Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hadis 40 Imam Nawawi

Kesulitan Yang Dipermudahkan

Imej
Daripada Ibnu Abbas radiallahu anha berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wassalam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka." Riwayat Ibnu Majah nombor 2043, al-Baihaqi (10/60), al-Tabarani nombor 765, al-Daraqutni (VII/170) dan al-Hakim (11/198) Huraian dan intipati: Ibnu Hajar al-Haitami berkata: "Hadis ini mempunyai manfaat yang menyeluruh kerana terdapat 3 perkara yang dibicarakan hadis ini terdapat dalam semua masalah fiqah." Bahkan hadis ini boleh dikatakan setengah daripada syariat. Semua perbuatan tidak terlepas daripada dua keadaan: sengaja tidak sengaja merangkumi kekeliruan, lupa, dan dipaksa Hadis ini menjelaskan perbuatan manusia yang dilakukan dengan tidak sengaja tidak mendapat dosa. Perbuatan manusia yang dilakukan dengan sengaja akan diberikan hukuman. Hadis ini juga disebut dalam tafsir ayat 284, Surah al-B...

Popular