[t21i12] Makan angin di Giverny Park Sunsuria City di Sepang di Malaysia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kami di sini. Buat pertama kali kami betul-betul singgah di taman rekreasi Giverny Park Sunsuria City. Sebelum ini hanya jenguk-jenguk sahaja. Umur Aina pada masa ini ialah 4 tahun 6 bulan 22 hari, manakala umur Aidan ialah 2 tahun 3 bulan 14 hari. Tujuan hadir ke Giverny Park Sunsuria City ni pada hari ini sekadar jalan-jalan makan angin buat menghilangkan bosan terperap di rumah. # Sunday, 12 September 2021, 17:05 # IMG_20210912_170502.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Apabila kami tiba di taman rekreasi tersebut kami melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti. Ada di antara mereka yang berkelah sambil makan-makan, ada yang berlari, berjalan, menunggang basikal, bersenam, bermain bola keranjang, duduk-duduk di bangku melihat pemandangan, manakala kanak-kanak pula ada yang bermain di taman permainan. Gambar seorang budak lelaki bernama Aidan sedang duduk atas bangku bert...