Pembersih hampagas dan pam tayar kereta jenama COIDO
Malam ini Tedi nak kongsikan mengenai satu produk yang kami beli di Mr. DIY iaitu pembersih hampagas dan pengepam tayar 2-dalam-1. Harganya jika tak silap memang bawah RM 60. Master beli sebab ia 2-dalam-1, boleh guna untuk sedut habuk dan juga pam tayar. Kami beli alat pembersih hampagas merangkap pam tayar kereta ni di kedai Mr DIY di Mesamall di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di Malaysia pada 9 Jun 2018 atau 10 Jun 2018, nak kena periksa Google Maps untuk tahu bilakah kami ke sana, lupa pula, hihihi. Ciri-ciri produk 6023 Coido | Lokasi Mesamall Bandar Baru Nilai Setakat ini produk COIDO ini beraksi baik apabila membantu kami mengepam tayar kereta Subaru XV yang bocor di Kelantan, sempatlah untuk sampai ke bengkel kereta yang berdekatan, tetapi produk COIDO ni tak berapa bagus menyedut habuk, atau boleh dikatakan kami tak gunakan langsung untuk membersihkan kotoran dalam kereta. Teks: 2 in 1 DC 12V vacuum cleaner and tire inflator. COIDO. Item# 6023. Lok...