Petua menghalau nyamuk tanpa guna racun nyamuk.
Haaa, siapa di antara kawan2 tak kenal nyamuk ? Nyamuk adalah di antara haiwan special kerana nama beliau disebut dalam al-Quran oleh Allah subhanahu wa ta'ala sebagai bala tentera-Nya dan juga sebagai "ejekan" atau cabaran kepada umat manusia yang sombong angkuh untuk cipta sesuatu seperti nyamuk . Master selalu menggunakan istilah "Pontianak Kecil" (Little Vampire) apabila berbicara mengenai nyamuk. Istilah itu khabarnya diperolehi Master daripada seorang penulis dahulu kala. Tedi tau, Master sebenarnya saja2 nak takut2kan Tedi tu. Maka umat manusia sepatutnya kaji apa yang ada pada nyamuk sehingga Allah subhanahu wa ta'ala menggunakan beliau untuk mencabar mereka. Itu cerita lain. Sekarang cerita pasal teknik menghalau nyamuk. Benarlah ada macam2 produk moden di pasaran untuk membasmi nyamuk tapi kadang2 ada di kalangan manusia yang takleh tahan dengan bau produk2 itu. Lagipun dikhuatiri bukan sahaja memudaratkan sang nyamuk, tapi kesiha...