Tukar tayar kereta di Lim Tayar Bangsar
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Akhirnya Master menggantikan juga tayar kereta Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi. Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar kereta pada petang ini kerana salah satu daripada 4 tayar kereta Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu selalu kekurangan angin. Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin. Semalam lebih teruk apabila tayar kereta Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi . Master takut kalau tayar kereta tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je . Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar kereta Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof , Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar ya...