Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201607

Muat sepanjang 160 sentimeter | 20160717

Imej
Gaya Hidup & Automotif: Memilih kenderaan yang tepat untuk aktiviti keluarga seperti membeli-belah di IKEA Cheras memerlukan pertimbangan ruang kargo yang serius. Adakah Subaru XV cukup praktikal untuk memuatkan perabot panjang? Jom ikuti pengalaman Master dan Tedi. Besok ada larian jadi Tedi akan berusaha untuk lelapkan mata pada ketika ini juga. Tapi sebelum tu kenalah buat catatan baru dalam interpretZZ. Hari ini sepanjang hari kami berada di IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane yang telah menyebabkan kami sesat barat di sana. Perjalanan dari Sepang ke IKEA Cheras tak sampai sejam jika tiada kesesakan lalu lintas. Gambar kereta Subaru XV STI berwarna oren yang selalu kelihatan di Malaysia. Ketika kami sampai di sana sudah ramai manusia beratur untuk dapatkan sarapan percuma yang ditawarkan. Memandangkan kami tiada ketabahan untuk beratur menanti makanan, kami keluar berjalan kaki melintasi jalan ke kedai makan di seberang IKEA Cheras . Hajat Momm...

Belarus buang 4 kosong daripada matawang Ruble

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Belarus telah membuang empat angka kosong daripada mata wang ruble , mengubah semula nilai mata wang negara itu untuk kali ketiga sejak 1992. Nilai baru 1 Belarusian Ruble adalah bersamaan dengan 10000 Belarusian Ruble lama. Keputusan itu diumumkan pada tahun lepas lagi apabila Belarus dilanda krisis ekonomi yang memaksa negara itu mengurangkan nilai rasmi mata wang berbanding mata wang dunia yang lain. Perubahan mata wang ini bertujuan untuk menyederhanakan transaksi kewangan, mengurangkan kos pencetakan wang, dan meningkatkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap mata wang ruble . ~20160701~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t23g10] Menyampah dengan Tuan Anas Mikael 5 hari beraya

Imej
Hari ini tertonton salah satu episod Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya . Drama bersiri Tuan Anas Mikael ni bukanlah kegemaran Tedi, tapi makcik yang jadi mak kepada Cik Ayu Maisarah tu comel dan kelakar. Lagi-lagi kalau dia gaduh dengan anak gadis dia. Memang gembira je tengok perbalahan anak-beranak tu. Tapi untuk sekuel raya ni Tedi rasa menyampah, bukan sebab ceritanya tapi disebabkan barisan pelakon tambahan dalam drama ini. Bukan seorang, ada dua orang pula tu! Seorang pelakon tambahan wanita yang menamakan diri beliau Erra Fazira dan seorang lagi pelakon tambahan lelaki yang menamakan dirinya Hans Isaac . Erra Fazira tidak berapa Tedi gemari sebab mulut dia cabul semasa dia menjanda dulu, komen sesuka hati mentang-mentanglah dia diva. Hans Isaac pun sama juga mulut seperti tiada insurans, tapi Tedi tak berapa ingatlah pasal dia, not worth it , kata omputeh. Boleh dikatakan Tedi memang akan  banned rancangan TV seperti drama yang dibintangi artis-artis yang Tedi banned diseb...

[t16g09] Visit Pengkalan Kubor Free Duty Zone

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tajuk bahasa omputeh tu bagi gempak sikit, bukannya apa, sebab dah banyak kali terjah Pengkalan Kubor ni. Kali ni bawa Tok Mak, Tok Ayah, Mak Ngah dan family, Pak Teh, dan Pak Su dua orang (kembar). Kami semua baru sampai dari Marang, Terengganu semalam. Bermalam di rumah Tok Abah di Wakaf Bharu. Semalam kami beraya di Ketereh kalau tak silap di Kampung Tok Piah , di rumah keluarga seorang staff Tok Ayah di sana. Malam semalam pula kami terjah Wakaf Che Yeh beli permaidani harga MYR 90 (Sembilan puluh Ringgit Malaysia). Hari ni saja ke Pengkalan Kubor, mana tau mereka nak beli coklat di sini. Punyalah sesak Pengkalan Kubor sampaikan kami terpaksa parking kereta hampir 1 kilometer jauhnya disebabkan kami tak mahu beratur cari tempat letak kereta di dalam kawasan bebas cukai ni. Master nak keluarkan duit di mesin ATM BSN di sini yang satu-satunya auto teller machine di kawa...

