jika dikejar dunia fana Pastikan lelah dibuatnya Bersederhana dalam kehidupan Jangan kecewa dengan ketentuan Moga hidupmu akan tenang Jangan turutkan ketentuan emosi Kelak berada dalam depressi Jangan turutkan kesedihan hati Yang hanya mendatangkan halusinasi. Teruskan Hidup ditulis atau siap ditulis oleh Master pada 20071204 [Tuesday, December 04, 2007, 8:22:53 AM]...

Janji

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Video Muzik Keterangan terharu ku renung wajah lenamu bagaimana biasa ku herdik diri tulus itu? kau selalu, mencuba mencarik kesabaranku  0:19 ku tahu itu, hanya untuk menarik perhatian bagaimana pengetahuan itu, tidak menebalkan sabarku? dalam sekelumit waktu bersama 0:50 dalam kesuntukan masa yang ku tidak punya 1:00 kemudian ku mimpi kejari semula semoga marahku tidak bersuara 1:11 pasti ia akan menikam jiwa hanya doa dan harapan agar ku terus bersabar mendidikmu kau hanya insan muda masih banyak perlu belajar dan mengalami 1:39 moga tiada bias  1:54 moga akan tiada pilih kasih membezakan antara dirimu dan adikmu moga kau tidak rasa terasing 2:14 maaf jika ada moga kau kan terus bahagia moga ini menjadi janji kepada diriku sendiri semoga kesan yang tinggal di dahimu  2:50 ingatkan ku akan janjiku Video Muzik Janji telah memecah tradisi kerana ini adalah karya per...

Satu Dollar Satu Peluru

Mata ini Menatap kata-kata Di atas kertas usang kekuningan   Satu dolar satu peluru Sumbangan muslimin Membunuh saudaranya di bumi Palestin   Aku memahamkan kalimat tercoret rapi Di atas kertas usang kekuningan Satu dolar satu peluru Adakah kita terlibat??? Dalam tindakan kezaliman zionis Di bumi anbiya bumi palestina Tubuh layu keguguran Satu dolar satu peluru Hasilnya darah membasahi bumi Alangkah sedihnya   Tidakkah kau dengari mereka bernyanyi? Lagu duka meluahkan kesedihan hati Ku merenungi hari-hari Beruntungkah diri ini Kerna gembiranya hati   Hingga melupakan saudara yang jauh di sana Bertarung nyawa mengemis akan haknya Satu dolar satu peluru Sokongan membunuh Dalam keriangan kita di sini Lontaran batu berbalas peluru Siapakah pengganas sebenarnya? Siapakah akan mendengari rintihan mereka? Sedangkan kita turut menyumbang dana Menikmati makanan enak di sini Mengahayati hiburan melalaikan Satu dolar satu peluru Itulah reali...

Riangnya: Sebuah Perjuangan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pemandangan di kuala Marang di mana Master menyimpan kenangan zaman kanak-kanak apabila balik bercuti di kampung Tok Mak # Monday, 20 August 2012, 16:32 # _MG_3622.JPG # 20120820 # Canon Canon EOS 500D #     Riangnya, Dia berlari menjejakkan kakinya, Tiada beralas ke tepian pantai. Riangnya, Dia melagukan perjuangan, Disaksikan Laut China Selatan Mentari bersinar Ketika bayu laut menderu Pepohon nyiur melambai Ombak berterusan menghempas pantai Nyalaan semangat dirinya Melangkah dalam alam perjuangannya Persediaan menempuh masa depan Semoga tercapai apa kita citakan Bagai angin berhembus Sekelip mata impian menjadi debu Seolah kaca, terhempas ke batu Punahnya harapan untuk berjuang Akur permintaan ibu bapa tercinta Dilupakannya idaman diri Cengkaman kemiskinan sebahagian norma Kehidupan keluarga nelayan Tidak dia berlari lagi Tidak pula dia bernyanyi Realiti pahit dia hadapi Pilunya, Diri menahan sebak Tatkala bibirnya Mengisahkan sebua...

