Tetot di Taman Tasik Cyberjaya
Ini gambar masa Master dan Mommy bawa Tetot berjalan-jalan makan angin di sebuah taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasik Cyberjaya. Sampai hati Master tak bawa Tedi sekali. Malas la Tedi nak cerita banyak-banyak kerana tiada gunanya, kawan-kawan tengok sahajalah gambar-gambar Tetot di taman rekreasi di Cyberjaya ni... sob sob... Besarnya jam ni. Tak tau la bateri dia besar mana? Tapi jam ni dah tak jalan dah masa tu. Gambar jam besar di taman rekreasi Taman Tasik Cyberjaya Gambar sebatang pokok di tepi tasik di Taman Rekreasi Taman Tasik Cyberjaya Apa yang ada? Pusat Informasi Pelawat ( takde informasi sebab takde orang jaga) Menara Tinjau ( takleh naik sebab dah rosak) Taman Permainan (untuk budak-budak sahaja) Pulau 'Wind Chime' (wah, ada pulau?) Pusat Demonstrasi & Pameran (bukan untuk demonstrasi jalanan tau!) Tapak Perkelahan (ye ker ? macam tak percaya jer !) Jeti (bot takde pun tak guna!) Tiang lampu, wakaka Sila tunggu bas di sini sebab ini...