Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _komentar_

Apakah itu syarikat Ali Baba?

Imej
Buah Fikiran Tedi Istilah “Syarikat Ali Baba” Mungkin Akan Lapuk? Apabila nama perniagaan tradisi bertembung dengan gergasi e-dagang dunia 20140813  ·  Tedi Istilah “Syarikat Ali Baba” sering digunakan dalam dua konteks: Maksud lazim istilah ini Merujuk kepada perbuatan pihak tidak beretika yang menggunakan individu atau syarikat bumiputera untuk mendapatkan kontrak — lazimnya dari kerajaan — sebelum kontrak itu dijual atau diserahkan kepada syarikat bukan bumiputera. Sebuah syarikat yang mempunyai seorang penama bumiputera yang digunakan namanya semata-mata untuk mendapatkan kontrak, di mana dia digaji hanya kerana status bumiputeranya. Tedi tak pastilah sama ada kegiatan ini masih berlaku kerana Tedi sudah lama tidak membacanya. Pada zaman dulukala, istilah syarikat Ali Baba atau perniagaan Ali Baba ini popular di dalam majalah dan akhbar. ...

Apa itu komitmen?

Imej
Catatan Tedi Komitmen Sebuah pengajaran ringkas dari bilik mesyuarat 20140509  ·  Tedi Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan. Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Tiba-tiba cikgu bersuara: “Tedi tahu maksud komitmen?” Tedi diam. Tiada jawapan. “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain. “Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen.” — Tedi (dalam hati je lah) ✦ ✦ ✦ Pengajaran hari ini “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” ...

Mengintai ...

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Falsafah Intai Maksud & Perbezaan Rujukan Setiap makhluk punya rasa ingin tahu Apa rahsia yang tersembunyi Di sebalik sesuatu apa jua Hai, intai apa tu? Siapa intai siapa ni? Intai. Intai adalah perbuatan mencuri melihat sesuatu sambil menyembunyikan diri. Intai dikaitkan dengan intip. Intai menggunakan mata. Intip menggunakan semua indera. Intai terkandung dalam intip. Intip boleh tanpa intai. Intai boleh juga berlaku tanpa menyembunyikan diri, tetapi diri kita memang sedia terselindung di sebalik sesuatu. Intai juga boleh berlaku apabila penglihatan kita terlindung oleh sesuatu. Apa Tedi mengarut ni? Lantak la. Rujukan Pesawat Intai Maksud perkataan "intai" 🏠 Kembali ke Laman Utama Diterbitkan: 20130516 | Kemaskini: 20260304 (13:47) | interpretZZ

Positif dalam Negatif

Imej
Seorang wanita sedang termangu di dapur, memikirkan cukai-cukai yang perlu dibayar, kerja rumah yang menimbun, dan yang paling merunsingkan hatinya adalah keluarganya mahu melawat untuk satu perayaan pada keesokan harinya. Dia mengeluh, dan tidak rasa ada satu apa pun yang menguntungkan dirinya. Sejenak dialihkan pandangannya, terlihat anak perempuannya sibuk mencoret sesuatu dalam buku notanya. Anak perempuannya berkata, "Hari ini guru meminta saya mengarang tentang 'Syukur atas kesusahan'" . "Guru mahu kami coretkan apa-apa yang kami fikirkan tidak bagus, tetapi rupanya ia punyai banyak kebaikan." Si ibu berasa ingin tahu, lalu dia membaca apa yang anak perempuannya itu coretkan. Aku bersyukur adanya peperiksaan akhir tahun kerna itu maksudnya cuti sekolah bakal menjelma. Aku bersyukur terpaksa menelan ubat yang tidak sedap kerna dengannya aku berasa lebih sihat. Aku bersyukur terpaksa bangun apabila jam loceng berbunyi kerna itu maksudnya aku m...

[t10c10] Kenapa Tunggang Motosikal?

