Beli sandal Jump di Original Classic di Mitsui Outlet Park KLIA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada pagi tadi Master ambil cuti separuh hari untuk temani Mummy pergi makan sushi di kedai makan Sushi King di Mitsui Outlet Park. Tiba-tiba sahaja semasa nak masuk ke dalam kereta sebelum menghantar Aina dan Aidan ke Taska, sandal Master yang sedia ada uzur tu tercabut pula. Itu mungkin sebagai paksaan kepada Master untuk mencari pengganti kepada sandal beliau itu. Malangnya Tedi tak pernah rekodkan sejarah kewujudan sandal Master tu maka tidak dapatlah diukur berapakah usianya. Bersarapan di Hot & Rolls Kami tiba di Mitsui Outlet Park tu selepas jam 10 pagi, tapi banyak kedai atau butik belum dibuka lagi. Pengawal keselamatan di sana kata memang ada kedai yang buka dalam jam 11 atau 12. Restoran Sushi King di Mitsui itu pun lewat dibuka, dalam jam 12, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan sempena wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa ini. Nasib baik Hot...