Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah Tedi

Apa itu komitmen?

Imej
Catatan Tedi Komitmen Sebuah pengajaran ringkas dari bilik mesyuarat 20140509  ·  Tedi Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan. Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Tiba-tiba cikgu bersuara: “Tedi tahu maksud komitmen?” Tedi diam. Tiada jawapan. “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain. “Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen.” — Tedi (dalam hati je lah) ✦ ✦ ✦ Pengajaran hari ini “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” ...

KeMaS vs PosBO2

Imej
Letih sangat hari ini,  selepas Maghrib terus lentok diulit mimpi. Bangun-bangun saja jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Terpaksalah Tedi bangun malam membersihkan diri sebelum solat Isyak. Sepatutnya malam ini Tedi kena ulangkaji Spesifikasi Fungsi yang kawan Tedi sediakan sebagai persediaan mengambil alih projek IT beliau.  Tak lama lagi beliau akan berpindah ke sekolah lain. Ketua projek IT beliau telah melantik Tedi untuk mengambil alih projek tersebut mungkin kerana Tedi mempunyai kepakaran dalam bahasa yang digunakan,  atau mungkin juga kerana Tedi sahaja yang kelihatan tiada projek untuk diuruskan. Tidaklah Tedi tahu sama ada Tedi akan pegang projek ini sementara sahaja atau secara kekal. Projek Tedi pula dikatakan akan diketepikan dahulu kerana tiada urgency berbanding projek IT si R. Esok telah diaturkan Tedi akan berbincang dengan beberapa orang teman sekolah dan juga guru-guru untuk projek PosBO2 yang Tedi kendalikan. Semoga semuanya berjalan lancar denga...

Tedi ambil alih projek ex-classmate.

Imej
Minggu lepas Tedi agak sibuk sikit-sikit. Tedi dah ada projek baru bawah Cikgu MG yang Tedi bagi kod nama Projek HUR. Baru je mula 2 minggu lepas. Di samping itu Tedi perlu juga monitor Projek CAD yang Tedi terlibat sebelum ini. Tension la Tedi macam ni! Khamis lepas Tedi mendapat satu SMS daripada Cikgu MG, "Tedi kena ikut latihan Projek IF hari ni." Tedi pun tanpa syak wasangka dengan lenggang-kangkung pergilah ke Sekolah Jurutera kot namanya? Kononnya untuk menimba sedikit ilmu pengetahuan daripada Projek IF, manalah tahu ada yang boleh Tedi guna pakai dalam Projek HUR nanti. Sedang Tedi menghayati pembentangan oleh team  Projek IF, tiba-tiba datang team leader  mereka iaitu Cikgu AA. "Tedi, kau assist mereka dalam training ni, nanti senang kau take over." "Take over? Take over apa ni cikgu?" "Kau tak tahu? Kau tak dapat apa-apa mesej pasal ni?" , Cikgu AA agak kehairanan dan dia segera menjeling Cikgu MG. "Tedi cuti s...

The Way Forward

Imej
Sekarang Tedi dan rakan sekolah sedang berada di Avillion Port Dickson. Kami ada modul bina kumpulan. Sekarang ini kami sedang dalam modul lukis mural bertajuk The Way Forward yang mungkin dalam Bahasa Malaysia bermaksud Jalan Ke Hadapan. Kami diberikan 36 kanvas kecil di mana kami perlu melukis satu per tiga puluh enam bahagian daripada sebuah lukisan besar. Setiap lukisan kecil dilukis oleh 2 orang. Cabaran utamanya adalah untuk memastikan setiap lukisan diwarnakan dengan tema warna yang sama. Gambar peralatan melukis warna air, pensil, kanvas lukisan, cawan, botol air mineral. # 13 Mei 2018 jam 12:10 tengahari hari Ahad # IMG_20180513_121043 20180513 201805 # Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Third Mile, Jalan Pantai, Avillion Port Dickson, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. [ peta lokasi ] Selain itu terdapat cabaran lain seperti ada perubahan yang perlu dilakukan ke atas gamb...

The Battle of The Five Armies amat menyedihkan

Imej
Hari Ahad yang lalu Tedi ditaja menonton The Hobbit: The Battle of Five Armies oleh PLUS Expressway Group. Tedi bukanlah peminat tegar The Hobbit kerana bagi Tedi ia agak membosankan. Tapi dek kerana orang ramai sibuk memperkatakan mengenainya, Tedi pun sibuk nak menontonnya, dan hasilnya Tedi sangat kecewa, mungkin kerana jangkaan yang diletakkan amat tinggi! Ini beberapa komen Tedi. Kosong kosong kosong Apabila menonton filem ini, Tedi berasakan kekosongan yang amat sangat! Aksi perangnya banyak tapi tanpa aksi yang mengkagumkan. Tiada emosi yang menyeksa kita yang memaksa kita berharap akan datang hero atau peralatan canggih membantu mereka yang hampir tewas. Thorin bukan Optimus Prime! Ada satu ketika di mana pasukan Iron Foot dari Iron Hill pimpinan sepupu Thorin hampir tewas dan dia memerlukan bantuan Thorin, Thorin tak keluar kerana dia mabuk harta. Tapi akhirnya dia keluar dengan pasukannya. Ketika ini Tedi berharap d...

Popular