Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita luar negara

Belanja RM 306,248.41 untuk pembedahan agar serupa dengan Justin Bieber

Imej
Trend Dunia Kerana minat sangup lakukan apa sahaja? Tidak terkecuali juga kepada seorang peminat Justin Bieber yang benar-benar menggilai penyanyi muda itu. Encik Toby Sheldon , 33-tahun daripada Los Angeles , seorang pencipta lagu, seorang lelaki (Tedi sangkakan hanya kaum perempuan sahaja meminati Justin Bieber ), dilaporkan sanggup membelanjakan US$97,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik bagi menjadikan rupanya seakan-akan bintang pop remaja itu. Pembedahan itu melibatkan usaha melebarkan bahagian sisi mulutnya. Dia memaklumkan bahawa mulutnya mengambil masa sebulan untuk pulih, matanya pula tidak dapat dibuka selama seminggu selepas pembedahan. Kawan-kawannya "memuji" usahanya itu dan memanggilnya Tony Bieber . Barulah Tedi kenal siapa itu Justin Bieber , terima kasih pakcik Tony Bieber ! Sumber Info ( Gawker 20131020)

T16E18 Jepun miliki lebih banyak stesen caj elektrik berbanding stesen minyak

Imej
Satu soal-selidik di Jepun menunjukkan bahawa negara itu mempunyai lebih banyak stesen untuk caj tenaga elektrik pada kereta berbanding bilangan stesen minyak. Soal selidik tersebut dijalankan oleh syarikat pembuat kereta Jepun, Nissan. Bilangan stesen caj tenaga elektrik kereta di Jepun adalah 40,000 buah berbanding 35,000 buah stesen minyak. Keputusan kajian tersebut membolehkan para pegawai di syarikat pengeluar kereta tersebut menyimpulkan bahawa kereta elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah di sana kerana banyaknya infrastruktur atau kemudahan yang membolehkan para peminat kereta untuk memiliki dan menggunakan kereta berkuasa elektrik. Selain itu, penggunaan kereta elektrik dan hibrid di Jepun turut menerima sokongan daripada kerajaan Jepun yang memberikan subsidi untuk pemilikan kenderaan sedemikian. Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kereta berkuasa elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah? Mungkin apa yang akan dikatakan kepada kita hanya: ...

Penganiayaan oleh penyeludup orang Rohingya kini merebak ke Malaysia

Imej
(Reuters) - Beratus-ratus penyeludup manusia dilaporkan telah mengurung orang Islam Rohingya di rumah-rumah di utara Malaysia , membelasah mereka, menafikan mereka makanan, dan menuntut wang tebusan dari keluarga mereka, menurut laporan terperinci mangsa.   Laporan kepada Reuters mencadangkan bahawa kumpulan pemerdagangan manusia memindahkan operasi mereka ke Malaysia kerana pihak berkuasa Thai memusnahk khemah di kawasan hutan berhampiran sempadan yang telah menjadi penjara bagi pencari suaka Muslim yang melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar. Polis di negeri-negeri utara Malaysia Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan beberapa serbuan di beberapa buah rumah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk operasi pada bulan Februari yang menemui empat lelaki Rohingya diikat bersama dengan rantai logam di sebuah apartmen . Tetapi wawancara Reuters mendedahkan rangkaian pemerdagangan pada skala yang lebih besar daripada apa yang pihak berkuasa akui setakat ini, dengan br...

Lemur akan pupus tidak lama lagi jika tiada bantuan tiba.

Imej
Lemur, haiwan primat  yang tinggal di kawasan hutan di tempat-tempat seperti Madagascar, adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia.  Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan, kerana pembalakan berleluasa, perlombongan dan juga  pemburuan.  "Ia adalah lebih mudah untuk menangkap Lemur daripada burung," - ahli primatologi, Tovonanahary Rasolofoharivelo. Jika sesuatu tidak dilakukan tidak lama lagi untuk membantu orang-orang miskin di negara ini mencari jalan lain untuk menyara hidup ini, Lemur akan pupus dalam 20 hingga 25 tahun akan datang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).  IUCN mendakwa bahawa dengan kira-kira $10 juta, program boleh dirancang bagi penduduk tempatan menjana pendapatan, seperti menanam kacang atau penternakan babi dan ayam, untuk menyediakan pilihan lain kepada aktivit penebangan hutan.   Sumber bacaan Tedi :   Furry lemurs 'could be wip...

