Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202004

[t20d28] SmartTomcat dalam IntelliJ IDEA Community

Imej
Smart Tomcat adalah satu plugin IntelliJ IDEA Community yang membantu kita debug aplikasi berasaskan web. Memandangkan Tadi setting Intellij Idea Tedi hilang setelah Tedi  delete   folder .idea, terpaksa Tedi tetapkan semula. Nasib baik masih ada ingatan bagaimana nak setup. Sebelum itu kena tambah dulu task dalam build.gradle. task explodedWar(type: Copy) { into "dist/exploded" war with war } Selepas itu kita tambah konfigurasi SmartTomcat, tapi Tedi malaslah nak taip, kome tengok gambar je lah ye. Ini pula adalah tetapan jika kita nak  execute apa-apa  task sebelum kita deploy aplikasi web tersebut. Sebagai contoh Tedi suruh Gradle clean war explodedWar ... iaitu kosongkan  folder , buat war, dan execute explodedWar.   Karangan ini telah diterbitkan buat pertama kali pada 20200428.

FAM Sangkal Dakwaan Asmirul

Imej
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris terhadap badan induk itu. Asmirul mendakwa, kegagalan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menguruskan kewangan pasukan dengan sebaiknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berpunca daripada kelewatan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) merangka perancangan baharu buat semua pasukan. Stuart Ramalingam, FAM. Gambar NSTP. Katanya, ia sekali gus mengheret beberapa pasukan termasuk Kedah ke kancah krisis kewangan disamping tiadanya bantuan dana khas daripada FAM untuk menyelamatkan pasukan. Bagaimanapun, segala tuduhan berkenaan dinafikan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mengakui sudah memaklumkan setiap perkembangan dan keputusan menerusi surat yang diemailkan kepada pasukan. Jelas Stuart, terdapat empat surat sudah diedarkan termasuk mengenai penangguhan liga dan larangan latihan oleh pasukan (17 Ma...

Iman Mutiara

Imej
Tedi baru sahaja mendengar nasyid Iman Mutiara 2019 melalui link YouTube  Iman Mutiara 2019  nyanyian Nazrey Johani (kalau kawan-kawan melawat laman YouTube tu, layanlah ye iklan sekali mana tahu hasilnya akan membantu Nazrey yang membuka maahad tahfiz), memang menyentuh jiwa. Seperti biasa Tedi akan abadikan lirik dan maklumat berkenaan lagu Iman Mutiara ini. Menurut Master, nasyid Iman Mutiara ni dah lama iaitu mula diterbitkan pada tahun 2007 , ia dinyanyikan oleh kumpulan Raihan di mana Nazrey Johani adalah vokalis utamanya. Nasyid Iman Mutiara ini terkandung dalam album Puji-pujian yang mencatat rekod album paling lari di Malaysia. Bermula dari album ini, nasyid kontemporari Malaysia menikmati zaman kegemilangannya.  Penulis lirik Iman Mutiara adalah Nazrey Johani dan hakcipta dipegang oleh  Warner Chappell Music, Inc . Tedi telah mendengar versi Iman Mutiara 2007 dan Iman Mutiara 2019 dan Tedi dapati versi Raihan lebih ceria dan rancak, manakala versi Na...

Aina Discaj Klinik Mata Hospital Putrajaya

Imej
Tajuk catatan hari ini ialah :  Aina Discaj Klinik Mata (Ophtamology) Hospital Putrajaya  |  Mummy Masak Sotong Sumbat |  Kampung People Kembali ditayangkan di TV3 Malaysia  | Kerenah Aina dan Aidan semasa Mummy dan Master solat berjemaah . Aina Discaj Klinik Mata (Ophtamology) Hospital Putrajaya Pada jam 2:30 petang tadi Master menerima panggilan telefon daripada nombor +60 3-8312 4200. Ia adalah panggilan telefon dari Klinik Mata Hospital Putrajaya yang memaklumkan temujanji Aina dengan klinik tersebut pada 5 Mei 2020 telah dibatalkan. Ini memang telah dijangka semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Panggilan telefon itu juga memaklumkan bahawa doktor telah bersetuju untuk membenarkan Aina discaj daripada klinik tersebut. Ini bermakna Aina tidak lagi perlu menghadiri pemeriksaan mata di Klinik Mata Hospital Putrajaya. Tetapi pegawai tersebut memaklumkan bahawa kami boleh bawa Aina semula ke Hospita...

