[t10c10] Kenapa Tunggang Motosikal?
Ini bukan cerita pasal milo ais Isteri Merajuk Dijemput Menaiki Motosikal Serik Menunggang Motosikal Pada petang tadi, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Tedi ternampak seorang lelaki dewasa membawa dua kanak-kanak sekolah rendah membonceng motosikal yang dikendarainya. Adik yang di belakang sekali tu sedang sedap minum air milo ais bungkus. Wajahnya gembira, tiada apa yang dirisaukan. Sumber foto: Lebih 200 ahli Kelab Vespa Malaysia berhimpun dalam program ‘The Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2014’ Ini bukan cerita pasal milo ais Tiba-tiba Tedi berasa sebak, mungkin agak terharu melihatkan gelagat mereka itu. Mereka berhimpit di atas sebuah motosikal, manakala Tedi selesa duduk di dalam sebuah kereta. Tapi mereka masih gembira. Tedi terharu melihat jerih-perih seorang ayah menjemput anak-anaknya balik sekolah menaiki sebuah motosikal. Adakah itu sahaja pilihan yang dia ada? Mungkin ya. Sejak bulan Februari tahun 2017 yang baru berlalu, Te...