[t13g27] Mati dihempap lembu yang jatuh dari bumbung.

Imej
Nampaknya memang benar ajal maut itu di mana-mana. Kawan-kawan mesti kenal Singa Allah yang bernama Khalid al-Walid R.A . kan? Beliau begitu cintakan mati syahid namun akhirnya mati di atas katil. Medan perang yang penuh kucar-kacir dan bahaya itu tidak menghadirkan maut yang didamba, sebaliknya katil tidurnya yang aman damai, menyaksikan kematiannya. Joao Maria de Souza, 45 tahun mati kerana terlalu lama menunggu rawatan.

Nahas MH 370: Amerika Syarikat hantar USS Pinckney, USNS John Ericsson dan US Navy P-3C Orion

Imej
Bantuan sebagai menghormati permintaan kerajaan Malaysia? BERNAMA melaporkan bahawa Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal tentera laut mereka untuk membantu usaha cari dan menyelamat kapal terbang MH 370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing. Kedutaan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa penghantaran aset tentera mereka itu adalah di atas permintaan kerajaan Malaysia. Tedi memang dah agak mereka akan hantar bantuan sebegitu kerana ada rakyat mereka yang terlibat dan pesawat yang terlibat adalah produk mereka yang menawarkan ribuan peluang kerja kepada rakyat mereka. Bantuan ini pada pendapat Tedi adalah sangat bagus kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam menangani nahas pesawat dek kesibukan penerbangan di negara mereka sendiri.   USS Pinckney (DDG 91)     USS Pinckney adalah kapal pemusnah berpeluru berpandu daripada kelas Arleigh Burke yang membawa 2 buah helikopter MH-60R yang boleh dilengkapi dengan kelengkapan mencari dan menyelamat.   USNS John...

Olinguito: spesies mammalia terbaru.

Imej
Spesies mammalia terbaru dijumpai di Benua Amerika dalam tempoh 35 tahun. Kawan-kawan pernah dengar nama Olinguito?   Tedi pun tak pernah dengar. Mula-mula Tedi sangkakan ia nama sejenis spageti dek namanya yang ala-ala Italiano itu.   Rupa-rupanya Olinguito merupakan seekor haiwan berjenis mammalia yang baru sahaja dikenalpasti a.k.a ditemui di Hemisfera Barat Bumi dan lebih tepat lagi di Benua Amerika.   Olinguito ini adalah daripada keluarga Rakun (Raccoon) yang ditemui di Hutan Andean.   Penemuan ini memecah rekod sejarah sebagai penemuan Mammalia pertama di Benua Amerika dalam 3 dekad. Mungkin tak jumpa dah penemuan seperti ini. Dan penemuan ini juga bagi Tedi merupakan penemuan pertama melibatkan haiwan yang masih hidup yang Tedi tahu. Tak tahulah haiwan yang Tedi tak tahu.     Ciri-ciri Olinguito.   Haiwan karnivor a.k.a makan daging (maging). Berbulu kemerahan atau berwarna karat (macam rambut budak perempuan zaman sekarang). Berukuran sepanjan...

[t14b07] 20 Orang Utan dilepaskan ke hutan lindungan Kalimantan Tengah.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tedi menerima khabar gembira mengenai pelepasan 20 ekor Orang Utan di mana 7 ekor daripadanya jantan ke dalam sebuah hutan lindungan Bukit Batikap di Kalimantan Tengah Pembebasan ini dilakukan oleh Yayasan Kesinambungan Orang Utan Borneo ( The Borneo Orangutan Survival Foundation ). Orang Utan di mana? Sejak 2012, sebanyak 140 ekor Orang Utan telah dibebaskan ke habitat semulajadi mereka di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur . Angka itu diberi oleh pakcik Denny Kurniawan yang bertanggungjawab menjadi pengurus kepada Program Pengenalan Orang Utan (Orangutan Reintroduction Program) . Kini Bukit Batikap mempunyai 119 ekor Orang Utan. Pelakon Pulau Orang Utan Orang Utan yang dibebaskan di antaranya bernama Jupiter , Mercury , Reno , Hamlet dan Manisha . Kelima-lima Orang Utan yang Tedi sebutkan tadi adalah pelakon dalam filem Pulau Orang Utan ( Orangutan Island ) yang dit...

[t13j14] Kawan Tedi: Ulat bulu Hello Kitty.

