Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerja sekolah

Bermain dengan Ionic.Zip dan EPPlus

Imej
Yeay... Hari ini Tedi ada satu misi. Misi untuk menggelitar satu folder yang mengandungi beberapa fail yang dipadatkan (zip). Kemudian kandungannya perlu diekstrak. Dan hasil ekstrak itu perlu dikeluarkan dalam satu fail Excel. Alhamdulillah misi Tedi berjaya! Pertama Tedi gunakan pustaka ionic.zip untuk bermain dengan fail yang dipadatkan. Kemudian Tedi gunakan pustaka EPPlus. Esok kena kemaskini fail Excel yang dihasilkan, kena teliti semula regex pattern yang digunakan kerana ada kandungan fail yang tidak diingini telah termasuk ke dalam fail Excel itu. 20150128

KeMaS CTU membakar diriku | 20160618

Imej
Pembangunan Sistem Coretan Sebelum Tidur: Transisi Kod, Pangkalan Data & Sistem KeMaS CTU بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan Kiriman Ekstrak Data Pengguna PosBO Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R Peluang Kembali Mengekod Dan Cabaran Pangkalan Data Logo CTU - Sistem KeMaS CTU yang bakal diambil alih untuk pembangunan modul laporan. # 18 Jun 2016 # 20160618 # KeMaS CTU # Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe.. Ekstrak Data Pengguna PosBO Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses. Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta pangkalan data daripada beliau. Kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID. KeMaS CTU itu pun sebenarnya setelah Tedi periksa stat...

Apa itu komitmen?

Imej
Catatan Tedi Komitmen Sebuah pengajaran ringkas dari bilik mesyuarat 20140509  ·  Tedi Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan. Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Tiba-tiba cikgu bersuara: “Tedi tahu maksud komitmen?” Tedi diam. Tiada jawapan. “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain. “Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen.” — Tedi (dalam hati je lah) ✦ ✦ ✦ Pengajaran hari ini “Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.” ...

AJAX untuk ASP.Net Webform 4.0

Imej
Hari ini hampir tak bergerak kerja sekolah Tedi. Di samping membantu rakan sekelas menyiasat beberapa masalah, Tedi juga sangkut ketika mahu meletakkan Drop Down pada Paparan Grid . Sangkut tang nak jadikan beberapa Drop Down tu sebagai Cascading Drop Down . Sebenarnya boleh sahaja Tedi mengelat dengan meletakkan Drop Down tu di luar Paparan Grid, namun tak baguslah untuk mereka yang bakal meggunakan sistem tu nanti. Pada masa dahulu semasa Tedi menggunakan bahasa JAVA , fungsi tersebut disediakan menggunakan teknologi AJAX . Bingkai kerja AJAX yang pernah Tedi gunakan dahulu adalah seperti Google Web Toolkit , Direct Web Remoting , DOJO , dan yang paling popular tetapi Tedi tak gemar adalah JQuery . AJAX adalah singkatan kepada Asynchronous Javascript. Berbalik kepada permasalahan tadi, Tedi pun melakukan penyelidikan. Tedi jumpa cara yang gunakan auto post back dan juga AJAX. Tedi tak gemari auto post back ni sebab pada dasarnya ia cuma page yang disegarkan beber...

Format tarikh yang degil

Imej
Sejak semalam Tedi memeriksa semua kod yang ditulis sebelum ini. Ini adalah kerana beberapa function dalam sistem yang Tedi bina tidak berjalan dengan betul. 2 buah komputer yang digunakan dalam Ujian Integrasi masing-masing menunjukkan kegagalan. Sedangkan semuanya berjalan dengan baik pada komputer Tedi dan juga komputer yang digunakan untuk Ujian Alpha. Komputer A memaparkan satu masalah berlaku namun tiada maklumat lanjut mengenai masalah itu, manakala pada komputer B, semua rekod yang dihasilkannya tidak dapat diproses oleh komputer pelayan utama. Untuk masalah pada komputer A, Tedi memeriksa kod dan mendapati bahawa ada sebahagian kod tidak menggunakan fungsi baru yang Tedi sediakan, maka Tedi hanya menukarnya semula, dan dari sana Tedi dapati bahawa pangkalan data di Komputer A sebenarnya bermasalah. Masalah B p...

Tedi tak dapat nak buat kerja sekolah

Imej
Masalah betul la... Tedi nak buat kerja sekolah tapi komputer Tedi ni ada masalah la pula. Kawan sibuk perli sebab tak buat kerja sekolah tapi apa dia tahu kan? Kalau orang tak tahu, main perli-perli camtu, kita buat donno jer , bukannya luak pun. Bukan dia nak tolong pun. Hari ni dekat seminggu Tedi bersihkan komputer Tedi ni sebab Tedi nak install sesuatu untuk kerja sekolah Tedi tu. Sebelum ni dah puas cuba install tapi gagal. Jadi Tedi uninstall semua perisian yang berkenaan tapi mungkin sudah korup kerana versinya sudah lekang dek panas, lapuk dek hujan. Tapi Tedi takkan cuba siapkan semuanya malam ni kerana esok mengantuk ke sekolah.. dalam kereta nanti bukan Tedi boleh lelapkan mata. Lagipun beruang yang comel perlukan rehat yang cukup untuk mengekalkan kecomelan beliau. Tapi sempat lagi Tedi tonton Running Man  dalam saluran youtube, memang kelakarlah... ada je perangai dan keletah mereka yang menggeletek hati... 17 February 2014

Tension-lah Tedi macam ni!

