Catatan

Fokus

De5 Homestay (Homestay Wakaf Bharu, Kelantan)

Imej
Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay Wakaf Bharu juga homestay Tumpat kepada mereka yang mahu menginap di Negeri Kelantan Darul Naim. Navigasi Cepat: Harga | Pengenalan | Tempat Menarik | Lokasi & Peta 💰 Harga Sewa De5 Homestay Harga Semalaman: MYR 120.00 sahaja Hubungi Pemilik: 012-929 2102 (Cikgu Ismail) Selain kadar semalaman, De5 Homestay juga menerima sewaan sehingga sebulan dengan harga lebih berpatutan. Harga ini adalah harga baru semenjak Oktober 2019 kerana unit telah dipasang penghawa dingin. ⚠️ AMARAN PENIPUAN: Tuan homestay mendapati unit ini diiklankan di Booking.com dengan harga RM 176. Itu adalah PENIPUAN . Sila berhubung terus dengan Cikgu Ismail. 🏠 Pengenalan & Galeri De5 Homestay De5 Homestay (Delima Homestay) terletak di Kampung Delima, jajahan Tumpat. Ia berhadapan dengan Jalan Bunut Susu - Kubang Batang dan bertentangan dengan Masjid Mukim Delima. Pemandangan luar De5 Homestay berhadapan Masjid Mukim Delima. Bilik tidur selesa dengan penyama...

[20261023] Masalah AT Oil Temp, Tukar Valve Body di Subaru Bangi | RM 3500

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ujian CVT Subaru XV: Tukar Valve Body di Subaru Bangi, Masalah Enjin & Tukar Bearing Master telah mengambil cuti khusus pada 23 Oktober 2026 bagi memberi tumpuan penuh untuk menguruskan penyelenggaraan kereta. Segalanya bermula pada malam 22 Oktober 2026 apabila lampu amaran AT Temp Oil tiba-tiba menyala pada papan pemuka Subaru XV milik Master — mengimbau kembali kenangan insiden sama seperti yang pernah dicatatkan dalam hantaran ini . Keesokan paginya, Master mengambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat trak tunda kerana pada mulanya lampu amaran tersebut tidak menyala. Namun, dalam perjalanan menuju ke pusat servis, lampu amaran itu kembali menyala dan dirasakan pemanduan Subaru XV semakin berat. Pemeriksaan & Pilihan Alat Ganti di Subaru Bangi Setibanya di Subaru Bangi , juruteknik menjalankan imbasan OBD (OBD scan) ...

[20261023] Rekod Servis Subaru XV: Tukar FR Tyre Bearing (R) | RM 620

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Petang ini Master ke Sham Tyres and Car Services untuk urusan penyelenggaraan kereta Subaru XV. Berikut adalah butiran yang dicatatkan di dalam resit: Butiran Bengkel: Sham Tyres and Car Services (002329724-U) No. 16, Jalan 8, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8705 2911 Tarikh: 23/10/26 (Jumaat) Kenderaan: Subaru XV Item Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) FR Tyre Bearing (R) 1 620 620 GRAND TOTAL (RM) 620 ~20261023~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Hiasan Bunga di bilik Desa Mentari | 20110716

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Lama juga kami tinggal di Blok 2 Desa Mentari di Petaling Jaya di Selangor di Malaysia. Ini adalah salah satu gambar yang ada dalam simpanan kami menunjukkan dinding bilik tidur utama yang ditampal dengan hiasan bermotif bunga berwarna ungu. Tampalan hiasan motif bunga di rumah kami di Desa Mentari. # Saturday, 16 July 2011, 02:48 # 20110716 (1).JPG # Canon Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/zcWNLJpe7a6AAq3r9  # Tedi tak tahu nama bunga ni, mungkin orang panggil dia Bunga Teropong? Atau mungkin bunga ini adalah bunga yang digunakan orang untuk mewarnakan Nasi Kerabu? Dinding bilik tidur utama di rumah kami di Desa Mentari ni dicat menggunakan dua warna iaitu putih hijau, sebelum ianya dirosakkan penyewa menyebabkan Master mengecat dinding tu dengan warna putih sepenuhnya. Sakit hati dibuatnya apabila penyewa tak anggap rumah yang mereka duduki tu macam rumah mereka sendiri. 20110716

