Gambar Klasik Masjidil Haram di Makkah al-Mukaramah
Ini adalah koleksi gambar lama Masjidil Haram yang Tedi terima melalui email. Saja Tedi masukkan dalam interpretZZ ni semoga dapat Tedi tengok kembali pada masa akan datang. Masjidil Haram adalah masjid di Makkah yang di dalamnya terdapat Kaabah yang menjadi kiblat buat umat Islam. Ia adalah salah sebuah daripada 3 masjid teragung umat Islam selain Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa. Gambar Kaabah lama versi hitam putih diselubungi dengan kelambu Kaabah berwarna hitam. Tedi tertanya-tanya bangunan apakah yang berhampiran dengan Kaabah tersebut? Pada zaman sekarang sudah tidak kelihatan bangunan itu. Bagus juga kerana ia mencemari penampilan Kaabah. Gambar orang sedang bersolat di sekeliling Kaabah. Kelihatan bangunan-bangunan di kawasan bukit-bukau di sekitar Masjidil Haram. Gambar ini seperti kawasan Masjidil Haram dilanda banjir. Mungkin sukar bagi kita untuk menggambarkan bagaimana Makkah dan Kaabah boleh banjir sedangkan ia berada di kawasan padang pasir? Namp...