Master... pakai macam Mommy.. baru la matching! | 20130518
Kisah Life Bila Isteri Kata: "Abang, Pakai Baju Yang Ini..." Ah sudah, terbaca lagi entri Diana Rashid . Tak apa la, kali terakhir baca yang ini. Nak tambah sedikit ulasan untuk entri tersebut yang bertajuk "ABANG..PAKAI YANG INI...." . Kandungan Kiriman Adat Pasangan Memakai Baju Sedondon Masalah Utama Suami Siap Awal Adat Pasangan Memakai Baju Sedondon Sudah menjadi adat untuk pasangan mahu mengenakan pakaian yang sepadan iaitu selalunya sama warna, jika tidak sama corak, atau sama tema. Tetapi seringkali terjadi cuma golongan wanita sahaja yang mahu kenakan pakaian yang matching dengan pakaian pasangan mereka. Bagi lelaki pula mereka akan bersiap dan selalunya kenakan apa yang selesa dipakai, sehinggalah tiba-tiba si isteri berkata, "Eh abang... pakai yang ini." Master selalu kena isu ini bila Mommy suruh pakai baju sama warna. Set pakaian baju Raya warna biru untuk pasangan suami isteri agar tampil sedondon dan sepadan. Mast...