Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201104

Raihan di Pesta Buku Selangor 2011

Imej
Menonton Persembahan Kumpulan Nasyid Diminati Master   Hari ni Master dan Mommy bawa Tedi pergi Pesta Buku Selangor 2011. Pesta buku ni diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 24 Jun sehingga 3 Julai. Tedi tak beli buku pun. Tapi Tedi sempat tengok Raihan buat persembahan di sana. Kalau kawan-kawan tak tahu, Raihan adalah kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia dan mereka juga artis Malaysia yang memegang rekod jualan album terbanyak melalui album Puji-Pujian. Mereka berasal dari kumpulan nasyid klasik The Zikr sebelum diminta dikecilkan kumpulan mereka jika mahu tandatangani kontrak. Kumpulan ini selalunya digemari kanak-kanak. Lagu-lagu mereka juga ringkas dan mudah difahami. 20110407

Dari Petaling Jaya ke Salak Tinggi

Imej
Dalam perjalanan melawat rumah yang sedang dalam pembinaan di Bandar Baru Salak Tinggi. Kami melalui Maju Expressway (MEX) atau dikenali juga sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya dari Petaling Jaya. Boleh juga melalui Lebuhraya ELITE. Gambar ini diambil ketika kami melintasi Cyberjaya melalui Pintasan Dengkil. Kelihatan di sebelah kiri flyover tu, Hotel Sepang. Ketika ini kami menaiki Proton SAGA BLM 1.3 MT. Rumah dah hampir siap, jalan masih belum diturap. Terletak berhampiran Bandar Baru Nilai dan juga Nilai 3 yang masyhur sebagai destinasi membeli-belah. Boleh melalui dua lebuhraya berhampiran iaitu PLUS Kuala Lumpur - Seremban dan juga ELITE. 20110410

Popular