Imej
Ini bukan cerita pasal milo ais Isteri Merajuk Dijemput Menaiki Motosikal Serik Menunggang Motosikal Pada petang tadi, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Tedi ternampak seorang lelaki dewasa membawa dua kanak-kanak sekolah rendah membonceng  motosikal yang dikendarainya. Adik yang di belakang sekali tu sedang sedap minum air milo ais bungkus. Wajahnya gembira, tiada apa yang dirisaukan. Sumber foto: Lebih 200 ahli Kelab Vespa Malaysia berhimpun dalam program ‘The Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2014’ Ini bukan cerita pasal milo ais Tiba-tiba Tedi berasa sebak, mungkin agak terharu melihatkan gelagat mereka itu. Mereka berhimpit di atas sebuah motosikal, manakala Tedi selesa duduk di dalam sebuah kereta. Tapi mereka masih gembira. Tedi terharu melihat jerih-perih seorang ayah menjemput anak-anaknya balik sekolah menaiki sebuah motosikal. Adakah itu sahaja pilihan yang dia ada? Mungkin ya. Sejak bulan Februari tahun 2017 yang baru berlalu, Te...

[t18f06] Kenapa Hospital Gomen Tiada Bangunan Letak Kereta?

Imej
Hari ini Aina ada temujanji di Hospital Serdang. Temujanji ini adalah temujanji kedua dengan pakar jantung kanak-kanak. Kami sampai sebelum jam 9. Mommy ambil nombor untuk daftarkan Aina. Master pula cari tempat letak kereta di sekitar Hospital Serdang. Ia adalah satu cabaran besar di sini kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Master terpaksa letakkan kereta di tepi jalan besar, yang agak menyusahkan pengguna jalan tersebut. Bahkan para doktor pun terpaksa parking di tepi jalan. lagi dahsyat apabila sebuah ambulance pun letak ambulance di tepi jalan, di belakang kereta kami. Hal ini membuatkan Tedi tertanya-tanya, kenapa kalau gomen buat hospital, tidak dibina sekali dengan bangunan letak kereta? Tambahan pula di Hospital Serdang ni ada juga bangunan UPM, maka lebih penting untuk mewujudkan bangunan letak kereta. Bukan Hospital Serdang sahaja, Hospital Putrajaya pun sama. Selalunya hanya hospital kerajaan yang dah lama sahaja akan bina bangunan letak kereta, seperti Hospital...

Hang Tuah vs Hang Jebat. Siapa salah?

Imej
Kawan-kawan kenal tak siapa Hang Tuah dan Hang Jebat ? Kawan2 pernah dengar kisah mereka bertarung di antara sesama sendiri kerana perbezaan ideologi? Tedi pun berbeza ideologi dengan Master mengenai Tuah dan Jebat. Gambaran potret Hang Tuah Persatuan sejarah terbit setem wajah Hang Tuah Kenapa Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat? "Master, kenapa Tuah berlawan dengan Jebat? Mereka kan kawan baik?" "Kerana perbezaan ideologi " , jawab Master dengan yakin. "Siapa yang salah, Tuah atau Jebat?" "Erm, mungkin kedua-dua mereka tak salah. Tedi rasa siapa salah?" "Mestilah Jebat, kerana dia derhaka." , Tedi segera menjawab dengan bersemangat seolah-olah semangat Tuah meresap ke dalam diri.  Resam dalam dunia ini, penderhaka akan dibenci, namanya akan dicaci, aibnya akan ditelanjangi, dan keluarganya mungkin dibuang negeri. "Jebat seorang yang setia, sebab itu dia melawan." , balas Master pula. Tedi termangu sebentar. Macam mana s...

