Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _peribahasa_

[t23l20] Peribahasa Tidak Bertanggungjawab

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tarikh: 20260318 | Masa: 23:58 | Penulis: Tedi Sikap Lepas Tangan: Peribahasa Tentang Tidak Bertanggungjawab Selamat datang ke interpretZZ ! Mengapa Tedi membangkitkan isu ini? Kerana dalam kehidupan bermasyarakat, sikap tidak bertanggungjawab sering kali menjadi punca perpecahan. Kiriman ini adalah kesinambungan daripada ulasan Peribahasa Bertanggungjawab yang pernah Tedi kongsikan sebelum ini. Indeks • Tangan yang celaka kerja jatuh • Terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar Tangan Yang Celaka Kerja Jatuh Maksud peribahasa: Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab . Komentar Tedi: Peribahasa ini mengingatkan kita bahawa setiap tindakan individu dalam keluarga boleh memberi kesan besar kepada ahli yang lain. ^ Kembali ke Indeks Terhimpit Hendak Di Atas, Terkurung Hendak Di Luar Maksud peribahasa: 1. Tidak mahu bertanggungjaw...

[t23a20] Peribahasa Kucing

Imej
بِسْـمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ Peribahasa Melayu Koleksi Peribahasa Berkaitan Kucing Kearifan leluhur Melayu melalui bahasa kiasan haiwan peliharaan Oleh Tedi  ·  Kajian Bahasa Kucing — siapa yang akan mempertikaikan keberadaannya di sisi masyarakat Melayu? Dalam kajian ini, kita akan menyelusuri peribahasa Melayu yang menampilkan haiwan peliharaan ini, termasuk anjing dan tikus yang turut hadir sebagai musuhnya. 35 Kandungan — 35 Peribahasa ▼ Anak kucing menjadi harimau Awak tikus, hendak menampar kepala kucing Bagai kucing dengan panggang / Bagai kucing dengan balur Bagai kucing dibawakan lidi Bagai kucing kehilangan anak Bagai kucing lepas senja Bagai kucing main daun Bagai kucing menjemput api Bagai kucing takut akan balur Bagai kucing tidur di bantai Bagai mengail kucing hanyut Berbelok kucing main daun Biarpun kuc...

[t22l12] Peribahasa Rindu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Koleksi peribahasa Melayu tentang rindu dan kiasan perasaan, disusun mengikut urutan abjad. Adat muda menanggung rindu Maksud: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai cubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya). Api makan sekam (Seperti api dalam sekam) Maksud: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. sekam = dedak Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati Maksud: Sangat rindu atau sangat berkasih-kasihan. sarak = pisah Laksana jentayu menantikan hujan Maksud: Sangat rindu. jentayu = burung garuda yang besar Tedi berasa ingin tahu apa kisah jentayu dan hujan ini. Rupa-rupanya menurut mitos dan sastera lama (seperti dal...

[t26c04] Peribahasa Tekukur

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tarikh: 20260304 | Masa: 02:25 | Penulis: Tedi Misteri Burung Tekukur: 3 Peribahasa Melayu Yang Perlu Anda Tahu Selamat datang ke interpretZZ ! Mengapa Tedi memilih burung Tekukur sebagai subjek utama kali ini? Dalam tradisi Masyarakat Melayu , Tekukur atau Balam bukan sekadar burung hiasan yang merdu suaranya, tetapi ia sering dijadikan simbol ketaatan, nasib, dan juga peringatan tentang bahaya. Sifatnya yang jinak-jinak merpati namun penuh dengan kiasan hidup menjadikan ia subjek yang sangat menarik untuk diterokai melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu . Indeks Bagai Tekukur Mengikut Kata Jerat Tiada Lupa Akan Balam, Tetapi Balam Lupa Akan Jerat Paksa Tekukur Padi Rebah, Paksa Tikus Lengkiang Terbuka Bagai Tekukur Mengikut Kata Maksud peribahasa: Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya. Contoh Ayat: Kehidupan...

[t23h10] Peribahasa Anak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Salam sejahtera ke atas kamu. Segala puji bagi Allah akhirnya Tedi kembali menaip dan pada pagi ini Tedi akan mencari dan menggali peribahasa Melayu yang berkaitan dengan anak, sama ada perkataan anak itu hadir dalam peribahasa tersebut atau maksud peribahasa itu mengandungi perkataan anak. Berpeluh ketiak juga menapis dan menaip kiriman ini kerana rupa-rupanya ada banyak peribahasa berkaitan anak di mana jumlahnya sekurang-kurangnya 150 peribahasa. Senarai peribahasa berkenaan anak dan maksudnya banyak menggunakan perkataan: anak , anak angkat ,  anak haiwan , anak kandung , anak orang , anak tiri , anak gadis , anak muda , anak kunci , anak dara , anak sasian , anak semang , anak buah , anak sendiri . [Senarai Peribahasa "Anak"] Senarai peribahasa berkaitan dengan anak ialah: Adat tua menahan ragam Akal sebagai makan nasi lecek Anak anjing takkan menjadi anak musang jeba...

Popular