[t16g27] Aston Villa kelab paling dibenci

Imej
Dengan ketiadaan  Sunderland A.F.C dan Middlesbrough dalam senarai perlawanan musim depan, peminat  Newcastle United F.C telah mengundi Aston Villa sebagai kelab 'yang paling dibenci' oleh mereka dalam saingan  Championship League musim depan. Apa yang paling mengecewakan ialah The Magpies akan menghadapi musim dalam Championship League tanpa saingan dari Wearside iaitu Sunderland atau saingan dari Teesside iaitu Middlesbrough yang kedua-duanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) . Pihak ChronicleLive telah melakukan tinjauan pendapat di kalangan peminat untuk melihat siapa yang pasukan yang paling dibenci yang akan dihadapi anak buah Rafa Benitez pada musim depan - dan ia tidak mengejutkan apabila keputusan tinjauan pendapat itu mendedahkan Villans terletak dalam senarai paling atas. Kedua-dua pihak penyokong sudah terjebak dalam persengketaan sejak 2009 apabila peminat Newcastle marah dengan ejekan Aston Villa ke atas penyingkiran mereka ...

[t16g01] Facebook tunjuk kawan dulu

Imej
Facebook telah mengumumkan kemaskini terbaru pada sistem Suapan Berita mereka pada hari Rabu lepas. Kemaskini itu akan membuatkan para pengguna Facebook ditunjukkan lebih banyak kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan mereka berbanding kiriman para penerbit. Facebook berkata bahawa mereka bukannya memilih apa yang patut dibaca oleh pengguna, sebaliknya mereka mahu hubungkan para manusia dan juga idea mereka. Facebook juga menyatakan bahawa kemaskini itu akan menyebabkan beberapa Laman penerbit akan kehilangan trafik. Tedi rasa bagus juga kemaskini sebegini diadakan mungkin Facebook mahu kembali ke asas di mana pada suatu masa dulu Facebook adalah tempat manusia berkongsi kiriman dan idea, bukan tempat iklan. Lagipun Facebook mungkin sedar bahawa mereka kini punyai ramai pesaing. Kalaulah ASTRO ada ramai pesaing... huhuhu... 20160701

[t16g27] Sehari di Wakaf Bharu: Nasi Berlauk Husna, Jeti Kampong Laut, Kampung Kedemit, Pantai Sabak

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Husna Nasi Berlauk, Kampung Air Dingin, Tumpat, Kelantan Kampung Laut Jalan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa Sate mendarat di Bandar Baru Salak Tinggi Walaupun tajuknya sehari di Wakaf Bharu sebenarnya tidak sampai sehari pun dan kawasan yang dirakamkan tidak semestinya berada dalam kawasan Wakaf Bharu cuma ia adalah kawasan yang dilawati semasa Mummy berada tidak sampai sehari di Wakaf Bharu. Apa urusan Mummy pada ketika itu tidaklah diketahui. Husna Nasi Berlauk, Kampung Air Dingin, Tumpat, Kelantan Kelantan dan makan tidak dapat dipisahkan. Kalau sudah menjejakkan kaki ke Kelantan maka makanlah anda. Paling terkejut beruk pagi-pagi sudah makan nasi tidak makan kuih-muih atau roti canai. Tapi jangan risau kerana kuih-muih pun ada dijual. Husna Nasi Berlauk, Kampung Air Dingin, Tumpat, Kelantan Kolaj gambar menunjukkan suasana di sebuah kedai makan nasi berlauk yang terkenal di Kela...

[t16g15] Poster Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

Imej
Semalam, atau lebih tepat untuk disebut pada waktu petang semalam, lebih kurang satu jam sebelum tamat masa persekolahan, tiba-tiba sahaja presiden kelab raket minta Tedi sediakan poster untuk sesi pemilihan pemain badminton sekolah. Sesi itu akan diadakan pada malam ini di dewan badminton The Challenger di Petaling Jaya. Kelam-kabut Tedi dibuatnya, terpaksa mencari background sesuai melalui Google sebelum ditambah beberapa patah perkataan. Nasib baiklah siap walaupun menerima beberapa komen. Tak kisahlah nak komen pun, Tedi tak kisah. 20160715

