Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aina 8 tahun

[t25j28] Momen Pertama vs Cita-cita: Evolusi Aina (2017-2025)

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Dari Mitten Kecil ke Stetoskop: Menjejaki Langkah Si Kecil Aina Ref: DSC_7924-COLLAGE.jpg | 28 Okt 2025, 11:37 AM | 8.3 MP Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca setia! Hari ini, Tedi nak kongsi satu momen yang buat Tedi rasa terpaku sekejap. Kadang-kadang, bila kita tengok gambar lama dan bandingkan dengan sekarang, barulah kita sedar betapa lajunya masa berlari. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya! Kenangan Mitten Putih (Mac 2017) Gambar yang kat atas tu, itulah Aina masa dia masih bayi lagi, sekitar bulan Mac 2017. Masa tu dia baru saja berusia sebulan lebih. Comel kan? Tengah baring atas bantal patchwork warna merah jambu dengan sarung tangan ( mitten ) putih yang besar dari tangan dia sendiri. Masa ni, dunia Aina cuma sekitar tidur dan agah-agah manja saja. Tedi tengok pun rasa geram nak cubit pipi tu! Semangat Hari Kerjaya (Oktober 2025) Lompat ke gambar ba...

[t25d24] Aina buat hal di sekolah kebangsaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Hari ini tiba-tiba sahaja Mummy terima panggilan telefon dari Sekolah Kebangsaan di mana Aina belajar. Aina buat masalah di sekolah. Mummy telefon Master yang bekerja dari rumah meminta Master ke sekolah kerana guru kaunseling dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mahu menemui beliau. Master punyalah risau memikirkan Aina mungkin telah mencederakan kawan-kawannya kerana Aina itu boleh dikatakan kasar jika bermain. Master membawa Aidan bersamanya kerana kebetulan Aidan tidak ke tadika kerana batuk. Rupa-rupanya Aina telah merosakkan 15 buah buku tulis pelajar darjah 5. Terkejut juga Master kerana bilakah masanya Aina boleh melakukan perkara itu tanpa disedari sesiapa. Hal kerosakan buku-buku itu hanya disedari oleh murid-murid tahun 5 apabila mereka mahu menggunakan buku tulis mereka yang disimpan di loker dalam bilik darjah. Kelas Aina dikongsi dengan pelajar tahun 5 p...

Popular