Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peti sejuk

T21H08 Inverter

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Maksud Inverter Inverter adalah satu perkataan  Bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Terjemahannya dalam Bahasa Melayu ialah "pembalik".   Definisi "inverter" dalam kejuruteraan Inverter adalah alat elektrik yang menukar voltan DC (arus terus), selalunya dari bateri, menjadi voltan AC (arus ulang-alik) supaya dapat digunakan oleh peralatan biasa. Pendek kata, pembalik menukar arus terus menjadi arus ulang-alik.   Mesin basuh inverter Mesin basuh inverter adalah jenis mesin basuh yang menggunakan teknologi pembalik. Teknologi ini selalunya digunakan pada motor mesin basuh. Dengan menggunakan teknologi inverter ini, mesin basuh menggunakan jumlah tenaga elektrik yang berbeza mengikut kapasiti cucian. Mengikut teorinya muatan sedikit akan menggunakan tenaga elektrik yang sedikit apabila menggunakan teknologi inverter pada mesin bas...

T16F20 Peti Sejuk Magnetik Pertama Dunia Dilancarkan

Imej
Sebuah firma dari Perancis, Cooltech Application telah melancarkan peti sejuk yang mereka dakwa sebagai peti sejuk menggunakan sistem magnetik komersial yang pertama di dunia. Sistem penyejukannya menggunakan konsep pengaliran air coolant melalui bahan magnetocaloric dalam ulangan kitaran magnet-nyahmagnet. Sistem itu beroperasi tanpa menggunakan sebarang gas pendingin, menjadikan peti sejuk itu lebih mesra alam sekitar berbanding peti sejuk konvensional. 20160620

Peti Sejuk Hitachi Inverter R-W720P3M mula bermasalah

Pagi ini seorang pakcik datang untuk memeriksa peti sejuk inverter berjenama Hitachi di rumah kami. Peti sejuk itu mula membuat masalah pada hari Sabtu dan Ahad lepas di mana ia berbunyi bising dan akhirnya peti bahagian bawah mula kurang sejuk. Peti sejuk kami adalah berjenama Hitachi dan menggunakan teknologi inverter. Ia mempunyai 3 pintu iaitu 1 di atas untuk sejuk beku, dan 2 di bawah untuk ruangan sejuk biasa. Walaupun ada 3 pintu sebenarnya ia cuma ada 2 ruang sahaja iaitu atas dan bawah dan tidak dibahagikan kri dan kanan. Masalah ini perlu dibaiki segera sebab Mummy simpan bekalan susu badan di ruangan sejuk beku tersebut. Mummy telah membuat laporan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Hitachi namun hasilnya agak hampas kerana tiada panggilan balasan daripada pusat tersebut, sehingga Mummy mendapatkan khidmat pakcik tersebut untuk memeriksa peti sejuk Hitachi tersebut. Hasil pemeriksaan pakcik itu mendapati peti sejuk Hitachi inverter kami tu gagal defrost (nyahbeku) menyebab...

Popular