[t16k26] Hari ke-3 di Bangkok, melawat Pasar Terapung Amphawa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pasar Terapung Amphawa Hari ketiga di Bangkok. Pemandangan pintu gerbang Pasar Terapung Amphawa yang merentangi salah satu cabang sungai Mae Klong, dilihat dari atas jambatan. 🕒 Jam 12:00 Tengah Hari 📅 26 November 2016 📍 Lihat Lokasi Google Maps Kembara Bangkok Hari Ke-3: Suasana meriah di kawasan pintu masuk. Terdapat gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan dan kemeja-T cenderamata. 🍴 Makanan Keropok Ikan Kembung (6 bungkus: 100 Baht) 👕 Cenderamata Kemeja-T (Dewasa: 100 Baht | Kanak-kanak: 80 Baht atau 2 helai: 150 Baht) 🕒 Jam 12:11 Tengah Hari 📸 Kamera: Sony D2533 Pemandangan dari atas jambatan menunjukkan keunikan peniaga yang menyediakan makanan di atas perahu. Antara menu yang menarik perhatian ialah hasil laut bakar yang dimasak segar di atas sungai. 🛶 Konsep Jualan Jualan terus dari perahu kepada pelanggan di tangga tebing sunga...