[t14e24] Pesanan buat diri

Imej
Kau kebuntuan namun tidak keseorangan Kau punya jalan, namun tidak ketemukan Kau berasa dalam kegelapan walaupun disirami cahaya Mungkin kerana dadamu sesak ditekan masa Tetapkan langkahmu, langkah satu-persatu Utamakan jalan yang lurus daripada yang berliku Semoga kau ketemukan destinasi yang dicari Dengan usaha diri dan ketetapan Illahi Rabbi Oleh itu teruskan berusaha dan berdoa Jalan itu tidak semestinya lurus Ia kan ada persimpangan, punya halangan Pilihlah yang mana sesuai dengan keupayaan dan kekangan. Kau punya masa, namun takkan pernah jadi pemiliknya Maka bahagikan ia sebaiknya Manusia takkan pernah faham Maka jangan kau harap belas ehsan mereka Kerana hakikat manusia melihat hasil Berbeza dengan Allah yang melihat usahamu Tetapkan niatmu Dan berserah kepada Illahi. Dia Maha Penentu. Tedi di sekolah ni, cuba menyiapkan projek yang terbantut. Mati idea dibuatnya padahal solusinya dah lama Tedi punya. Cuma mungkin...

[t05d22] Selamat Jalan

Selamat Jalan Rintikan hujan, Berterusan membasahi bumi ini. Kedinginan hari, Semakin keras mencengkam lubuk hatiku. Kesepian alam, Semakin terasa bersama setiap derap langkahku Genggam janji yang kita meterai, Bersua semula suatu masa. Tiada daya untukku menghalang, Tempias hujan membias mentari, Tiada upaya menggapai warna-warni pelangi. Sekadar menatap hiasannya, Dek beza jarak ia terasing, Tiupan bayu yang lembut, Ku harap menyampaikan doaku mengiringimu, Selamat Jalan duhai teman. Lorong ku tempuhi gelap-gelita, Kehadiranmu teranginya. Ruang ku tempati sunyi sepi, Kehadiranmu hingarkannya. Jalan ku lalui tiada berpenghujung, Kehadiranmu temukannya. Semuanya hanya ku sedari sekali ini, Pada saat perpisahan kita. Kisah pertemuan kita yang singkat ini, Mustahil dinukilkan dengan ungkapan, Tiada kata dapat gambarkan gerangan perasaan. Ada masanya aku berteman dengki, Ada masanya aku berteman simpati, Kini tiada lagi dengan sebab perpisahan, Selamat Jalan duhai...

[t17e03] Pesan dalam Diamku

Imej
Pedih hatiku, hilang suaraku Mengapakah begini? Rasa kerdilnya diri Ku yakin ia tidak harus sesekali begini. Sumber gambar: http://www.anasmara.com/2010/07/pesan-tanpa-kata-kata.html   Tatkala dia mengungkapkan, kekusutan, dalam jiwanya, Aku hanya mampu mendengar, Menunduk bisu Berulangkali dia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku hanya menadah telinga, Tunduk membisu. Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman" , Bersabarlah dengan ujian, Cuma bergema di hati. Matanya berkaca Menambah sebak di dada, Aku tidak membantu, Lidah kelu bak ditambat rapi Membatu, bisu, itu reaksi diriku. Pedih hatiku, hilang suaraku Mengapa begini? Rasa kerdilnya diri, tiada diriku berguna, Tiada makna hidup di bumi ini, [2:09] Dia bertanya lagi Kenapa kau tak membantuku? Tidakkah kau mahu melihat temanmu bahagia? Kenapa kau hanya diam? Inikah peranan seorang teman? Kata-katanya menghiris hati, tapi perlu ku akui Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman" , Bersab...

[t17a09] Pada Malam Nan Sepi

Imej
Pada malam yang sunyi sepi Aku mencari sebutir bintang Datanglah, hadirlah, hadirkan senyuman di bibirku Telah seketika masa berlalu Juga jarak antara kita Kenangan bersamamu semakin pudar Di sini, ku lihat bintang kesuraman Ku harapkan masih dapat menatap senyumanmu Walaupun kini kita terpisah jauh Moga suatu masa... kita kan bersua kembali Masamu telah tiba Mungkin nanti masa kami pula Aku pernah perasan, senyuman pahitmu Menyembunyikan kepayahan, kesengsaraan hidup Kini kau tiada lagi seolah mimpi Tidak ku tahu, perlukah aku berduka? Aku mahu sampaikan, perasaan kasihku Kepada keluargamu yang ditinggalkan Namun tiada butir bicara Moga kukuh jalinan saudara Ku berdoa kepada Tuhan untuk kurniakan mereka Kekuatan, penyokong seperti mana dirimu Menyambung hidup yang mungkin panjang Moga kau tenang di sana Ini masamu Mungkin kami menuruti Pada malam sepi, berbicara dalam hati 20170109

