Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenderaan

PROTON kembali ke peel lama?

Imej
Teruja Tedi melihat gambar model terbaru PROTON Suprima S. Lebih-lebih lagi apabila iklan itu memaparkan gambar belakang kereta hatchback itu dengan rekaan lampu yang memecah tradisi kereta keluaran PROTON. Tapi apabila Tedi tengok gambar depan, sungguh mengecewakan! Suprima S itu ternyata sebuah PROTON Preve yang telah di- hatchback -kan! Walaupun mereka menyatakan ia kereta berbeza yang tiada kena-mengena dengan Preve, tapi apabila rupa depannya sama, Tedi tetap anggap kedua-duanya sama! Bayangkan apabila PROTON Suprima S ini mengekori kereta anda, tidakkan anda akan menyangka seekor Preve yang sedang berada di belakang? Kalau bahagian dalaman sama, itu ok lagi. Tapi Tedi memahami bahawa langkah ini mungkin boleh menjimatkan kos pembuatan model kereta terbaru PROTON ni. Cuma langkah ini menunjukkan PROTON di bawah Sime Darby kembali meniru perangai lama mereka. Lupakah siri kereta Wira, Satria, Arena dan Putra yang masing-masing kelihatan sama? Selain itu PR...

Kajian Tedi: Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLM 1.3MT

Imej
Ramai pula yang bertanya tentang penggunaan petrol Proton SAGA BLM. Tedi rasa bersalah pula sebab lambat mengirimkan jawapan yang berkenaan.  Kajian kali ini fokus kepada penggunaan purata petrol oleh kereta Mommy, Proton SAGA BLM 1.3MT (Transmisi Manual). Laporan kali ini berdasarkan data tahun lepas, data terkini Tedi masih tak masukkan lagi. Log dah banyak, tapi Tedi malas la pula nak buat kira-kira.  Log adalah melalui laman web Fuelly.com seperti yang Tedi pernah cerita dalam kiriman bertajuk, " Laman web: fuelly.com rekod penggunaan bahan api kenderaan ". Banyak lagi model kenderaan di sana untuk kawan-kawan jelajahi. Kajian ini tentunya berdasarkan gaya pemanduan Master: Purata 80KM/J. Brek beransur-ansur dari jarak jauh. Memandangkan kajian ini adalah berdasarkan purata, Tedi abaikan faktor-faktor seperti: beban perbezaan pecutan perbezaan jalan (jalan bandar, jalan kampung, lebuhraya) jenama petrol (tapi setakat ni Tedi dapati tiada be...

Kereta Anti Kemalangan oleh Volvo

Imej
Volvo memberitahu Tedi yang mereka akan membangunkan kereta-anti-kemalangan yang dipenuhi oleh bermacam-macam penderia. 11 Disember 2012

Kereta Lembu

Imej
"Master, kereta lembu tu apa?" "Kereta lembu tu ialah kereta yang dinaiki lembu." Teddy pun Bing.com "kereta dinaiki lembu", dapatlah gambar ini.... http://ohpemandu.com/2011/01/lembu-dalam-kereta-2/ Dan juga ini ... http://whatalulu.blogspot.com/2008_01_01_archive.html Tedi pun tunjuk pada Master. "Hahahahahahahaha, lawak la nko ni Tedi. Macam ini ha rupa sebenar kereta lembu.", Master pun tunjukkan gambar bawah ni. "Kereta lembu ni sebenarnya pedati yang ditarik oleh lembu. Pedati yang belakang ada tayar tu. Kalau kuda yang tarik pedati tu, kita panggil kereta kuda. Kalau orang yang tarik, kita panggil beca." , jelas Master dengan panjang lebar.   Pedati di Yogyakarta, yang ini ditarik 2 ekor lembu. "Owh, gitu ke Master?" "Ha'ahla. Kalo Tedi nak tau, pedati ni dah lama digunakan sejak zaman dulukala lagi. Omputeh panggil Chariot. Gunanya lebih kepada kelengkapan perang." ...

Motosikal Hijau Cool ...

Imej
Jarang Tedi terjumpa motosikal yang diubahsuai sebegini di Malaysia. Gambar sebuah motosikal diubahsuai berwarna hijau tentera ala Harley Davidson di tempat letak motosikal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. # 03 Aug 2011 09:37 # 20110803 #    Jadi bila Tedi terserempak dengan motosikal ni, apa lagi, snap  je la apa yang patut. Tapi sekali je la, lebih-lebih nanti mau kena serbu dengan pemilik motosikal ini ataupun pakcik pengawal keselamatan. Tambahan pula di UIAM Gombak ni sering berlaku kecurian topi keledar, terutamanya pada hari Jumaat. Nak buat macam mana ya tak, kompleks pengajian tinggi ni luas nak mengawalnya agak sukar, takkan nak amalkan polisi pintu pagar tertutup pula kan? Pandai-pandailah jaga harta benda sendiri. Motosikal ni ada beberapa ciri yang tak sesuai pada pandangan mata bulat Tedi ni: Tiada penangkis lumpur ( mud guard ) di bahagian hadapan, sedangkan Malaysia ni meriah dengan hujan dan lopak di tengah jalan. Mud guard...

Eurocopter Malaysia, Subang

Imej
Eurocopter Malaysia, Regional Maintenance Center, Subang, Selangor, Malaysia Ini adalah foto yang sempat Tedi ambil semasa dalam kapal terbang di Lapangan Terbang Subang di Malaysia. Di bawah ini adalah gambar helikopter dalam hangar Eurocopter Malaysia. Eurocopter Malaysia, Regional Maintenance Center  di bawah ini adalah gambar sebuah pesawat kecil dan sebuah helikopter terletak di hadapan hangar masing-masing.  Kami selalu menaiki pesawat di Subang Airport kerana berhampiran dengan rumah kami di Desa Mentari, tak perlulah kami menginap di mana-mana hotel berdekatan Subang Airport.

Popular