Leeds United intai Freddie Woodman
Leeds United berminat dengan penjaga gol bawah-21 Newcastle United dan juga England, Freddie Woodman , menurut beberapa laporan. Leeds pada waktu ini kekurangan pilihan penjaga gol, di mana hanya Bailey Peacock-Farrelltheir sahaja penjaga gol yang cergas dan mempunyai pengalaman senior. Penjaga gol Jamal Blackman yang dipinjam dari Chelsea telah kembali ke kelabnya setelah kakinya patah. manakala Will Huffer yang berusia 20-tahun membuat penampilan pertamanya di Championship ketika menentang Bristol City dalam bulan November ini disebabkan oleh krisis kekurangan penjaga gol di kelab Leeds United. Freddie Woodman adalah penjaga gol skuad bawah-21 England dan Newcastle United. The Mirror melaporkan bahawa Leeds akan beralih kepada Woodman yang berusia 21 tahun itu dalam jendela perpindahan pada bulan Januari nanti sebagai penyelesaian kepada isu tersebut. Woodman hanya membuat satu penampilan bersama skuad senior Newcastle United, ketika beraksi dalam perlawanan Piala FA mu...