Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POS Malaysia Berhad (POS Malaysia)

POSLaju di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa

Imej
Mummy nak kirim alas papan seterika kepada Mak Long Ili yang dibeli daripada kawan Mummy. Masalahnya kawan Mummy ni kalau dia nak pos alas papan seterika yang dibeli oleh para pelanggan, dia akan pos satu-satu. Gila ka apa? Tak mesra pelanggan sungguh! Macam ni lah orang Melayu meniaga, nanti kalau tak sokong kata dengki la apa la.... Tedi tak marah pun, sengaja Tedi menambah perkataan supaya cukup 500 perkataan. Biasalah tu kan dalam karangan kita kena merapu nak bagi nampak panjang berjela-jela biarlah cikgu atau kawan-kawan malas nak baca. Mummy cari mana boleh pos alas papan seterika tu gunakan POSLaju Malaysia, satu syarikat penghantaran atau syarikat kurier nasional di Malaysia. Tedi syak ia ada kena mengena dengan POS Malaysia juga, tak tahulah sama ada adik-beradik atau anak-beranak. HQ POSLaju Malaysia iaitu cawangan POSLaju Kuala Lumpur terletak di Brickfields yang pernah kami singgah suatu masa dahulu untuk kutip kiriman yang tidak dapat dihantar. POSLaju Brickfields ni...

Pos Malaysia perkenal perkhidmatan baharu EziDrive-Thru

Imej
KUALA LUMPUR 9 Ogos 2016 – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerusi perniagaan kuriernya, Pos Laju melancarkan perkhidmatan terbaharu dengan memperkenalkan stesen pandu lalu dikenali sebagai EziDrive-Thru, yang merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, EziDrive-Thru diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka. Mohd. Khamil Jamil (dua dari kiri) dan Mohd. Shukrie Mohd. Salleh (kiri) menerima bungkusan daripada seorang pelanggan di stesen EziDrive Thru Pos Laju, Bandar Baru Bangi dekat Kuala Lumpur, semalam. “Perkhidmatan ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam kalangan syarikat kurier di Malaysia, bagi memudahkan orang ramai menggunakan Pos Laju tanpa perlu menghadirkan diri di pejabat atau kaunter Pos Laju. “Perkhidmatan ini dapat memberi kemudahan kepada usahawan untuk mela...

Popular