[t16g10] Dari Wakaf Bharu Kelantan ke Felda Sungai Lui Negeri Sembilan, 17 jam

Imej
17 jam perjalanan dalam kesesakan rakyat pulang ke kota Alhamdulillah, jam 12:00 tadi rombongan Tok Ayah dan Pak Ngah Shah selamat tiba di Felda Sungai Lui di Negeri Sembilan setelah menempuh perjalanan selama 17 jam dari Kampung Delima di Wakaf Bharu. Mereka menggunakan laluan Tendong - Mulong - Machang - Kuala Krai - Kuala Lipis - Simpang Pelangai - Kemayan - Felda Sungai Lui . Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang Sabtu (20160709) sebelum mereka tersangkut di Machang selama 3 jam . Pada jam 11.00 malam mereka baru sampai ke Kuala Krai tapi kemudian mereka sangkut pula di Kuala Krai selama 8 jam . Pada jam 4.30 pagi Ahad baru mereka sampai di Gua Musang . Kawan Mommy yang bergerak pada waktu yang sama iaitu sebelum Subuh hari Ahad turut tersekat dalam kesesakan jalan raya di Machang.   Kerajaan Kelantan perlu bina lebuhraya, jambatan, dan lorong memotong Nampaknya rakyat Kelantan kena cari taktik lain untuk pergerakan keluar masuk Kelantan semasa raya. Kerajaan negeri Kela...

[T16G16] Petani temui 255 duit syiling lama era British

Imej
255 keping duit syiling zaman British dari tahun 1862 ditemui oleh seorang petani di daerah Surajpur di India ketika membajak ladangnya. Petani bernama Phuleshwar Rajwade menemui syiling dengan cetakan imej Permaisuri Elizabeth itu dalam bekas besi bersama-sama sepupunya. Mereka menceritakan penemuan itu kepada kawan-kawan dan penduduk kampung sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis yang datang dan merampas harta tersebut. Syiling itu kini dalam jagaan polis tempatan selaras dengan undang-undang India yang menyatakan harta yang ditemui di bawah tanah atau satu kaki di bawah tanah sebagai harta negara. Hal itu menyedihkan keluarga peladang itu yang sebelum ini bercadang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual duit syiling tersebut. Pihak polis menyatakan bahawa duit syiling itu akan diserahkan kepada pengumpul daerah selepas laporan lanjut disediakan. Jangan pula syiling itu disonglap oleh pihak lain sudahlah, dan kerajaan India patut memberi penghargaan kepada si penemu harta...

T16G23 Borak pagi dengan Ben Ashaari: Ghostbuster launch

Imej
Pagi tadi terserempak dengan pakcik Ben Ashaari, seorang blogger profesional di Malaysia ni. Tedi kenal dia melalui Mommy, tapi uncle Ben Ashaari ni tak kenal siapa Tedi, hehe. Katanya dia nak ke Sunway Piramid sebab ada pelancaran rumah hantu Ghostbuster kalau Tedi tak silap dengar. Dia pergi dengan beberapa blogger member Kelab Blogger Ben Ashaari, katanya kalau Sunway Piramid nak ajak dia seorang saja, Sunway Piramid kena bayar, tapi kalau dia bawa team mungkin tiada bayaran dikenakan. Bagus betul pakcik Ben tu ek, ajak kekawan gi join review launching tu. Nak aje Tedi membongkar identiti dan join dia sekali, tapi malaslah, banyak hal sekolah dan kerja rumah perlu dibanteras. Pasal Ghostbuster terbaru ni khabarnya ia bersikap feminist, jadi peminat filen tersebut dikhabarkan mahu memboikot filem tersebut. Itu pun Tedi dengar dari seorang kawan yang meminati filem Ghostbuster tersebut, dia ajak Tedi boikot filem terbaru tu. Tedi tak kisah sebab Tedi bukan kaki wayang dan Tedi t...