[t14a21] Khatib, tolonglah petik nombor surah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Khatib adalah mereka yang membacakan khutbah pada hari Jumaat K hutbah yang dimaksudkan adalah khutbah khas sebelum solat Jumaat atau boleh juga khutbah sunat selepas solat sunat Aidilfitri atau Aidil Adha. Selain daripada itu khutbah boleh juga dikatakan sebagai ucapan mengandungi kata-kata nasihat. Maksud khutbah yang sebenarnya tiadalah Tedi maklumi dan Tedi pada malam ini agak kemalasan untuk menyelak kamus. Definisi : (perkataan Arab) pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan . Contoh ayat: Sembahyang Jumaat didahului oleh khutbah . Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/06/khatib-menangis-sebak-baca-khutbah.html Perkataan khutbah ini yang Tedi benar-benar maklumi ia berasal daripada perkataan Arab. Namun jika dikaji lebih lanjut mungkin sahaja ia akan berasal daripada bahasa lain pula kerana manus...

Pemanduan Kanan vs Pemanduan Kiri

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Mengapa ada negara yang memandu di sebelah kanan dan ada yang memandu di sebelah kiri? Pernahkah kita mempunyai persoalan sedemikian? Negara yang memandu di sebelah kiri kebanyakannya merupakan bekas jajahan lama British & ada sebab British dahulu kala menggemari pemanduan di sebelah kiri Mudah menghunus pedang ke arah lawan di sebelah kanan (kebanyakan orang menggunakan tangan kanan). Pengguna tangan kanan mendapati mudah menaiki kuda dari sebelah kiri, maka bahu jalan mestilah di kiri.   Bagi negara pemanduan sebelah kanan pula: Pada 1700-an, petani di Perancis dan Amerika Syarikat mula menggunakan kereta wagon besar yang ditarik beberapa ekor kuda. Wagon ini tiada kerusi pemandu, sebaliknya pemandu menunggang kuda terakhir yang berada di kiri. Ini kerana mereka menggunakan cambuk di tangan kanan. Oleh itu, untuk memudahkan mereka mengawasi kenderaan-kenderaan lai...

[t13g25] Politik Tedi: Kan betul BN menang PRK Kuala Besut.

Imej
Tedi dah agak dah yang BN akan menang punya. Sebelum ni Tedi dah cakap (taip) yang BN akan menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut (N01) . Ternyata telahan Tedi itu betul, hehehe. Boleh agak dah pola pengundian di Malaysia ni, asalkan PRK jer , mesti nak setara dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau kubu kuat pembangkang pun, Tedi rasa boleh goyah dibuatnya. Tengku Zaihan Che Ku Rahman (BN) - 8,288 undi. Azlan Yusof (PAS) - 5,696 undi. Majoriti - 2,592 undi. ASTRO Awani: 79.78 per cent cast votes in Kuala Besut. Kini Kuala Besut akan kembali aman dan mungkin kembali sepi. Tunggu saja janji-janji pilihanraya itu dilaksanakan. Beruntung rakyat Kuala Besut, giliran siapa selepas ini? Wakil rakyat sepatutnya menginsafi Kuala Besut dengan mesej, "Bila-bila masa boleh mati, bekerjalah dengan baik."   Nampak gayanya, bolehlah Tedi teruskan jadi penganalisis politik lepas ni, kan? Baru sekali je serkap jarang mengena dah nak berlagak, lol. Mengenai pilihanraya ni, Tedi geli...

[t13e17] Tedi dah terpengaruh dek Mommy?

Imej
Adoi la nye pun. Tedi sudah makin kasihan dengan manusia. Sebabnya? Tedi dah terbaca blog para manusia di Malaysia ni. Selama 4 tahun Tedi kenal blog, Tedi tak pernah baca blog mereka! Cuma Mommy je selalu citer itu ini daripada blog yang Mommy baca. Tipu? Biar la apa manusia nak kata. Tedi tak kisah. Ini kan DIARI Tedi? Sebelum ni banyak baca pasal kawan-kawan Tedi jer Juga pasal pejuang-pejuang daripada kaum manusia yang melindungi mereka Selain itu pasal Microsoft, Apple, Samsung, Sony Ericcson Gambar hiasan menunjukkan satu pasangan suami isteri bersama anak mereka di papan gelongsor di sebuah taman permainan. Tapi bila baca blog manusia di Malaysia ni Nyata berbeza Ada something fishy there ... Hahaha, tak la Blogger Malaysia ni lebih sentimental kot? Ceritacerita pun banyak yang sedih? Atau Tedi yang salah masuk blog? Istilah yang digunakan pun pelik-pelik...  Blogwalking ? Bagi Tedi kalau tak berbaloi untuk dikomen, baik tak payah komen. Walaupun Tedi pernah komen "hahahah...

