Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Windows 10

[t18c18] Invalid Column Name padahal ada ja column tu

Imej
Ini lagi satu error yang membuatkan Tedi stuck tiga hari tiga malam.  ERROR org.hibernate.engine.jdbc.spi.SqlExceptionHelper - invalid column name 'companyMain' Padahal property companyMain tu dah memang ada dalam CmsUser tu dan mapping-nya semua betul. Fikir punya fikir dan selepas solat hajat, tiba-tiba didatangkan ilham untuk rever satu class yang lain yang juga property foreign key dalam CmsUser, nama class tu StaffMain. Tedi check dalam tu memang ada companyMain juga, maka Tedi pun segera menghapuskannya. Selepas run apps, memang benarlah, itulah puncanya. Benda kecil yang menjadi besar.... huhuhu... Inilah masalahnya berkongsi kod dengan orang lain tapi tidak berada di tempat sama. Masalahnya mereka okay sahaja jadi environment dalam local machine Tedi sahajalah yang tak okay.   Mar 18, 2018 7:29:37 AM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule begin WARNING: [SetPropertiesRule]{Server/Service/Engine/Host/Context} Setting property 'source' to ...

Penyelesaian Windows 10 matikan penyesuai tanpa wayar

Imej
Perbincangan Pada masa sekarang ni Master of Tedi menggunakan adapter WIFI USB TP-LINK TL-WN727N pada komputer riba beliau kerana entah kenapa berlaku kejelikan pada pembekal yang membekalkan komputer riba tanpa memasang adapter tanpa wayar di dalamnya. Penyesuai USB ni sama seperti apa yang kita panggil huddle tu. Masalahnya sekarang ni ialah penyesuai tersebut selalu dimatikan oleh Windows 10 ketika menggunakan bekalan kuasa daripada bateri sahaja. Ini menyebabkan komputer riba HP PROBOOK G5 tu selalu terputus sambungan internet. Melalui kajian di internet, rupa-rupanya ramai yang menghadapi masalah seperti ini, dan di bawah ni adalah salah satu panduan daripada Microsoft untuk selesaikan masalah tersebut. Penyelesaian kepada masalah penyesuai tanpa wayar dimatikan oleh Windows 10 Ramai pengguna yang mengalami masalah Windows mematikan adapter WiFi mereka secara automatik. Memadamkan pilihan "Allow windows to turn this device off for power efficiency" selalunya ti...

Popular