Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apa ada pada nama

Maksud nama Nor Aina

Imej
Ramai pula yang bertanyakan maksud nama Nor Aina , jadi Tedi saja selit dalam karangan kali ini sekadar untuk celoteh kongsi pengetahuan am. Maksud perkataan Nor dan Aina: Nor atau Nur : Perkataan daripada Bahasa Arab yang bermaksud "cahaya". Aina : Jika disebut atau dieja menggunakan huruf alif, membawa maksud " mana ". Contohnya " min aina " bermaksud " dari mana ". Huruf ain dalam tulisan jawi atau arab. Gambar di atas adalah khat nasakh. 'Ain atau A'in : Sebutan menggunakan huruf 'ain membawa maksud " mata ". 'Aina atau A'ina : Sambungan " na " di belakang membawa maksud " kami ". Contohnya: " robbuna " bermaksud " Tuhan kami " dan " 'a...

[T21H21] Nama Syarikat Kontraktor yang Menarik

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Analisis Nama Syarikat Kontraktor G7 Bagaimana jenama besar ini tercipta? Kata Kunci Kepakaran: Menggunakan istilah seperti Bina, Builders, Rail, atau Geotechnics . Nama Warisan: Menggunakan nama pengasas (contoh: Yeoh Tiong Lay, George Kent ). Eksperiensial: Nama unik yang memerlukan interaksi (contoh: Gamuda, Edgenta ). Singkatan (Acronym): Menggabungkan huruf awal (contoh: IJM, TCS ). Nama Kontraktor Analisis Etimologi & Identiti Acre Works Sdn. Bhd. Tanah: "Acre" merujuk keluasan tanah. Sesuai untuk syarikat infrastruktur/ukur. Ambang Wira Sdn. Bhd. Patriotik: Elemen keberanian ("Wira"). Gah untuk projek infrastruktur negara. Asia Baru Construction Sdn. Bhd Visi: Sasaran pasaran "Asia" untuk nampak berdaya saing serantau. Bestrich Star Sdn. Bhd. Aspirasi: Gabungan nilai kualiti ("Best") dan kemakmuran ("Rich"). Cantile...

[t22g21] Senarai Nama Kelas Unik

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Prakata Nama Kelas Berdasarkan Nama Pokok Nama Kelas Berdasarkan Nilai Positif Nama Kelas Berdasarkan Nama Jawatan Pembesar / Pahlawan Nama Kelas Berdasarkan Hang Tuah 5 Saudara Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Penentang Penjajah Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Wanita Nama Kelas Berdasarkan Nama Khulafa ar-Rasyidin Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Islam Nama Kelas Berdasarkan Teknologi Nama Kelas Berdasarkan Nama Mantan Perdana Menteri Nama Kelas Berdasarkan Alat Muzik India Nama Kelas Berdasarkan Nama Universiti Awam Malaysia Prakata Nostalgia pula apabila ada yang bertanyakan mengenai nama kelas unik . Mengikut pengalaman Master, nama kelasnya agak unik ketika di sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3. Nama kelas beliau ialah KAA iaitu singkatan kepada Kelas Aliran Agama di mana hanya kelas ini sahaja mengambil kertas Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Mene...

Akronim Nama Kereta

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Selalu ketika berada dalam kereta Tedi akan dapat melihat banyak kereta lain dengan akronim yang Tedi tak faham. Maka di sini Tedi catat beberapa akronim kereta yang telah Tedi kaji. Alza Perodua: Alza dikatakan berasal daripada perkataan Sepanyol "alzar" yang bererti "naik". Nama ini terpilih melalui peraduan dalaman di antara kakitangan Perodua. BLM Proton SAGA BLM:  base line model (model asas) yang bermaksud ini adalah model kereta paling asas keluaran Proton. Maksudnya ia mempunyai harga paling murah dengan kelengkapan yang terhad. Sesuai untuk mereka yang perlu menggunakan kereta dengan bajet terhad. BRV Honda BR-V:  Bold Recreational Vehicle (Kenderaan Rekreasi Berani). Tak tahulah apa yang beraninya. CRV Honda CR-V:  Comfortable Runabout Vehicle (Kenderaan Jarak-Dekat Selesa) atau  Compact Recreational Vehicle   (Kenderaan Rekreasi Padat). Apa kes namanya ni? Macam tipu je ni. Nama pertama tu kira okaylah sebab C...

