[t23j30] Punca Kerosakan Tayar Kereta
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ Pada 26 Oktober yang lalu, tayar belakang kereta Subaru XV telah ditukar menggunakan tayar Continental UC7 — sama seperti tayar hadapan. Ini merupakan set tayar ke-3 dalam tempoh 8 tahun penggunaan . Pembelian kali ini disertakan dengan program jaminan 1 tahun melalui aplikasi Conti TCP , melibatkan pendaftaran maklumat diri, tayar, dan penjual. Artikel ini berkongsi panduan umum mengenai punca kerosakan tayar kereta. 5 Punca Utama Kerosakan Tayar Kereta — Continental UC7 | Subaru XV Punca Kerosakan Tayar Kereta Memahami punca kerosakan tayar kereta adalah penting untuk menjamin keselamatan memandu. Berikut adalah 5 sebab utama tayar mengalami kerosakan: ① Pecah atau Bocor Akibat Benda Tajam Tayar boleh pecah atau bocor apabila terkena paku, kaca, atau batu tajam di atas jalan raya. Ini adalah punca paling kerap berlaku, terutama di kawasan pembinaan atau jalan y...