[t16j11] Tukar Kad Touch 'n Go tamat tempoh
Kad yang telah berusia 10 tahun itu tersungkur di Lebuhraya MEX... Setelah seminggu Tedi mendiamkan diri dek penangan demam yang belum kebah, malam ini Tedi akan usahakan untuk mencoret dalam masa 15 minit. Pertamanya, Tedi ingin mengucapkan syukur setelah petang tadi Tedi dimaklumkan bahawa rangkaian komputer PLUS sudah semakin stabil. Alhamdulillah, Tedi bergembira mendengar usaha Master selama berminggu-minggu mengkaji dan mencari di mana cacat-cela yang menyesakkan laluan trafik syarikat itu telah membuahkan hasil. Tidak lupa juga buat rakan taulan Master yang sangat membantu. Tapi cerita itu hanya sampingan sahaja. Malam ini Tedi ingin berkongsi kisah kami sekeluarga yang ditimpa bencana apabila palang penghadang di lorong SmartTAG di Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya MEX tiba-tiba sahaja tidak mahu menaikkan dirinya. Apa yang Master sedar ketika itu adalah paparan maklumat menyatakan bahawa kad Touch 'n Go kami telah tamat tempoh! Tetapi tiba-tiba juga penghadang yang h...