[t14a30] Rahsia Bumper "Sembuh" Sendiri: Kisah Proton Saga BLM Dirempuh Sebelum Ke Kota Bharu
Hari ni Master kelik awal dalam jam 5.30 petang. Sebabnya kami nak kejar bas ke Kota Bharu yang khabarnya bertolak jam 7.30 malam. Dah lama kami tak naik bas dan ini kali pertama naik bas di Dataran Nilai. Dirempuh dari belakang ketika keluar simpang Dalam perjalanan pulang tak berapa kilometer dari pejabat Master, kereta Proton SAGA BLM kami dirempuh dari belakang ketika Master berhenti sebentar untuk tunggu jalan clear . Nampak remuk sikit je, tapi tak tahulah kalau ada kecederaan dalaman. Pelanggar kereta kami tu minta maaf dan dia masih muda lagi walaupun tua daripada Tedi. Kereta Perodua Myvi dia teruk la juga dan kelihatan sejenis cecair mengalir keluar daripada keretanya, menunjukkan ada sesuatu yang bocor. Ni yang Master malas ni. Tidak lama kemudian datang beberapa orang mungkin yang digelar Tonto menawarkan khidmat menarik kereta kepada kami. Namun secara baiknya kami menolak kerana kami kan nak naik bas. Laporan polis pun kami tak buat kerana bagi kami kereta Proton Saga B...