Racun Bisikanmu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sepatutnya Tedi terbitkan sesuatu yang baru ke dalam interpretZ ini namun malas pula nak menjadikan apa dalam fikiran sebagai tulisan. Maka Tedi pun pilihlah satu lagi karya Master bertajuk Racun Bisikanmu yang ditulis pada 16 Ogos 2005 (20050816) jam 19:15:21 untuk disalin ke sini. Sepatutnya copy paste sahaja tetapi ambil masa yang lama juga untuk terbitkan coretan ini.   Racun Bisikanmu Bisikanmu adalah jelas racun buatku Waima waspada aku masih mengikuti Seringkali tertewas oleh pujuk rayumu Bukankah aku sepatutnya memandumu? Mengapa pula aku menjadi hambamu? Semua ini hanya menambah kehinaanku Kemuliaan manusia terletak pada indahnya akhlak Apabila kau menjadi raja hancurlah segala Tarafku lebih rendah daripada haiwan Benarlah yang dipesan oleh Nabi (S.A.W) Jangan biarkan nafsu menjadi raja Pernah aku berhati-hati Namun kau tidak pernah berhenti Bisikanm...

Budak Baik 2

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Ya, hari ni seharian Master di Desa Mentari untuk menguruskan rumah pangsa di sana. Urusan beliau di sana petang tadi adalah mengecat bilik tengah, tukar paip bilik air, tukar paip sinki dapur, basuh lantai dapur sikit, basuh table top, dan buang sampah sarap termasuk tilam permaisuri. Sebab apa dipanggil tilam permaisuri? Tiada pernah Tedi ambil tahu. Nanti kalau ada masa Tedi akan mengambil tahu kisah tilam permaisuri tersebut dan harapan Tedi agar tilam permaisuri akan membantu memahsyurkan blog Tedi ini.... hihihi... Erm... malam ni Master dah keletihan benar, kalau Master jadi Aina ni mau dah meraung nak beritahu badan letih. Tapi sebelum Master melelapkan matanya yang tidak mahu lelap sebab badan letih, beliau telah mengepilkan satu nota buat Tedi untuk dikirim ke dalam interpretZZ di bawah seksyen Karya Master . Nukilan Master kali ini adalah bertajuk Budak Baik 2, satu karangan yang mungkin sesiapa sahaja boleh faham. Nukilan Master ...

Kucing Hitam

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Seekor kucing hitam berlari menuju dikau penuh manja menggesel ia kedua-dua kakimu ubati duka dalam jiwa   Kucing Hitam   dan kucing hitam itu pernah menuju dikau penuh manja mengiau kelaparan ia meminta makanan sedikit cuma   namun kau tidak peduli kau pukul kau hina ia amat benci rasa hatimu marahmu membara di jiwa   tapi lain ceritanya apabila kau berduka hadir ia kepadamu penuh manja mengiau ria ubati duka dalam jiwa seolah tahu rasa hatimu tak pernah dendami perbuatan lalu   tidakkah kau sedar? ia seekor kucing hitam bernyawa makhluk Allah perlu dijaga     20130526 ~ jika karangan ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... terima kasih... ~

Suasana

Imej
Puisi tentang keseorangan, mungkin dek kerendahan hati, menekan diri. Suasana mesra... telah lama menjelma, Namun daku masih berduka di sini, Mengapakah hatiku resah sebegini? [Melayan keresahan hati] Adakah aku bersendiri menyendiri? Cuba menghindari realiti? Perlukan sandaran hidup di muka bumi.  Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar, Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa, Namun siapakah sudi mendengarnya? Memandang sekitar ku terpana... ianya benar, Dengki dan iri hati memenuhi jiwa ini, Dapatkah lautan luas untuk menelannya? Cuba menterjemah suasana, Berdasarkan refleksi diri, Mula ku atur langkah-langkah ini, Perlahan menghampiri destinasi, Mengharapkan keupayaan diri. Keupayaan diri? Walau ramai menghulurkan tangan, Tiada yang sanggup ku sambut, Siapalah diriku untuk menerima? Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar, Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa, Namun siapakah sudi mendengarnya? Memandang sekitar ku terpana.....

