Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kompleks Sukan Airport Nilai

DreamBowl Kompleks Sukan Airport Nilai

Imej
Baru 2 kali kami bermain di sini, harganya pun tidak kami ingat berapa? Peluang kerja sebagai juruwang dan marshall lorong di DreamBowl. Harga satu permainan adalah di antara RM 5.50 sehingga RM 6.50 mengikut masa dan hari. Main bowling di Kompleks Sukan Airport ni agak best sebab tempatnya selesa, ada juga ruangan VIP yang Tedi tak tahu digunakan oleh siapa? Mungkin sesiapa sahaja boleh menggunakannya asalkan sanggup bayar lebih? Kepada mereka yang mahu bekerja di sini mungkin boleh mencuba nasib, itupun jika masih terbuka peluangnya. Kalau kerja di sini, mungkin boleh menggilap bakat sebagai pemain bowling, manalah tahu suatu masa nanti boleh menjadi pemain negara? Lagipun Tedi tengok pekerja di sini selalu juga bermain (berlatih barangkali) di tempat kerja mereka sendiri. 24 Jun 2015,20150624

Kadar sewa gelanggang Dream Badminton Kompleks Sukan Airport Nilai tahun 2016

Imej
Waktu Operasi Dream Badminton Isnin : 09:00 pagi - 12:00 malam Selasa hingga Jumaat : 09:00 pagi - 01:00 pagi Sabtu dan Ahad : 08:00 pagi sehingga 12:00 malam Cuti umum : 09:00 pagi sehingga 01:00 pagi. Kadar sewaan gelanggang biasa Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi sehingga 6:00 petang : RM 16 sejam 6:01 petang hingga 1:00 pagi : RM 25 sejam Sabtu, Ahad dan cuti umum 8:00 pagi sehingga 6:00 petang : RM 18 sejam 6:01 petang hingga 2:00 pagi : RM 25 sejam Kadar sewaan gelanggang badminton VIP Gelanggang VIP tersembunyi di sebalik tirai dan Tedi tak pernah cuba intai apa ada di sebaliknya... Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi sehingga 6:00 petang : RM 22 sejam 6:01 petang hingga 1:00 pagi : RM 32 sejam Sabtu, Ahad dan cuti umum 8:00 pagi sehingga 6:00 petang : RM 27 sejam 6:01 petang hingga 2:00 pagi : RM 32 sejam Kadar sewaan gelanggang badminton untuk pelajar (student rate) Kadar RM 13 sejam. Hari bekerja : 09:00 pagi hingga...

Kasut badminton baru!

Semalam Master beli kasut badminton baru. Harganya RM 80 jenama Power dari kedai Bata. Ia bukanlah kasut badminton pun tetapi kasut training dengan tapak yang agak lebar, sesuai untuk stabilkan diri di atas gelanggang. Ini pertama kali Master beli kasut sukan berharga lebih RM 30. Sebabnya Master mula rasa lebih cergas selepas mula bermain badminton pada minggu lepas. Jadi pelaburan ini diharapkan berbaloi untuk kesihatan Master. Selepas ini mungkin Master akan melabur dengan membeli reket yang lebih bagus pula, iaitu reket yang memang pemain badminton guna. Ditambah dengan belanja RM 10 seminggu untuk sewa gelanggang di Kompleks Sukan Airport Bandar Baru Nilai. Selain itu, Master juga mula main besi selepas habis masa kerja, setakat untuk kuatkan pergelangan tangan. Majulah sukan untuk kesihatan. 28 September 2013

Dream Badminton di Kompleks Sukan Airport Nilai 2018

Imej
Karangan ini akan menceritakan mengenai:  Court Badminton di Nilai ,  Harga Sewa Court Badminton Dream Badminton Nilai ,  Lokasi Kompleks Sukan Airport Nilai  bagi tahun 2018. Court Badminton di Nilai Apabila kawan-kawan Master mengajak beliau bermain badminton, mereka akan mencari court badminton di Nilai di Negeri Sembilan. Ini adalah kerana Nilai merupakan kawasan bandar yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi, di mana BBST tidak mempunyai gelanggang badminton untuk disewa. Sebenarnya Tedi tidak pasti jika benar di Bandar Baru Salak Tinggi tiada dewan badminton. Mereka akan bermain selalunya di Dream Badminton Nilai yang terletak di tingkat 3 Kompleks Sukan Airport Nilai. Kompleks Sukan Airport Nilai ini kadangkala dipanggil Kompleks Sukan Nilai yang mana Tedi rasakan tidak sesuai kerana Kompleks Sukan Airport Nilai ini adalah di bawah pihak swasta. Kadangkala ada juga orang panggil Kompleks Sukan Airport Nilai ni sebagai Kompleks Sukan KLIA Nilai yang...

Popular