MRTA atau MLTA?
Kuala Lumpur: Bakal pembeli rumah atau pelanggan berhak untuk memilih sama ada untuk memilih insurans perlindungan rumah yang ditawarkan atau mencari sendiri insurans yang mampu memenuhi keperluan kewangan masing-masing. Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata pemilihan insurans daripada pihak bank bukanlah satu perkara mandatori dan ia bergantung kepada kemahuan pembeli rumah itu sendiri. “Bank tidak melarang jika terdapat pelanggan mahu memilih sendiri insurans perlindungan yang dirasakan lebih baik cuma apa yang bakal timbul daripada situasi ini adalah proses untuk mendapatkan pinjaman dan insurans rumah akan memakan masa sedikit lama,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam. Beliau berkata, pihak bank secara lazimnya menawarkan insurans mengikut keutamaan dengan syarikat insurans tertentu bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pengendalian pembiayaan pinjaman dan insurans perlindungan rumah. ...