[t13e05] Beza Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... master berbicara.

Tedi bagi laluan la untuk Master berceloteh pagi ni, sempena pilihanraya umum yang ke-13 pada tahun 2013. Master kata (tiru style Tun Dr. Mahathir) : Barisan Nasional adalah parti pelbagai kaum melalui gabungan parti2 berasaskan kaum masing2. Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan parti pelbagai ideologi di mana setiap parti komponen tidak berasaskan kaum tetapi berdiri atas ideologi masing2. Contohnya PAS di atas prinsip Islam, PKR mungkin atas prinsip sosial, manakala DAP mungkin atas dasar demokratik. Ironinya, Barisan Nasional sering mencanang Pakatan Rakyat mementingkan dasar perkauman. Bagi Master, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana setiap komponen Pakatan Rakyat boleh dianggotai mana2 kaum asalkan mereka patuh kepada ideologi parti tersebut. Mempunyai 1 parti yang dianggotai oleh banyak parti komponen yang berasaskan kaum mungkin multi-racial, namun tidak menjadikan Barisan Nasional lebih anti-perkauman berbanding Pakatan Rakyat. Ini cuma pendapat ilmiah. t...

[t16e20] Sampai sudah.. XV STI kepanasan

Imej
Alhamdulillah, kami selamat tiba setelah Master bergelut dengan dua kali bayangan semasa memandu. Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Su Jim meneruskan perjalanan mereka ke Batang Benar pula. Lain kalilah cerita pasal bayangan tu. Perkongsian mengenai bayangan tersebut dikongsikan dalam kirirman " [T16E21] Bayangan Ketika Memandu ". Kereta Subaru XV STI mengeluarkan bunyi besi kepanasan, kalau kekawan pernah dengar bunyi besi kepanasan tu tentu tahu bahawa ia seperti bunyi tin  Milo apabila dibakar api. Ini pertama kali Tedi dengar mungkin sebab ini kali pertama XV STI tu travel habis-habisan dalam sehari. Semalam ia bergerak dari Sepang ke Ipoh . Pagi tadi ia ke  Nibong Tebal sebelum ke  Bukit Mertajam dan pulang semula ke Sepang. Dalam perjalanan ke Sepang kami singgah di RNR Tapah di mana Tedi rakamkan dalam kiriman  Beriklan dengan netqlix . Rasakanlah penangan ujian panduan Master dan Mommy.. hehe. Okayla, Tedi nak tidur, esok nak sekolah. Gambar panel pe...

[t20e28] Projek PPA1M Presint 11 'indah khabar dari rupa'

Imej
Sedih membaca berita macam ni. Ia berlaku pada penjawat awam kerajaan Malaysia, dan ia berlaku di dalam kawasan pentadbiran Kerajaan Malaysia iaitu di Putrajaya. Bayangkanlah jika kakitangan kerajaan, di kawasan kerajaan pun ditindas sebegini, bagaimana pula dengan pembeli biasa di kawasan yang jauh daripada mata dan telinga kerajaan? Adakah ini bermakna pemaju yang sebangsat ini boleh sesuka hati mempermainkan para pembeli? Pemaju bangsat ini tentu sahaja bahagia kerana pihak bank akan tetap membuat bayaran kepada mereka manakala pembeli pula menanggung derita. Semuanya atas dasar kenyang perut sendiri. Semoga kerajaan akan bertindak tegas dan menghukum pemaju sebegini, barulah boleh bertahan lama sebagai sebuah kerajaan, apabila rakyat melihat yang salah dihukum dan yang tidak bersalah dilindungi. Bukan hanya politik, politik, politik... semua benda nak dipolemikkan sebagai isu politik, bukan atas dasar kepentingan rakyat. PUTRAJAYA: Bangunan projek perumahan Perumahan Penjawat Awam ...

