Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tedi tension

T13F06 Baliklah... huhuhu... Tuhan tolonglah...

Imej
Master dah nak balik, ajak Tedi balik sekali. Tedi memohon keteguhan jiwa untuk menempuhi dunia manusia yang penuh pancaroba ini. HD Wallpaper of Wild Animal & Reptiles Macam mana ni?  preparation  pembentangan esok umpama teratai layu di tasik madu... Hidup segan, mati tak boleh (sebab nanti kena marah dengan cikgu). Tuhan tolonglah lembutkan hati Tedi, agar terima seadanya... Kerana Tedi tak mampu, kerana Tedi dah tak lalu... Balik dulu la, rehat. Tuhan, Tedi terima seadanya... Kerana semua ini Tedi juga puncanya... Hatiku... Hatimu... argh... apa sudah jadi dengan Tedi? 20130606 21:23

T16K29 Hanya

Imej
Jalan pintas:  Kronologi ,  Hanya... ,  Lirik lagu "Hanya" oleh Melly Goeslow dari filem Ada Apa Dengan Cinta ,  Lagak si Rangga . Baru sahaja sampai dari percutian di Bangkok , Thailand . Sejurus sahaja mendarat, dikejutkan pula dengan isu di sekolah yang agak menekan jiwa. Isu yang seharusnya kecil tetapi menjadi besar dek kerana kurangnya rasa kekitaan dan lebihnya rasa keakuan. Peel yang tidak berapa molek ini tentunya akan menjahanamkan perjalanan sesebuah pasukan atau organisasi. Tedi yang kena memanglah Tedi kata tidak molek, entah-entah Tedi pun sama juga bak kata orang tua-tua  Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing . Kronologi Apa-apa pun pada pagi esok harus jua menghadap guru kelas dengan kronologi yang diperlukan. Apa itu kronologi? Kronologi apa? Kronologi percutian Tedi di Bangkok? Hanya... Tenangkan hati kejap dengan menggodek lagu Hanya daripada filem Ada Apa Dengan Cinta. Tedi suka filem ini kerana watak Rangga di...

Popular