[20261023] Masalah AT Oil Temp, Tukar Valve Body di Subaru Bangi | RM 3500
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ Ujian CVT Subaru XV: Tukar Valve Body di Subaru Bangi, Masalah Enjin & Tukar Bearing Master telah mengambil cuti khusus pada 23 Oktober 2026 bagi memberi tumpuan penuh untuk menguruskan penyelenggaraan kereta. Segalanya bermula pada malam 22 Oktober 2026 apabila lampu amaran AT Temp Oil tiba-tiba menyala pada papan pemuka Subaru XV milik Master — mengimbau kembali kenangan insiden sama seperti yang pernah dicatatkan dalam hantaran ini . Keesokan paginya, Master mengambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat trak tunda kerana pada mulanya lampu amaran tersebut tidak menyala. Namun, dalam perjalanan menuju ke pusat servis, lampu amaran itu kembali menyala dan dirasakan pemanduan Subaru XV semakin berat. Pemeriksaan & Pilihan Alat Ganti di Subaru Bangi Setibanya di Subaru Bangi , juruteknik menjalankan imbasan OBD (OBD scan) ...