Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Piala Unity Shield

Aidil Sharin puji anak buah, baiki kelemahan

Imej
ALOR SETAR 14 Jan. - Ketua Jurulatih Lang Merah, Aidil Sharin Sahak memuji semangat lawan yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika menentang Perak dalam aksi Piala Unity Shield di Stadium Darul Aman di sini, semalam. Pengendali dari Singapura itu berkata, beliau telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam perlawanan itu, namun berharap dapat mengatasinya pada siri perlawanan persahabatan di Thailand, bermula Sabtu ini. Ujar beliau, kehadiran kira-kira 25,000 orang penyokong Kedah juga memberi suntikan motivasi kepada pemain untuk mempamerkan permainan bermutu bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama. AIDIL SHARIN SAHAK semasa sidang akhbar selepas tamat Perlawanan Piala Unity Shield Kedah menentang Perak di Stadium Darul Aman di Kedah, semalam. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO “Memang ada sedikit tekanan beraksi di hadapan penyokong sendiri yang memenuhi stadium, lebih-lebih lagi kepada pemain-pemain baharu kerana hanya tiga pemain utama Kedah FA pada musim lepas beraksi da...

Popular