[t13e23] PM Najib tolong mansuh tol ...

Imej
    Bukan semua tol perlu dimansuhkan , tapi tol dalam bandar itu memang sungguh tak logik! (Sebenarnya bila difikirkan, logik juga, kalau Tedi fikir sebagai bos konsesi tol la.) Susah orang nak pergi kerja, nak shopping , kadang2 nak u-turn pun kena dah 2 tol!   Cuba Dato' Seri Najib baca petikan akhbar di bawah berkenaan pemansuhan tol yang diperjuangkan oleh hulubalang2 UMNO & BN sendiri. Ini membuktikan orang bawahan Dato' Seri memahami permasalahan rakyat.   Malangnya siapakah yang menghalang Dato' Seri daripada menerima maklumat yang betul?   Adakah mereka di sekeliling Dato' Seri merupakan pemimpin yang bersih, cekap & amanah? Atau mereka hanya mementingkan perut buncit masing2?   Dato' Seri jangan risau, perut Tedi pun buncit juga, tapi Tedi tak buncit sekor2, Tedi ajak kawan2 sekali. Sinar Harian, 02 Dis 2011: UMNO Selangor minta mansuhkan tol Batu Tiga Sinar Harian, 12 Mei 2012: UMNO Shah Alam desak hapus tol Batu Tiga & Sungai Rasa...

[t17f11] Kenal Aweera sebab Caliph Buskers

Imej
Selepas berulangkali menonton Romancinta yang dipersembahkan Mojo dan Caliph Buskers di final Anugerah Juara Lagu melalui YouTube, Tedi mula menonton video-video lain yang berkaitan. Ada video pasal asal penglibatan Caliph Buskers dalam persembahan tersebut. Kemudian melarat pula ke video "pertikaman lidah" di antara Aweera dan Edry KRU di mana Aweera lebih banyak menyerang manakala Edry serahkan segalanya kepada peguam. Aweera tak puas hati kerana dia anggap dirinya yang patut dijemput nyanyikan lagu tersebut dengan hujah dia yang membawa lagu tu layak ke final. Padahal pada masa tu dia dah keluar dari kumpulan Mojo. Ini adalah contoh tajuk yang membuatkan Tedi marah setiap kali membacanya kerana Tedi berasakan bahawa siapa yang cakap macam tu sebenarnya yang cuba buat drama... Tedi berasakan perangai Aweera ni bak hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kalau orang dah tak jemput tu janganlah sibuk nak join juga. Hodoh perangai macam tu. Itu komen sebelum persemba...

Apa Masalahnya Kedai Dobi Muslim Sahaja?

Imej
Terkilan juga dengar komen orang yang kritik kedai dobi di Johor yang meletakkan papan tanda Muslim Sahaja. Pada papan tanda tersebut juga dinyatakan bahawa ia untuk menjaga kesucian pakaian yang dicuci di sana. Tedi rasa tiada masalah sebab dah dinyatakan dengan jelas apa tujuan larangan tersebut. Tapi ada juga yang duk hentam termasuklah ketua negeri Selatan Semenanjung Malaysia tersebut. Siap dikaitkan dengan Taliban? Tedi tak kisahlah jika pendapatnya berbeza, seperti juga pendapat Dr. MAZA yang takut akan menjerumuskan kepada Islam sempit sedangkan Islam itu memudahkan. Nanti jadi nak basuh baju pun was was, lebih kurang begitulah maksudnya. Perkara was-was ini adalah perkara hati bagi Tedi dan ianya akan berbeza buat setiap orang. Ada orang yang sangat was-was dan bila was-was kan dah timbul syubhat bagi dia? So, kalau dia nak pilih kepada jalan yang menenangkan hati dia tu biarkanlah. Contohnya ada orang Islam yang bila nampak kedai jual arak, dihindarkannya, manakala ada...

