Aina makan aiskrim IKEA kali pertama
Pergi IKEA Cheras cari almari baju untuk adik Aina. Nak beli rak baju IKEA MALM tapi kehabisan stok, tapi kalau nak beli online masih ada dalam stok. Sebelum kami ke IKEA Cheras, Mummy dah periksa masih ada 84 rak baju IKEA siri MALM 4 laci berwarna putih tersebut, tetapi apabila cari di rak sudah kehabisan. Apabila disemak semula dalam talian, masih tercatat ada bekalan 84 set perabot tersebut. Rak baju IKEA siri MALM berwarna putih 6 laci adalah, tapi nanti tak sama tinggi dengan rak baju Aina pula. Rak baju IKEA siri MALM laci warna selain putih pun ada tapi nak buat apa beli warna lain pula kalau nak susun sebelah menyebelah. Animasi Aina makan aiskrim soya IKEA buat pertama kali. # tarikh: 3 Mac 2019 jam 17:32 petang hari Ahad. # nama gambar: IMG_20190303_173154-ANIMATION.gif # kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # lokasi di Google Map: 2a, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Aina minta aiskrim IKEA Sampai sahaja di IKEA,...