Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pakaian

Baju dalam Superman

Imej
Mommy beli baju dalam lelaki berlogo Superman untuk Master di Tesco Kota Bharu hari tu. Tak tahulah apa yang Master fikir semasa bersetuju untuk membelinya. Harganya RM 30 dan ia cuma baju dalam lelaki menggunakan kain jersi. Kalau guna baju jersi biasa saja pun sudah cukup patutnya. Hari ini Master teringin untuk berlari setelah sekian lama tidak bersenam. Adakah dia akan memakai baju dalam lelaki Superman tersebut? Atau adakah dia hanya akan memeramnya menjadikannya tukun? Baju dalam atau  inner shirt  Superman untuk lelaki ini boleh didapati dalam warna hitam, biru, hijau, dan oren di TESCO Kota Bharu dengan harga RM 30. Tak tahulah kalau TESCO di tempat lain ada menawarkan produk yang sama seperti ini.

Telekung Vietnam RM 79.90 di Mydin Mall Seremban 2

Imej
Aiseh, tak boleh tidur pula. Mungkin kerana jadual tidur telah lari, maka mata tidak berapa mengantuk. Tedi tak kisah nak berjaga, cuma pagi nanti di sekolah mesti jantung rasa tak sedap. Jantung pun perlukan rehat yang cukup selain penjagaan makanan dan senaman yang berkala. Tedi selongkar jap kamera kesayangan Tedi dan tengok apa boleh dikongsikan. Nampaknya tiada lagi alasan untuk Mommy ajak gi Vietnam.. hehe..   Sebab apa? Kerana semasa kami merayau di Mydin Mall Seremban 2 semalam kami telah terserempak dengan Telekung Vietnam . Harganya cuma RM 79.90 . Telekung Vietnam terkenal di kalangan pembeli Malaysia sebagai produk telekung yang cantik bersulam dan harganya murah. Tapi tadi Mommy duk intai telekung ni tampak dia tak berminat...

Popular