Borong Air Mineral Evian dari Shopee vs 7E: Berapa Harga Sebenar Per Liter? | 20261008

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 📖 Pendahuluan Cerita Ceritanya semalam Tok Abah beli air mineral Evian di 7E Taman Seroja dengan harga RM14.40 sebotol bagi kandungan 1L. Tok Abah beli air mineral ini untuk diminum Tok Ma. Master merasakan harga itu terlalu mahal lalu Master meminta Tedi merisik harga air mineral Evian paling murah di atas platform Shopee . Berikut adalah penemuan Tedi. ⭐ BENCHMARK HARGA TERENDAH RM5.45 per liter (Pek 1.5L x 12 Botol) Penanda aras harga rasmi untuk rujukan pembelian ulangan air Evian pada masa hadapan. 📊 Analisis Perbandingan Harga Berdasarkan semakan Tedi di kedai fizikal dan Shopee Official Store , terdapat jurang penjimatan yang ketara apabila membuat perbandingan antara pembelian sebotol secara runcit berbanding pembelian pek karton secara dalam talian termasuk kos penghantaran. (Nota: Anda boleh tatal/skrol jadual ke kiri dan kanan pada skrin telefon) ...

Sepupu Master (Arwah Zamzi) Meninggal Dunia | 20261002

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master menerima khabar kematian sepupunya pada hari ini. Arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang stent jantung di Hospital JB dan berehat di rumah adiknya sebelum meninggal dunia di sana. Keesokan harinya ( 20261003 ) kami bergerak ke Masjid Bukit Chedang di Seremban di mana arwah akan dimandikan dan disembahyangkan. Kami tiba sekitar jam 3 petang, manakala jenazah tiba kemudian sebelum jam 4 petang. Tok , Tokki , Keluarga Tok Ni , dan Tok Na sudah berada di sana ketika kami sampai. Tok Na dan Tok Ni bermalam di kebun Tok di Ulu Rokan pada malam tadi. Mengenai arwah pakcik Zamzi beliau adalah sepupu Master dari belah Tok di Terengganu . Beliau menetap di Seremban dan kali terakhir bekerja di Johor . Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale d...

Potty untuk kakak | 20210221

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamua'laikum semua. Alkisahnya umur Aina sudah pun mencecah 4 tahun. Sudah tiba masanya untuk dia belajar buang air di tandas dan tidak menggunakan lampin. Mummy telah membeli tandas khusus buat Aina secara atas talian. Tandas ini dipanggil dengan nama manja " potty " adalah khusus untuk ajar kanak-kanak buang air iaitu kencing atau berak. Mummy beli jenis yang untuk dipasang di tandas duduk dewasa, bukan jenis tandas duduk kanak-kanak yang kita kena buang najis di dalamnya nanti. Tandas ini telah sampai beberapa hari cuma pada hari ini 20210221, barulah Master meluangkan masa untuk memasangnya, dengan bantuan juruteknik muda si Aidan. Kandungan:  Sebelum dipasang ,  Aksi Aidan memasang potty ,  Setelah siap dipasang ,  Maklumat Potty Aina , dan  Panduan Pemasangan Potty Aina . Gambar aksi Aidan sibuk juga nak memasang tandas buat kakaknya si Ai...

Perbandingan Harga Deodoran Dashing vs Rexona: Mana Satu Lebih Berbaloi?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Malam ini Master dan Mummy ke Watson Medan 88 untuk membunuh masa. Memandangkan deodoran Master sudah hampir habis, Master pun merisik deodoran yang ada di sana. Kiriman ini adalah untuk rekodkan harga deodoran yang dibandingkan di sana sebagai rujukan pada masa hadapan. Rumusan Pantas Perbandingan Harga Jenama & Produk Pakej / Isipadu Harga Promosi / Ahli Harga Anggaran per ml Dashing (7 / 10 / Cool Aqua) 2 x 125ml (Jumlah: 250ml) RM19.85 RM0.079 / ml (Paling Murah) Rexona Men (Member Special) 2 x 135ml (Jumlah...

Popular