Imej
Macam mana tak tension apabila asyik-asyik Tedi je kena? * karangan ini dilawat semula pada 16 Mac 2018 daripada batch 96 dengan 40 jumlah lawatan *   Cikgu AA, "Tedi, bila boleh beres? Cikgu ada mesyuarat untuk projek ni pada Isnin nanti." Dengan senang hati Tedi jangkakan akan siap pada hari ini, jika tiada masalah. Tapi masalah memang timbul kerana projek ni diambil alih daripada bekas kawan sekelas Tedi. Nak sesuaikan diri tu satu masalah, tambahan peralatan yang digunakan Tedi pula ada masalah untuk disesuaikan dengan projek ni. Tiba-tiba Cikgu MG masuk dan tanya, Tedi, "Kalau demonstrasi projek HUR Isnin depan, boleh?" Tedi jawab, "Tak sempatlah cikgu". Tapi macam biasa, siapalah nak dengar pendapat Tedi ni? Sebelum ni janji bukan main, bahagian Tedi boleh ditangguhkan dulu, kononnya. "Awak buat ringkas je. Asalkan nampak rupa dah cukup." , itulah ayat klise Cikgu MG. Ringkas konon, Tedi yang berhempas-pulas, siapa yang tahu. Mi...

Medan Selera Bina Ayat

Imej
Baiklah, untuk kerja sekolah kita pada hari ini, kita akan bina ayat daripada kata nama "medan selera". Sebelum kita buat ayat, kita seharusnya tahu dan dapat menangkap maksud medan selera tersebut. Medan selera secara umumnya bermaksud tempat yang luas di mana manusia menjamu selera. Medan selera kadangkala disebut juga sebagai medan makan iaitu kawasan di mana manusia makan. Medan selera tidak sama dengan kedai makan atau restoran atau kafe kerana di medan selera selalunya ada banyak gerai atau kedai yang menjual makanan masing-masing di bawah satu bangunan yang sama, berkongsi meja makan dan kerusi yang sama yang disediakan oleh tuan bangunan. Kadangkala mereka juga berkongsi pinggan mangkuk yang sama, sudu garfu yang sama, dan tukang bersih yang sama. Gambar menunjukkan suasana di sebuah medan selera. Sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/exif/278331024 Tetapi kesemua ciri-ciri itu tidaklah wujud sekaligus kepada mana-mana medan selera kerana ia bergantung ...

Selamat datang PBO

Imej
Setelah sekian lama menanti, akhirnya PBO dilancarkan Terjaga awal pula Tedi pagi ini, resam apabila kerja sekolah membebani, kali ini dek kerana pelancaran sistem PBO 1.0 yang telah lama dinanti. PBO adalah satu sistem berasaskan web yang membolehkan pengguna mengurus konfigurasi sistem Point of Sales di serata Malaysia secara pasif, yang bermaksud ia tiada hubungan terus secara masa nyata. Sistem sulung ini Tedi tahu tidaklah sebagus mana terutama untuk pengalaman pengguna namun secara konservatif, ia berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tugasnya. Pelancarannya nanti tentunya akan hadir bersama seribu satu cabaran yang lazimnya hadir bersama mana-mana sistem, dan tentunya cabaran pertama adalah untuk meyakinkan pengguna untuk menggunakannya. Semalam sehari suntuk Tedi troubleshoot semua masalah yang menghalang PBO dari dilancarkan lebih awal, iaitu masalah sambungan kepa...

FTPS.. oh FTPS...

Imej
Tedi perlu tahu apakah itu FTPS untuk digunakan dalam projek sekolah Tedi. Pagi ini Tedi nak menelaah sedikit kerja sekolah untuk esok hari. Semua ini berkaitan dengan masalah satu sistem di sekolah Tedi yang seringkali tersangkut semasa pemindahan fail dalam rangkaian tertentu. Buat masa ini kami gunakan HTTPS yang mungkin menyumbang kepada keperlahanan itu. Oleh sebab itu Tedi perlu mencuba teknik baru untuk pemindahan fail tapi perlu kekalkan penggunaan port sedia ada iaitu 22 dan 443. Contoh sambungan FTPS gunakan WIN-SCP Apakah itu FTPS? satu jenis peningkatan kepada FTP (File Transfer Protocol / Protokol Perpindahan Fail) yang melibatkan penambahan kebolehan Transport Layer Security (TLS) dan protokol kriptografi Secure Socket Layers (SSL). Turut dikenali sebagai FTP-ES, FTP-SSL dan FTP Secure. Kesesuaian dengan IIS IIS 6 tidak sokong FTPS. IIS 7.0 sokong FTPS melalui FTP 7 tapi kena install berasingan. ...

Popular