PG07 Beraya di Terengganu

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ PG07-R54: Beraya di Kuala Terengganu Mengikut rekod pada Google Map Timeline, kami telah ke Kampung Tok Adis untuk beraya di sana. Gambar mercu tanda Allah peliharakanlah Terengganu kelihatan dari jauh semasa kami dalam perjalanan dari rumah kawan Mummy di Batu Rakit ke rumah kawan Mummy di Kuala Terengganu untuk beraya. Kawan Mummy yang mana Tedi tak pasti, yang Tedi ingat abangnya jual insurans. Ketika balik dari rumahnya kalau tak silap kami melalui bawah jambatan Kuala Ibai yang berdekatan Masjid Terapung tu. # Thursday, 7 July 2016, 18:54 # 20160707_D2533 (8).JPG # Sony D2533 # ~20160707~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof , Bangsar

Imej
Al-fatihah. Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof di Bangsar. Encik Ma'arof ialah bapa kepada seniman veteran Datuk Mustapha Ma'arof. Ini adalah kisah yang Tedi baca dan Tedi rasakan satu kisah sejarah yang memang patut dikongsikan kepada rakyat Malaysia bagaimana seseorang itu berani berkorban kerana berpegang kepada prinsip. Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan Pengasas Malay Nasional Bank Usaha Ditentang Misteri kehilangan jadi liputan Pesanan terakhir INFO: Maarof Zakaria Saya di MCKK ketika ayah dibunuh Terima telegram Orang kampung Asal-usul nama Jalan Maarof di Bangsar Sumber rujukan   Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria . Bagi penduduk Kuala...

NASA Juno masuki orbit Planet Jupiter

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Kapal angkasa Juno milik NASA yang bernilai USD$ 1.1 billion telah berjaya memasuki orbit Planet Jupiter hari ini. Gambar kapal angkasa Juno semasa di Launch Pad #41 Planet Jupiter adalah planet terbesar dalam sistem suria. Juno mula dilancarkan pada 5 tahun lepas. Kapal angkasa itu akan mengkaji komposisi planet Jupiter, graviti, medan magnet, dan sebarang pentunjuk kepada pembentukan planet tersebut. Juno adalah kapal angkasa kedua yang mengorbit planet Jupiter selepas kapal angkasa Galileo melakukannya pada 1995 hingga 2003.   ~20160705~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Kamera digital pertama dunia ambil gambar 0.01 megapiksel

Kamera digital pertama dunia dicipta pada tahun 1975. Ia hanya mampu ambil gambar dengan resolusi 0.01 megapiksel berwarna hitam putih. Kamera itu mengambil masa selama 23 saat untuk menangkap 1 gambar yang kemudiannya disimpan ke dalam pita magnetik. Berat kamera digital pertama dunia itu adalah 4 kilogram. Ia dibina oleh jurutera Kodak bernama Steven Sasson dengan menggunakan barang-barang buangan daripada barisan pembuatan syarikat itu. Jenuh kalau nak bawa kamera seberat begitu ke sana ke mari, kan? Agak mengkagumkan juga kamera digital pada zaman sekarang boleh dibawa di dalam poket. 20160707

12 jam dari Wakaf Bharu ke Gua Musang

Sekarang jam 4.30 pagi. Bermakna Tok Ayah dan rombongan sudah berada dalam kereta selama 12 jam, dan kini mereka baru berada di Gua Musang. Semalam mereka tersekat di Machang selama 5 jam. Dari Kuala Krai ke Gua Musang pula mereka tersekat selama 7 jam. Dahsyat betul pergerakan kereta semalam, nampaknya ramai memilih Sabtu untuk travel pulang ke destinasi masing-masing kerana mengejar hari bekerja pada Isnin. Ini tidak menghairankan kerana tentunya ramai yang mahu berehat pada hari Ahad. Pagi ini pula, mungkin gerombolan baru kenderaan akan memulakan pergerakan pulang ke destinasi masing-masing. Dari Gua Musang ke Felda Sungai Lui akan mengambil masa 4 jam jika tiada kesesakan. Tedi doakan perjalanan mereka lancar selepas ini. Aplikasi Google Map dan Waze pula nampak macam tidak beraksi baik pada pagi ini kerana jalan yang mereka berikan nampak tak bagus. Mungkin mesin pelayan mereka mengalami bebanan dek musim perayaan tahun ini. 20160710

Singgah di Az-Zahrah dan Yummie

Imej
Melawat uncle Jedi di Hospital Az-Zahrah Pagi ni kami ke Hospital Az-Zahrah, melawat kawan Master yang baru selesai pembedahan tulang belakang. Pembedahan itu adalah untuk buang cakera tulang belakang beliau yang telah pecah dan menekan saraf tulang belakangnya. Pada mulanya beliau memang ada sedikit masalah tulang belakang, jadi beliau solat tarawikh gunakan kerusi. Entah bagaimana pada suatu hari ada budak lelaki yang tarik kerusi tu semasa beliau sedang solat tarawikh sehingga jatuh terduduk beliau dibuatnya. Moga ibu bapa lebih mengawal anak-anak mereka di Masjid atau surau mana tahu kes sebegini terjadi lagi. Alhamdulillah, uncle tu nampak okay dan dah boleh berjalan. Rasa macam kagum pula sebab baru lepas bedah dah boleh jalan dalam sehari sedangkan sebelum ni begitu seksa beliau berjalan. Uncle tu turut memberi beberapa tips penjagaan tulang belakang kepada Master kerana Master turut mengalami lenguh tulang belakang dek pemanduan yang lama setiap hari. Singgah di Kedai Yu...

