Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bukit Awang

T18K18 Aina Berubat di Bukit Awang

Imej
Aina adalah seorang kanak-kanak perempuan yang aktif malahan terlebih lasak walaupun dia ada masalah jantung berlubang. Cuma Aina selalu dimasukkan ke hospital dan berjumpa doktor di klinik kerana masalah pernafasan. Doktor belum mengisytiharkan Aina menghidap lelah memandangkan umurnya belum 2 tahun. Kami pun berharap sedemikian. Info: doktor biasanya tidak dapat membuat diagnosis asma sehingga kanak-kanak lebih tua, sekitar usia 4 atau 5 tahun. Sementara itu, doktor akan merawat gejala seperti asma. Mereka mungkin berikan ubat asma, tetapi mungkin mengisytiharkan anak menghidap asma secara rasmi melainkan gejala berterusan. [Sumber: Asthma in Infants | AAFA.org ] Sebagai salah satu usaha, Tok Abah dan Tok Ma membawa kami berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional di Jalan SK Bukit Awang di Bukit Awang di  Pasir Puteh di Kelantan di Malaysia. Agaknya lelaki ini terkenal kerana ramai orang beratur untuk menemuinya. Bawa Aina pergi jumpa seorang pakcik pengamal peruba...

T13K30 Anak Klate saye hute

Imej
Hutan Simpanan Kekal Cabang Tongkat, 8 KM (kilometer), Anok Klate Saye Hute, 16 Unit Banglo (hampir siap dibina), Pondok telefon, gambar wanita menunggang motosikal Honda, papan tanda ke Baitul Taubah # Saturday, 30 November 2013, 12:30 # 20131130 Kelantan (15).JPG # Canon EOS 500D # Anak Kelantan sayang hutan Itulah maksud ayat yang tertera pada papan tanda tersebut. Tedi jumpa papan tanda ni masa nak ke kenduri di Kampung Pulau Lima di Bukit Awang di Pasir Puteh di Kelantan. Tedi dah lupa tapi Tedi rasa Tedi ada ambil gambar kawasan kenduri tu yang berhampiran dengan satu empangan di Kelantan. Akhirnya Tedi tahu bahawa "empangan" itu adalah IADA Kemasin Semerak yang menakung Sungai Semerak, mungkin sebuah rumah kunci air. Sebelum ke tempat kenduri kami menunaikan solat Zohor dahulu di  Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan  di mana di kami temui  Van jenazah sumbangan Dato Najib Tun Razak . Ni kenduri dua pupu Mommy agaknya. Nama pengantin lelaki ialah ...

Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan

Imej
30 Januari 2013: Singgah di Masjid Mukim Pulau Lima untuk menunaikan solat Zuhur. Kejadian ini berlaku ketika kami menghantar menantu untuk satu majlis perkahwinan di Kelantan. Pengantin adalah sepupu Mommy di sebelah Perak, kalau Tedi tak silap. Tedi sukakan masjid ini kerana nampak terurus. Pandangan atas daripada bahagian kiri belakang. Tempat berwudhu berkolah ala-ala zaman dahulu kala. Tedi suka konsep sebegini kerana ia menggalakkan penjimatan air berbanding penggunaan paip air. Tempat berwudhu ala moden. Pintu masuk ke ruang solat utama (muslimin) Koridor di sebelah kiri masjid. Tandas lelaki. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Tandas dan jalan masuk ke ruang solat muslimah di sebelah kiri masjid, betul-betul selepas jalan masuk utama ke masjid. Pandangan dari jalan masuk utama. Ini pintu masuk ke ruang solat muslimah. Masjid Mukim Pulau Lima, Daerah Bukit Awang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. 20140518

Popular