[t19e29] Maksud Asma al-Husna al-Jabbar

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sesungguhnya nama Allah ada banyak dan indah-indah belaka. Pada 99 Asma al-Husna pun dah cukup banyak nama Allah yang maha indah maksudnya. Nama Allah yang Tedi nak kaji dalam karangan kali ini adalah Al-Jabbar. Maksud nama Allah Al-Jabbar Al-Jabbar bermaksud Yang Maha Memaksa iaitu yang kehendak-Nya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun . Paksaan Allah adalah kerana kasih-sayang-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih kerana manusia selalu terlupa dan lalai. Hanya dengan paksaan-Nya manusia akan tersedar. Ini juga dapat dilihat contohnya dalam aturan alam di mana Matahari dan planet bergerak ikut orbit sesuai dengan aturan Allah tanpa tiada siapa dapat mengganggunya. Atau pada tubuh badan manusia seperti jantung yang berdegup tanpa kita mengaturnya. Hal-hal itu terpaksa makhluk-Nya lalui dengan patuh tanpa pilihan untuk mengingkari-Nya . Kesan menghayati nama Al-Jabbar Menghayati ...

Contoh Nama Syarikat Unik

Izinkan Tedi berangan untuk memiliki sebuah syarikat, dan syarikat itu tentulah memerlukan satu nama yang unik dan mudah difahami orang. Mungkin nama syarikat yang unik adalah salah satu faktor untuk menjadi satu nama syarikat yang menarik? Dalam kelas kemahiran hidup dahulu Tedi dan kawan-kawan telah memilih nama Hijau Makmur Sdn Bhd untuk mewakili nama syarikat kami jika kami terlibat dalam industri hiasan landskap. Logo yang kami pilih adalah gabungan huruf HM yang kami bentukkan H sebagai pohon merimbun dan M sebagai rumput di perdu pokok tersebut. Namun kini nama Hijau Makmur itu mungkin sudah tidak gah. Kenapa nama syarikat perlu unik? Nama syarikat yang unik menjadikan perniagaan kita akan mudah dikenali dan diingati oleh pelanggan juga bakal pelanggan. Nama syarikat yang unik menjadikan kita lebih menonjol berbanding pesaing sekaligus menarik perhatian pelanggan apabila mereka mencari pembekal. Menghasilkan nama syarikat yang unik memerlukan perancangan dan apabila kita b...

Maksud Nama Muslim Izza untuk Anak Perempuan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida. Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut? Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek. Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti. Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni.   Mummy Tak Ketemui Maksud Nama Izza Jadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza. Semasa Master memilih nama Izza n...

[t17b18] Maksud Aisya Aisyah Aishah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas  lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh  kumpulan munsyid UNIC sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya ? Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?   Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud? Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud " hidup bahagia ". Aisyah artinya "hidup bahagia" Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah , tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot . Ish ish ish. Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia...

Contoh Nama Kedai Dobi

Berikut adalah senarai nama kedai dobi di Malaysia yang boleh dijadikan contoh nama yang boleh diberikan kepada kedai dobi. Mungkin juga menjadi ilham kepada mereka yang mahukan contoh nama syarikat dobi. Bagi Tedi nama kedai dobi patut mudah diingat dan juga memaklumkan jenis kedai dobi tersebut. Nama kedai dobi yang unik juga penting supaya mudah dikenalpasti. Contohnya ABC Dobi menunjukkan ia sebuah kedai dobi, tapi Tedi tak tahu ia kedai dobi layan diri atau tidak? Nama seperti Kedai Dobi ABC Layan Diri membayangkan ia sebuah kedai dobi layan diri tapi namanya mungkin tidak sedap. Nama kedai dobi layan diri mungkin panjang berjela untuk memaklumkan jenis khidmat dobi disediakan. Jika anda yakin bahawa nama yang unik tanpa membayangkan jenis perniagaan sudah mencukupi kerana keluasan pasaran di tempat anda berniaga, maka boleh teruskan dengan kepercayaan tersebut, mungkin anda boleh membina satu jenama yang melekat kuat di minda pelanggan tanpa sebarang keyword yang menunjukkan jen...

Popular