Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kunci kereta

Projek Ganti Bateri Kunci Kereta Proton Persona

Imej
Salah satu projek penambahbaikan kereta Proton Persona Elegance keluaran tahun 2009 warna kelabu transmisi manual ialah menggantikan bateri kawalan jauh kunci kereta Proton Persona tersebut. Jika kawan-kawan tak tahu Proton Persona Elegance yang mana ia adalah Proton Persona lama sebelum Proton Persona SV dan boleh dikatakan Proton Persona SV adalah versi ringkas kepada Proton Persona Elegance. Salah satu masalah yang akan timbul jika baterki kunci kereta Proton Persona ni lemah ialah sukar nak kunci dan buka pintu dan jarak dekat diperlukan untuk membuka dan mengunci pintu. Pada mulanya kami sangkakan masalah itu pada butang kunci tu kerana jika ditekan kuat ia akan berfungsi. Tapi setelah menggantikan bateri kunci kereta Proton Persona Elegance kami tu kini ia berfungsi seperti baru. Bateri saiz apakah untuk ganti bateri kunci kereta Proton Persona? Ini adalah persoalan pertama ketika mahu gantikan bateri kunci kereta kerana kami tak tahu saiznya. Namun setelah dikaji, bateri ku...

Popular