Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel LCCT

[t13c22] Terbang ke Kota Medan di Indonesia

Imej
Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC. Selamat Mendarat di Medan... Dilarang Menangkap Gambar oleh Pegawai Imigresen Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC. Kami berlepas ke Medan, Indonesia dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia. Ketika itu penerbangan tambang murah menggunakan Terminal Pengangkut Kos Rendah (Low Cost Carrier Terminal) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Terminal ini lebih popular dipanggil LCCT. Ketika itu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) masih belum beroperasi. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama Gambar sebuah kapal terbang AirAsia di Terminal LCC KLIA berlatarbelakang matahari terbit. Ketika ini kami sedang berada dalam perut kapal terbang Air Asia yang akan membawa kami ke Medan. # 22 Mac 2013 jam 07:55 pagi hari Jumaat # 20130322-medan (1).JPG  # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Lokasi: Low Cost Carrier Terminal, Kuala Lumpur International Airport. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama Gambar sayap kanan kapal terbang AirAs...

Tedi kaji: Jalan terhampir dari LCCT ke UKM.

Imej
UKM menjadi destinasi penting buat Master kebelakangan ini. Beberapa urusan berhampiran UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) di Bangi membuatkan Master semakin mengenal rupa bentuk jalan di sana. Sebelum itu Master memang takleh nak imagine macam mana rupa Bangi tu. Apa yang Master bayangkan kepada Tedi , Bangi itu seumpama pekan koboi yang mempunyai banyak bulatan di jalan-jalan utamanya. Namun setelah Tedi sampai ke sana, Bangi ni kira meriah juga dan lebih tersusun dan lebih sibuk daripada pekan kami sendiri. Nampak gaya Bangi ni macam syurga makan sebab banyak kedai makan, tapi setakat ni takde lak yang Master betul-betul puji walaupun ramai yang kerumuni kedai-kedai itu. Adapun bukanlah Master yang mempunyai urusan di sana melainkan Master menjemput dan menghantar orang ke sana, selalunya dari dan ke LCCT (Terminal Tambang Murah) . Master telah mencuba 2 jalan ke sana dan yang terkini kami menggunakan lebuhraya. Tapi rasanya macam jauh yang amat sebab kami turun ke Nil...

Popular