Imej
Watak Hello Kitty yang terkenal juga ada pada alam semula jadi Siapa tak kenal Hello Kitty? Jenama dengan watak kucing pink ini boleh didapati pada banyak produk. Kini seekor kawan Tedi pula menjadi terkenal kerana paras rupanya yang menyerupai watak popular itu. Ulat Bulu Hello Kitty khabarnya telah dijumpai di serata Asia, iaitu benua asalnya Hello Kitty. Ulat Bulu Chinese Bush Brown menyerupai Hello Kitty Mungkin manusia tak kenal siapa sebenarnya Ulat Bulu Hello Kitty tu, maka mereka jadi sangat teruja. Ulat Bulu Hello Kitty sebenarnya adalah daripada spesies rama-rama Chinese Bush Brown. Ini koleksi foto yang dihebohkan orang ramai: Caterpillar in Malay is ulat bulu or beluncas   Sumber coretan Tedi ini adalah daripada: A Caterpillar That People Say Looks Like Hello Kitty. 20131014

Mercey ditikam parang ketika selamatkan tuannya

Imej
Dia setia, gagah dan berani.   Mungkin kita semua pernah mendengar slogan sebegitu terpampang pada logo tentera di Malaysia, namun cerita ini adalah mengenai Mercey.   Mercey ditikam 2 kali menggunakan parang yang hampir meragut nyawanya dalam percubaannya menyelamatkan nyawa tuannya.   Mercey adalah seekor anjing pitbull betina yang telah ditikam parang ketika dia pertahankan tuannya yang diserang 4 lelaki bersenjata dalam satu kes pencerobohan di sebuah kediaman di Edmonton.   Mercey mengalami 2 kecederaan yang boleh meragut nyawa.   Ketika pemiliknya, pegawai polis dan juga pegawai veterinar menyumbang USD$ 1000 (seribu dollar) untuk bil perubatannya, kemudian tampil seorang penderma misteri yang membayar USD$ 1000 untuk menampung keseluruhan bil itu.   Mercey kini dalam proses pemulihan dan mula berjalan sendiri.   4 penjenayah itu pula telah ditahan dan didakwa atas keganasan dan juga kezaliman ke atas haiwan.   Sekali lagi, haiwan dan manusi...

[t14b09] Tapak kaki manusia purba ditemui di Norfolk, England

Imej
Satu siri kesan pada lumpur yang telah didedahkan oleh ribut di Norfolk telah dikenalpasti sebagai tapak kaki manusia terawal di luar Afrika.   Gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai berusia 800 ribu tahun. http://www.wired.co.uk/news/archive/2014-02/08/footprints   Tapak kaki berusia 800,000 tahun itu ditemui di pantai Happisburgh pada bulan Mei tahun 2013 ketika air surut. Tapak kaki itu hilang selepas dikenalpasti tetapi sempat dirakam dan diimbas, dipercayai berasal daripada 5 individu - termasuk seorang lelaki dewasa dan beberapa kanak-kanak. Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah siapakah manusia tersebut? Ada spesis dikenali Homo antecessor diketahui menetap di Eropah selatan dan telah menyeberangi daratan yang ketika itu menghubungkan Perancis dan England. Manakala spesis Homo sapiens tidak wujud di England sehinggalah 40,000 tahun dahulu. kesan tapak kaki zaman purba ditemui di buritan 20140209

[t13k18] Petani Kenya kejar dan tangkap Cheetah dengan hanya berlari!

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Wow! Sekarang rakyat Malaysia harus sedar kenapa Kenya punyai ramai jaguh marathon! Selama ini (dan mungkin untuk selamanya) manusia menyangka mereka akan sentiasa kalah apabila berlumba lari dengan Cheetah yang terkenal dengan kepantasan mereka. Akhirnya buku bertemu ruas, Sang Cheetah yang dikenali dengan kepantasan mereka berlari berjaya dikejar dan ditangkap hidup-hidup oleh petani di Kenya. Namun semua itu berubah apabila seorang petani bernama Nur Osman Hassan, seorang petani dari Wajir di timur laut Kenya, berasa bosan dengan kes serangan Cheetah ke atas kambing ternakannya. Tidak mahu menggunakan senapang, sebaliknya pakcik itu mengumpulkan 3 rakannya dan mereka mengejar pemangsa ternakan mereka dengan berlari dalam cuaca panas siang. Saja je pakcik tu tunggu sehingga cuaca betul-betul panas dengan harapan Cheetah itu akan keletihan dan taktik mereka berjaya. Syabas k...