Luar Jendela

rimbunan nyiur dialun bayu suasana di luar jendela rumput nan menghijau lembu kambing di laman suasana di luar jendela intai angkasa awan berkepul rambut berombak menyapu dahi terkenang kisah aku dan dia walaupun hanya seketika kasihnya terasa kenangku di bibir jendela --- aku tak boleh terima tuduhan mereka kepada dia yang mendidikku tanpa jemu lembut suaranya menegurku ingati Allah setiap masa --- usia tuanya mengajar aku kenal Tuhan Yang Maha Esa menyekutukan Tuhan ulas mereka aku takkan pernah menelannya itu tuduhan yang entah apa --- Allah Maha Berkuasa Engkau Penentu segala Tempatkanlah rohnya di kalangan mereka yang beriman jauhkan dirinya dari neraka-Mu jadikan amal baikku kifarah buat dirinya --- rimbunan nyiur dialun bayu suasana di luar jendela intai angkasa awan berkepul rambut berombak menyapu dahi terkenang kisah aku dan dia walaupun hanya seketika kasihnya terasa kenangku di bibir jendela bangkitlah cucuku tunaikan amanahmu kepada Tuhan Maha Berkuasa k...

Api dan Petir

Dalam pilu ku harapkan hadirmu Hadirmu membimbingku Dalam alpa ku hindarkan obsesimu dalam duniamu Maya itu menggamitku Maya itu menduga diriku, mencemuhku Maya itu duniamu Maya itu mimpimu Maya itu cintamu Membina impianmu Maya itu nukilanmu Maya itu garapanmu Maya itu sentuhan jemarimu, tatapanmu Dalam pilu ku harapkan hadirmu Kecekalanmu membimbingku Dalam pilu ku harapkan bujukanmu Dalam alpa ku hindarkan, obsesimu Dalam duniamu... sungguh kompleks Bagai tak terdaya untuk ku menempatinya Ke mana pergi kebanggaanku? Mana pergi kebanggaanku? Dasar aku berpijak dahulu teguh, merapuh Dalam pilu ku mengharapkan hadirmu Ketegasanmu membimbingku Telah lama ku kehilanganmu Sebelum saat terkesima Kuatkanku Maya itu ujianku Maya itu ujianku Maya itu bukankah duniaku? Bukankah? Coretan ini ditulis atau dikemaskini Master pada 20130718. Diterbitkan semula oleh Tedi pada 20200301.

Tin buruk di tepi kubur.

Imej
Tin buruk kosong yang sudah berkarat ini, Hanya terbiar di tepi sebuah kawasan perkuburan, Di Wakaf Mek Zainab Kelantan Darul Naim. Suria memancar menyinari pagi, Menyinari diri, Menyinari tin buruk itu jua. Lantas terpantul sinar kemilau, Walau hampir segenap ruang, Pada permukaannya dijangkiti karat-karat besi, Tanda sudah dimamah usia. Pagi hari tatkala menanti, Aku sedari aku sendiri, Tanpa teman yang jauh negeri, Tapi masih beruntung kerana tidak terbuang, Tidak terhindar, Seperti tin kosong buruk di tepi kuburan. Hasil nukilan: Master Tedi semasa menunggu rakan sekerjanya menjemput dirinya ke pejabat pelanggannya di Kelantan, meninggalkan Mommy seorang diri di ibu negara Malaysia.   tanda pagar:  kitar semula = gunakan semula barangan yang telah digunakan sama ada dalam bentuk asal atau diolah semula. peribahasa in english = proverb kamus simpulan bahasa =  tabung duit = bekas untuk simpan duit. cara menabung duit = paling senang asing dan tabung duit MYR 20 atau M...

Popular