[t13k17] Tipikal jawapan kerajaan Malaysia, sungguh klise!

Imej
Hari ini suratkhabar melaporkan berita sogokan kepada pegawai Imigresen Malaysia di lapangan terbang. Malaysia Mugs Ia diikuti cadangan oleh pihak-pihak tertentu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di lapangan terbang untuk membanteras gejala ini. Tapi belum apa-apa dah ada yang menolak dengan menjawab, "Kes ini adalah kes terpencil" . Lebih haru apabila individu itu adalah Ketua Imegresen Malaysia. Tedi tak ingat dah berapa kali ayat "kes ini adalah kes terpencil" atau "isu ini adalah terpencil" digunakan untuk menolak apa-apa cadangan. Paling bodohnya ialah apabila ayat-ayat klise itu disuarakan oleh menteri-menteri Malaysia dan pegawai atasan kerajaan yang sepatutnya bijak pandai mencari penyelesaian kepada sebarang isu. Paling kelakar apabila mereka tidak pula memberi jawapan sebegitu apabila kes itu melarat atau sesuatu kes itu melibatkan orang-orang kenamaan. Sebagai contoh apabila kes penculikan ...

[T16E23] Keropok Lekor Identiti Malaysia

Imej
Kandungan:  Tok Ma gorengkan keropok lekor  |  Keropok Losong bukan dari Terengganu? |  Keropok lekor duta Malaysia?  |  Jenis ikan untuk keropok lekor  |  Jenis keropok lekor di Malaysia 22:41, Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Kami sedang berada di Balai Berlepas menunggu kapal terbang AirAsia penerbangan AK6445 jam 11:15 ke Kuala Lumpur. Semoga penerbangan lancar dan kami tiba awal di KLIA2 kerana kami perlu menaiki ERL ke Salak Tinggi sebelum jam 1 pagi.   Tok Ma gorengkan  keropok lekor Petang tadi Tok Ma gorengkan keropok lekor. Nama lain bagi keropok lekor ialah keropok batang atau disebut juga keropok gote (kalau Tedi tak salah eja) di negeri Kelantan.  Kawan-kawan pernah makan atau dengar pasal keropok lekor? Kalau tak pernah mungkin kawan-kawan bukan orang Malaysia. Keropok lekor ni adalah makanan ringan orang Pantai Timur Semenanjung Malaysia selalunya berasal dari neg...

[T15F29] Minyak rambut lelaki Gatsby THC mahal di 7-Eleven

Imej
Selepas Tarawikh tadi baru sedar (teringat) yang minyak rambut Master telah kehabisan. Gambar minyak rambut Gatsby THC Normal iaitu minyak rambut lelaki. THC bermaksud Treatment Hair Cream atau Krim Rambut Rawatan. Tak tahulah rawatan apa? Mungkin rawatan kulit kepala atau rawatan rambut. Harganya di 7-Eleven ialah RM 5.75 untuk kandungan 125g. Kalau tiada minyak rambut, memang akan terjejaslah kekemasan Master di pejabat beliau esok. Sudahlah Master memang tak berapa nak kemas pun, rambut panjang, tak pakai tali leher, kasut tak bertumit dan macam-macam lagi. Jadi kami pun keluarlah mencari minyak rambut lelaki Gatsby, di samping mengisi petrol kereta, takut esok tak berkesempatan isi. Destinasi kami untuk beli minyak rambut lelaki kali ini adalah 7-Eleven, almaklumlah malam-malam buta ni mana ada kedai yang buka, kecuali kedai 24 jam seperti 7-Eleven. Master tak berapa suka beli barang di 7-Eleven ni kerana mereka jual arak atau disebut juga minuman keras. Di sana ada minyak rambut y...

Popular