[t13h13] INS Vikrant: Kapal pengangkut pesawat pertama buatan India diperkenalkan.

Imej
Kapal Pengangkut Pesawat (Aircraft Carrier) pertama dibina di Asia. Kapal Pengangkut Pesawat (KPP) adalah salah satu jentera penting tentera laut jika mahu berperang di lautan luas. KPP sinonim dengan Amerika Syarikat yang meletakkan tenteranya di merata tempat di dunia. KPP penting dalam membantu melindungi konvoi kapal perang kerana jet pejuang yang dibawanya boleh digunakan untuk melindungi konvoi daripada pesawat musuh. KPP pada zaman moden digunakan sebagai markas untuk menyerang musuh, sedangkan pada masa dahulu ia lebih efektif menenggelamkan kapal selam. Di Asia kita sedia maklum dengan kehadiran KPP dalam tentera Jepun dan China. Di Asia Tenggara pula, hanya Filipina memiliki KPP veteran yang diwarisi daripada Amerika Syarikat. Kini India setapak (atau mungkin beribu tapak) lebih maju apabila memperkenalkan KPP binaan mereka sendiri, INS Vikrant. INS Vikrant masih perlu menjalani banyak ujian sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India. Beliau dijangka akan meny...

Lintah bersarang di dalam hidung

Imej
Wow! Ini satu berita yang agak mencemaskan! 14 Oktober 2014: seekor lintah bersarang dalam hidung seorang pelancong beg galas (bagpackers) semasa dia bercuti di Vietnam. Selama ini Tedi sangkakan berita mengenai salah seekor kawan Tedi bernama Sang Lintah yang naik dan bersarang di bahagian atas tubuh manusia adalah dongengan semata-mata. Namun persepsi Tedi itu terpaksa ditukar setelah membaca mengenai seorang makcik yang "membela" seekor lintah sepanjang 3-inci di dalam hidungnya selama sebulan ! Makcik Daniela Liverani dari Edinburgh dikatakan "mendapat" lintah itu semasa bercuti di Vietnam, di mana dia sering mengalami pendarahan di hidung yang tidak dipedulikannya kerana sebelum itu dia telah mengalami kemalangan yang menyebabkan hidungnya cedera. Mungkin Sang Lintah itu terhidu bau darah kesan dari kemalangan sebelum itu dan mencari punca bau darah itu sehinggalah ia menemui lubang hidung makcik Liverani. Perkara sama juga berlaku kepada Master...

[t13k19] San Francisco belanja USD$105000 untuk tunaikan impian Batkid

Imej
Impian kanak-kanak menjadi hero pujaan ramai direalisasikan.     Pada hari Jumaat lepas, penduduk San Francisco beramai-ramai memeriahkan majlis sempena meraikan Miles Scott sebagai Batkid . Program itu ditaja oleh Make-A-Wish Foundation , tetapi San Francisco tetap terpaksa berbelanja USD$ 105000 untuk majlis itu. Kebanyakan kos yang terlibat adalah untuk menyediakan sistem audio-visual gergasi di Moscone Center , di mana Miles Scott bertemu datuk bandar Ed Lee . Persiapan itu terpaksa dibuat apabila penganjur mendapati hampir 14000 penonton akan hadir. San Francisco menyatakan kos itu akan ditampung oleh keuntungan daripada konvensyen-konvensyen yang akan diadakan di Moscone Center . Mesti kawan-kawan terfikir kenapa mereka boleh layan imaginasi seorang budak sehingga macam tu sekali? Mungkin San Francisco sudah terlalu kaya atau sudah tiada orang miskin maka impian sebegini yang dituruti. Sebenarnya Miles Scott adalah penghidap leukimia sejak berumur 18 bulan. Pada awal...

[t13i22] Labu 97 paun, hasil tanaman seorang gadis.

