Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201302

T13B24 Memanaskan Rumah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tadi semasa kemas komputer Tedi ni, terjumpa pula satu foto yang sungguh nostalgia. Gambar Kad Jemputan ke Majlis Housewarming Ini adalah gambar kad jemputan yang Tedi sunting sendiri mungkin menggunakan aplikasi Paint.Net untuk diberikan kepada kawan-kawan Mummy yang dijemput menghadiri satu majlis memperkenalkan rumah baru kami. Majlis ini orang putih panggil  housewarming . Jika diterjemah secara terus berbunyi "memanaskan rumah". HOUSEWARMING. 24 Feb 2013, 1.30 petang. Tedi ingin menjemput pakcik dan makcik ke teratak Tedi di alamat ..... Datang, jangan tak datang tau. Tak sangka dah dekat 2 tahun berpindah ke kawasan baru ni. Semasa mula-mula anjurkan majlis housewarming  ni, pakcik makcik semua duduk atas lantai je sebab yang ada cumalah meja makan, tiada perabot. Pada masa itu ramai yang sesat kerana jalan rumah kami masih tiada dalam pe...

Kubis dah bertunas

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Yeay, setelah lama menanti akhirnya kubis Tedi dah mengeluarkan tunas. Baru 1 tunas sahaja yang keluar, tapi tak mengapalalah, Tedi akan tunggu lagi. Kacang botol tak nampak apa-apa perkembangan pun lagi, entah bila kacang botol tu nak tumbuh? Hari ni Tedi campak kentang pula ke atas tanah sebab kentang tu dah bertunas. Macam nak makan lak, tapi tadi dah makan. ~20130203~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

My Beautiful Malaysia, Kuala Kangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pengalaman singgah di Kuala Kangsar semasa dalam perjalanan ke Kota Bharu Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat. Sesungguhnya Tedi mencemburui mereka yang tinggal di sini kerana Kuala Kangsar ini ada nostalgia maklum sahajalah Kuala Kangsar ini adalah bandar di-raja. Semoga ia akan terus maju dan kekalkan nilai nostalgia yang susah ditemui di tempat lain. Semoga pinggir Sungai Perak di sini akan menjadi tempat rekreasi terkenal pada suatu masa nanti. Taman Rekreasi Kuala Kangsar Gambar sebuah papan tanda yang berlabel Taman Rekreasi Kuala Kangsar MDKK. # Saturday, 9 February 2013, 11:36 # 20130209 # IMG_1870.JPG # Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/H7PFbdQAD2wNMwBm6  #   Sepanduk My Beautiful Malaysia Dilancarkan oleh:  YB Dato Wan Mohamad Khai-ril Anuar bin Wan Ahmad (ADUN Bukit Chandan) Laman Budaya, Kuala Kangsar, 3 Februari 2013 (Ahad), 8.00 pagi. # 1Malaysia # iM4U #   Jambatan merentasi Sungai Pe...

Bar coklat emas (Tedi tak makan coklat, emas)

Imej
Semua orang mesti kenal bar coklat kan? Tapi ada yang lagi best iaitu bar emas. CombiBar merupakan kepingan emas seberat 50g dan boleh dipatahkan kepada 50 kepingan emas seberat 1g. Valcambi suisse 50g fine gold 999.9 Kalau ikutkan teknik mematahkan emas ni, telah lama digunakan di Malaysia semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu seperti penggunaan pitis di Terengganu. Boleh patah macam tu aje. Pastu bolehlah buat shopping . Kalau Tedi memang tak patahkan dah... sayang kot? 1g fine gold 999.9 Emas cute  ini dikeluarkan oleh Valcambi sebuah unit di bawah Newmont. Sesuai dibeli untuk dihadiahkan. Golongan veteran yang lebih banyak terlibat dalam pelaburan emas setuju bahawa lebih baik mewariskan sekeping kecil emas daripada sejumlah wang. Ini adalah kerana nilai matawang boleh susut mengikut peredaran zaman manakala nilai harga emas selalunya meningkat. Saiz sebesar kad kredit. Err, Tedi takde kad kredit, jadi Jedi tak boleh nak anggarkan sangat saiz kad kredit tu....

Popular