Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Taman Negara Malaysia

[t15c28] Hari Pertama di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Koleksi gambar pada hari pertama kami berada di Taman Negara Kuala Tahan untuk Teambuilding GIT jabatan IT pejabat Mummy. Agak menarik kerana keluarga juga boleh menyertai rombongan Teambuilding ni. Kami menaiki bas dari pejabat Mummy di Menara TM dan tiba sekitar jam 2 petang. Aktiviti kami pada hari ini ialah daftar masuk bilik dan bersiar-siar di sekitar kawasan kampung. Aktiviti pada malam ini pula adalah mengembara masuk ke dalam hutan Taman Negara. Gambar papan tanda kedai di Taman Negara Kuala Tahan semasa kami tumpang berteduh dari hujan # 3rd Hostel, Askhasyara Enterprise, No: 3 Kedai JKKK Fasal 2, Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang, Malaysia # Saturday, 28 March 2015, 18:47 # 20150328 # 20150328C Taman Negara (78).JPG # Canon EOS 500D # Xcape Resort @ Taman Negara dari jauh berlatarbelakangkan kabus dari hutan dan bukit di ketika kami berjalan kaki...

[t15c29] Lensa Tedi: dulu terapung, kini hill view

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Bencana banjir besar yang melanda Malaysia turut membadai Taman Negara di Kuala Tahan. Restoran Terapung Tersangkut di Tebing Sungai Ini adalah salah sebuah mangsanya, sebuah restoran yang dulunya terapung di atas sungai tetapi kini tersadai di tebing sungai. Dengar cerita, air surut mendadak dan si penjaga terlelap, akibatnya tambatan tidak dibuka menyebabkan restoran ini tergantung sebegitu rupa. Gambar sebuah restoran terapung di Taman Negara Kuala Tahan yang tersangkut di atas tebing setelah banjir besar surut. # Sunday, 29 March 2015, 09:41 # 20150329C Taman Negara (32) # Canon EOS 500D #   Gambar deretan restoran terapung dan kelihatan sebuah restoran terapung yang tersangkut di atas tebing setelah banjir surut. Perhatikan bagaimana banjir telah menumbangkan pokok-pokok di tebing sungai. # Sunday, 29 March 2015, 09:42 # 20150329 # 20150329C Taman Negara (33) # Canon EOS ...

[t15c29] Melawat Kampung Orang Asli di Taman Negara Kuala Tahan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Salah satu aktiviti menarik semasa kami berada di Taman Negara Kuala Tahan adalah melawat perkampungan orang asli . Tidak tahu jika ia layak dipanggil kampung kerana menurut Tok Batin, mereka tidak tinggal tetap di satu kawasan. Mereka akan berpindah-randah mengikut kesesuaian. Oleh sebab itu rumah mereka pun nampak macam bukan dibina untuk diduduki dalam tempoh yang lama, lebih kepada perkemahan. Tetapi mungkin mengikut peredaran zaman dan ada pula anak-anak bersekolah lama kelamaan mereka akan tinggal tetap juga di satu kawasan. Demonstrasi Menyalakan Api Menggunakan Sumber Alam Ketika berada dalam hutan salah satu cara untuk meneruskan hidup adalah dengan memiliki api. Ia berguna untuk memasak selain menghalau gangguan haiwan liar. Tetapi dalam hutan mana nak cari mancis atau pemetik api? Maka kena tahu cara untuk hasilkan api menggunakan bahan-bahan semulajadi. Kami ditunjukka...

[t15c29] Sarang Kelulut Kuala Tahan

Imej
Sarang Kelulut yang sekecil itu pun menjadi sasaran Sang Beruang untuk mendapatkan madunya. Patutlah madu kelulut sangat mahal, sarangnya sungguh kecil, tak tahulah berapa banyak sarang perlu dibongkar untuk mendapatkan madunya dalam jumlah yang banyak? Lokasi: Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, Malaysia .     Kiriman berkaitan "Sarang Kelulut Kuala Tahan": Lensa Tedi: dulu terapung, kini hill view Gambar Sarang Kelulut setelah dibongkar sang beruang Kata kunci: beruang kelulut

Sarang Kelulut dibongkar beruang

Imej
Tak habis lagi rupanya cerita mengenai sarang kelulut ni Sebelum ini Tedi menampilkan gambar sarang kelulut yang comel itu, kali ini Tedi sertakan foto sarang kelulut yang telah dibongkar dek beruang. Gamaknya selagi kerja sekolah Tedi tak siap maka Tedi akan hanya merapu upload gambar semata. Sehari sekeping gambor pun cukuplah kan sebagai kenangan? Sementara itu kerja sekolah Tedi hari ini agak perlahan apabila selepas berjaya gunakan AJAX, tetiba sahaja dapat error kerana ada validation semasa post back... adus lah, kenapa complicated sangat? Gambar yang diambil ketika kami merentas hutan Taman Negara Kuala Tahan ini adalah gambar sebatang pokok yang ada kesan kopak pada batangnya. Pemandu pelancong yang memandu kami menjelajahi hutan tersebut menjelaskan bahawa batang pokok itu telah dikopak oleh beruang yang mahu mendapatkan madu dari sarang kelulut di dalamnya. Patutlah madu kelulut ini mahal harganya, selain sarangnya yang comel, manusia terpaksa bersaing dengan beruang ...

Popular