Imej
Nampak gayanya Tedi pun kena mula menyanyi! Polly Hallewell dari Suffolk, England telah berjaya menumbuhkan sebiji labu sehingga mencapai berat 97 paun (43.99845989 kilogram)! Dia kata rahsianya adalah dengan menyanyikan lagu khas buat tumbuhan itu. Kalau setakat tuju lagu melalui radio, lebih baik tidur dekat rumah. Dia melawat labu itu di sebuah kebun setiap kali dia balik dari sekolah. Lagu pilihannya adalah " Twinkle, Twinkle, Little Star " yang bermaksud " Berkelip, Berkelip, Bintang Kecil " kerana ia mudah diingat dan ringkas. " Saya tak percaya ia berkesan. Saya sangat bangga dengan diri saya " - ujarnya. Keajaiban ini diturunkan oleh kedua ibu-bapanya yang menyatakan mereka mendengar ucapan Putera Charles mengenai nyanyian kepada tanaman pada tahun 1980-an. Tedi akan mula menggubah lagu bertajuk " Si Tedi yang comel, Raja Rimba yang hebat " kepada tanaman Tedi selepas ini... Sumber berita rasmi bagi coretan Tedi ini: ...

[t13j23] Sumber inspirasi gaya rambut Donald Trump

Imej
Mungkin kawan-kawan kenal si hartawan Amerika Syarikat, pakcik Donald Trump. Beliau merupakan bos dalam rancangan temuduga kerja realiti TV (televisyen), The Apprentice . Pakcik ini sungguh kaya namun Tedi tak ambil pusing berapa kayanya dia ni. Yang menghairankan Tedi ialah gaya rambutnya, daripada mana dia dapat inspirasi untuk menggayakan gaya rambut sebegitu? Pandangan sisi gaya rambut Donald Trump yang disisir (disikat) lurus ke depan dan ke belakang. Kalau Tedi menggayakan rambut sebegini, sudah pasti akan dikutuk oleh Mommy.   Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila seorang jurugambar terrakam gambar yang menunjukkan siapakah sumber inspirasi kepada Donald Trump untuk menggayakan gaya rambut sedemikian.   Jurufoto bernama Sandy Wiskeman itu hanya menyedari jawapan kepada rahsia itu apabila dia merakam beberapa gambar Burung Kenari Golster. Di dalam foto itu terlihat ada individu yang menggayakan gaya rambut serupa Donald Trump.   Kini i...

Bapa Dolly mahu klon Woolly Mammoth pula

Imej
Selepas "kejayaan" mengklon kambing biri-biri, Dolly, kini Mammoth pula jadi sasaran. Kawan-kawan kenal Dolly? Dolly merupakan kambing biri-biri pertama berjaya diklon di dunia, tapi seperti biasa umurnya pendek. Nak lawan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala? Cubalah sampai mati, takkan dikau berjaya. Maklumat lanjut mengenai Dolly boleh dibaca melalui pautan di bahagian rujukan. Kini "bapa" si Dolly, saintis Sir Ian Wilmut yang mengetahui luar dan dalam rahsia pengklonan, telah dilaporkan pada 1 Ogos 2013 lalu bahawa dia berfikir adalah mungkin untuk manusia berjaya meng-klon seekor Woolly Mammoth dengan menggunakan kaedah-kaedah baru. Bapa Dolly terkenal kerana dia bukan sahaja berjaya mengklon kambing biri-biri pertama di dunia, malahan haiwan mammalia pertama di dunia, pada tahun 1996.   Gambar bangkai seekor Woolly Mammoth betina tersejuk-beku yang telah berusia 39 ribu tahun (39000). Foto oleh: Kazhiro Nogi / AFP / Getty Images Salah satu masalah prakt...

[t13i13] Amoeba pemakan otak serang Louisiana

Imej
Telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki 4-tahun di Louisiana. Sebelum ini seorang budak perempuan nyaris maut setelah diserang Amoeba yang sama ketika mandi-manda di sebuah taman tema yang mempunyai dasar kolam berpasir. Amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri itu dipastikan berada dalam sistem bekalan air di St. Bernard Parish. Amoeba ini berupaya memakan otak manusia dan akan menyebabkan penyakit primary amebic meningoencephalitis . (Tedi pun tak tahu apa kejadahnya tu, tapi mungkin kita boleh kaji nanti.) Penyakit ini boleh membawa maut dalam masa 12 hari. Louisiana Department of Health and Hospitals  menyatakan bahawa amoeba itu disahkan ada di Louisiana selepas para pegawai mereka menguji contoh air daripada pili yang bersambung dengan saluran paip air di Violet dan Arabi, berhampiran New Orleans. Apakah dia? Arabi - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana. Louisiana - sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat. Violet - sebuah tem...

Popular