Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aidil Sharin Sahak

Alves Kekal Setia Dengan Hijau Kuning: Teka-Teki Import Pertahanan Terjawab

Alves Kekal Setia Dengan Hijau Kuning: Teka-Teki Import Pertahanan Terjawab ALOR SETAR – Kedudukan Renan Alves sebagai tonggak pertahanan import Kedah yang mencetuskan persoalan sebelum ini akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan kekal bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2021. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pemain berusia 28 tahun asal Brazil itu menerusi laman Facebook miliknya, sekali gus melenyapkan spekulasi yang bertebaran selama ini. "Saya gembira dapat menyambung kontrak dan berharap tahun ini adalah tahun yang diberkati Tuhan." 💚💛🦅 — Renan Alves Melengkapkan Kuota Import 2021 Sebelum ini, peminat tegar Hijau Kuning tertanya-tanya mengenai status Alves selepas hanya dua pemain import, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche , diumumkan kekal sejak Disember lalu. Senarai Import KDA FC Musim 2021: Renan Alves (Brazil) - Pertahanan (Kekal) Kpah Sherman (Liberia) - Penyerang (Kekal) Kipre Tchetche (Ivory Coast) - Penyerang ...

Lima perkara tentang Aidil Sharin yang penyokong Kedah perlu tahu

Imej
Aidil Sharin Sahak adalah jurulatih baru Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah F.A.) dan mula diikuti oleh para penyokong Helang Merah, salah seorangnya Master. Untunglah Four-Four-Two ada siarkan artikel umum mengenai jurulatih Kedah ini. Latar belakang Aidil Sharin ,  Pengalaman sebagai jurulatih ,  Rekod saingan domestik ,  Saingan Piala AFC ,  Meminati Pep Guardiola , dan  Sumber . Aidil Sharin Sahak merupakan ketua jurulatih Kedah bagi musim 2019 yang baru sahaja diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Mukhriz Mahathir pada 9 Januari 2019. Berikut adalah lima perkara yang perlu diketahui oleh penyokong Kedah. Latar belakang Aidil Sharin Nama penuhnya, Aidil Sharin Sahak dilahirkan pada 9 Julai 1977 dan kini berusia 41 tahun. Merupakan warganegara Singapura dan mula berkecimpung dengan dunia kejurulatihan bersama pasukan kanak-kanak di Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC). Pengalaman sebagai jurulatih Aidil bermula dengan m...

Aidil Sharin puji anak buah, baiki kelemahan

Imej
ALOR SETAR 14 Jan. - Ketua Jurulatih Lang Merah, Aidil Sharin Sahak memuji semangat lawan yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika menentang Perak dalam aksi Piala Unity Shield di Stadium Darul Aman di sini, semalam. Pengendali dari Singapura itu berkata, beliau telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam perlawanan itu, namun berharap dapat mengatasinya pada siri perlawanan persahabatan di Thailand, bermula Sabtu ini. Ujar beliau, kehadiran kira-kira 25,000 orang penyokong Kedah juga memberi suntikan motivasi kepada pemain untuk mempamerkan permainan bermutu bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama. AIDIL SHARIN SAHAK semasa sidang akhbar selepas tamat Perlawanan Piala Unity Shield Kedah menentang Perak di Stadium Darul Aman di Kedah, semalam. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO “Memang ada sedikit tekanan beraksi di hadapan penyokong sendiri yang memenuhi stadium, lebih-lebih lagi kepada pemain-pemain baharu kerana hanya tiga pemain utama Kedah FA pada musim lepas beraksi da...

Aidil Sharin jurulatih baharu pasukan Kedah

Imej
Persatuan  Bola Sepak Kedah (KFA) melantik bekas Ketua Jurulatih Home United, Singapura, Aidil Sharin Sahak sebagai pengendali baharu skuad Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya kini dalam peringkat rundingan terakhir sebelum mengikat kontrak dengan Aidil Sharin. Katanya, KFA juga mengumumkan bekas Ketua Jurulatih Piala Presiden, Victor Andrag sebagai penolong jurulatih. “KFA menaruh keyakinan gandingan Aidil Sharin dan Victor Andrag dapat mengembalikan kegemilangan skuad Helang Merah pada musim depan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Majlis Eksekutif KFA di Alor Setar semalam. Kedah yang gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia musim ini menggunakan tiga jurulatih bermula dengan Ramon Marcote, Mohd. Nidzam Adzha Yusof dan Azzmi Abd. Aziz. Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, KFA menyerahkan tanggungjawab kepada ketua...

Popular