Cerita Semalam

Imej
Ke KLIA2 pada jam 6.30 pagi Cerita semalam bermula dengan kami sekeluarga menghantar Mak Long Ili, Mak Lang Izati dan kawannya Makcik Aisyah ke KLIA2 sempena penerbangan mereka ke Kelantan. Jalan dari Nilai ke Banting punyalah sesak walaupun jam baru 6:45 pagi. Jadi sesiapa yang mahu hantar orang ke KLIA atau KLIA2 selepas jam 6 pagi haruslah gerak awal. Sebelum ni kami selalu hantar orang sebelum 6 pagi, memang jalan tiada kereta. Master terpaksa menyelit di belah kiri sekali sebab dua lorong kanan sesak dengan kereta yang nak ke Cyberjaya atau Dengkil atau Kota Warisan. Laluan kontra di Lebuhraya MEX Selepas hantar mereka, seperti biasa Master dan Mommy ke pejabat masing-masing. Lebuhraya MEX sesak gila sehingga dibuka laluan kontra. Pertama kali Tedi tengok MEX membuka laluan kontra iaitu selepas persimpangan Bukit Jalil dan masuk semula sebelum persimpangan Kuchai Lama. Selepas itu jalan melalui Lebuhraya Pantai Baharu agak lancar. Master ambil alih tugas rakan sekerja Sema...

Spotify kecam Apple kerana sekat versi baru aplikasinya

Imej
App Store telah menyekat kemaskini terbaru aplikasi Spotify untuk iOS atas alasan Spotify melanggar peraturan model perniagaan. Mengikut peraturan tersebut, Spotify perlu menggunakan sistem bil Apple jika ia mahu mengenakan langganan dalam aplikasi mereka, tetapi Spotify tidak mahu gunakannya sebaliknya menggalakkan pelanggan mereka melanggan melalui web. Ini adalah kerana Apple mengenakan cukai 30% ke atas setiap langganan sehingga menyebablan harga langganan aplikasi Spotify lebih mahal USD$ 3 berbanding langganan Apple Music (USD$ 10) jika gunakan sistem bil Apple. Hal ini menyebabkan Spotify tuduh Apple cuba membunuh persaingan dengan menggunakan Apple Store, dan peguam Spotify telah menghantar surat rasmi kepada pihak Apple. Apple pula menuduh Spotify manja dan mahukan Apple mengutamakan mereka, dan mereka tidak membunuh persaingan kerana semua pembangun aplikasi iOS yang lain tertakluk kepada peraturan yang sama. Pada Tedi ini adalah satu bentuk monopoli, namun mungkin kera...

[T16G06] Rumah Usang di Kampung Kijing

Imej
Alhamdulillah, kami tiba di rumah usang arwah tokki Master di Kampung Kijing, Marang, Terengganu sebelum jam 9.00 malam tadi. Di rumah ini Master ada banyak kenangan zaman kanak-kanak, rumah kayu yang dibina dengan kerjasama gotong-royong penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan. Rumah usang ini kini bocor di beberapa tempat, dan lantainya juga mereput di beberapa bilik. Empat buah bilik di rumah usang ini tiada berpenghuni dan kepulangan Master dan keluarga ketika raya sesekali memenuhi ruangan yang lama sepi. Malangnya pewaris rumah ini masing-masing tiada berharta atau mampu untuk memeliharanya. Nasib baik juga kayu yang digunakan adalah kayu balak yang tahan lama, cuma dinding, lantai dan atap sahaja yang lemah dimamah usia. Berapa lamalah rumah ini boleh bertahan? Adakah generasi ketiga keluarga Master nanti boleh membantu memelihara rumah usang ini? Hanya Allah sahaja yang punyai pengetahuan. Gambar bahagian dalam bilik tidur di rumah pusaka di Kampung Kijing. Keliha...

Popular