[t14j20] Berapa lama masa tukar cakera klac Proton SAGA BLM?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pagi semalam Tedi temani Master pergi ke bengkel untuk tukar cakera klac (clutch disc). Rupa cakera klac yang perlu diganti apabila susah tukar gear atau hilang kecekapan pacuan kereta. Kos di Pusat Servis Proton lebih mahal kerana mereka akan tukar barang-barang yang berkaitan dan bukan hanya tukar cakera klac sahaja. Cakera klac ( clutch plate ) ini rasanya perlu diganti kerana dah susah nak tukar gear dan ada bunyi halus ketika tukar gear 4 dan 5, tambahan jarak perjalanan sudah mencecah 150000 (seratus lima puluh ribu) kilometer sedangkan purata jangka hayat cakera klac ( clutch plate ) adalah sekitar 100000 (satu ratus ribu) kilometer. Sampai sahaja di bengkel, si mekanik kata tak dapat siapkan dalam masa sehari, kena tinggal kereta di bengkel semalaman. Itu bukan satu pilihan buat kami kerana kami tiada pilihan pengangkutan lain. Memandangkan Master tidak berkenan deng...