[t19g11] Razlan yakin Hafizh kekal bersaing kejuaraan dunia
Agak mengecewakan apabila mendapat berita KTM Tech3 telah menawarkan kontrak kepada Brad Binder untuk berlumba mewakili kumpulan KTM Tech3 pada tahun 2020. Ini bermakna pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin disingkirkan daripada pasukan KTM Tech3. Tahun ini tahun yang malang buat Hafizh Syahrin setelah beralih daripada motosikal Yamaha kepada motosikal KTM. Bukan dia sahaja, malahan Johann Zarco pun tak beraksi baik setelah bertukar motosikal. Dikatakan motosikal KTM ni tidak mesra penunggang sebagaimana motosikal Yamaha. Salah satu kelemahannya adalah susah ambil selekoh. Selain itu rekaan tempat duduknya juga dikatakan punca penunggang sukar mengawal motosikal KTM, terutama pelumba bertubuh kecil dari Asia. Apa-apa pun bos Hafizh Syahrin lebih tahu apa yang terbaik untuk pasukannya. Malangnya dia tak mahu beri peluang lagi kepada Hafizh Syahrin. Tedi harap pasukan mereka akan kalah selepas ini! KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah masih mempunyai ruang untuk beraksi di Kejua...