Verify function dalam class yang ditulis Unit Test itu sendiri

Kali ini Tedi nak periksa (verify) sesuatu function dipanggil dalam service yang sedang kita unit test. Jadi langkah pertama kita spy-kan dia. public class OutletCheckAplusBizTest { public static final String COMMON_OUTLET_ID = "outletId"; public static final String APLUS_OUTLET_ID = "outletId"; @Mock AntRestfulApi antRestfulApi; @Mock OutletDetailService outletDetailService; @Mock Logger log; @Spy @InjectMocks OutletCheckBiz outletCheckBiz; Seterusnya kita sudah boleh periksa function-nya sendiri. Harus diingat bahawa  function itu haruslah  public atau minimum  protected . Jika  private maka kenalah cari jalan lain. @Test public void testProcess() { when(antRestfulApi.callMerchantOutletCreate(any(MerchantOutletCreateRequest.class))).thenReturn(null); when(antRestfulApi.callMerchantOutletQuery(any(MerchantOutletQueryRequest.class))).thenReturn(null); when(outletDetailService.updateOutletDetail(any(OutletDe...

Macam-macam Masalah

Imej
Hari ini masalah macam-macam dalam IntelliJ IDEA ni.  Masalah bermula dengan IDE tunjuk error tak jumpa satu constant, padahal constant tu dah ada dalam library v93, dalam build.gradle pun memang dah set v93, tapi kelihatan macam kod tu baca v91. Pening memikirkan masalah ni akhirnya Tedi tertidur. Masalahnya projek boleh sahaja build dan deploy guna Gradle, masa nak run unit test dekat Intellij IDEA je ada masalah. Pada pagi hari seorang kawan kata mungkin project Tedi dah corrupted , maka dia kata delete je folder .idea dan buka balik projek tu. Setelah re-open projek tersebut dapat pula error gradle "could not find method leftshift() for arguments gradle" . Tedi tahu masalah ni kalau guna Gradle version baru untuk run script Gradle version lama sebab method << tu dah deprecated. Masalahnya Tedi memang gunakan Gradle 4.10, sepatutnya tiada masalah itu kerana versi ni memang telah lama ketinggalan zaman. Akhirnya Tedi pergi ke Settings dan cari Gradle, nampak...

Tunggakan gaji sudah sinonim dengan bola sepak Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR: ‘Tak perlu panik, tak perlu bimbang!’ Itu pandangan bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah ketika mengulas tunggakan gaji yang dihadapi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sehingga menarik perhatian Penaung Diraja Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Jurulatih berpengalaman itu berkata, situasi itu bukanlah satu perkara yang luar biasa memandangkan ia sudah sinonim dengan ‘bola sepak Malaysia’ dan penjelasan yang diberikan KFA tampak sudah memadai. “Kalau lihat penjelasan KFA itu, kita perlu terimalah. Bukan setakat Kedah sahaja tetapi boleh dikatakan hampir semua pasukan turut bergantung kepada dana kerajaan negeri untuk bergerak kerana bola sepak Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan politik. “Malah, dalam sejarah KFA pun saya rasa tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar, jadi saya yakin pengurusan ada cara untuk menyelesaikan m...

Salahkan FAM, MFL boleh 'makan diri sendiri'

KUALA LUMPUR: ‘Tembakan’ Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris terhadap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan tidak wajar dan dikhuatiri memakan diri sendiri. Ini kerana KFA tidak seharusnya menuding jari kepada kedua-dua pihak terbabit atas kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukan itu memandangkan ia sebenarnya boleh diselesaikan secara dalaman. Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara, Mohd Safarizal Mohd Sobri berpendapat tindakan Asmirul itu kemungkinan dibuat atas dasar emosi namun mereka memahami kekangan yang menyebabkan kemelut terbabit berlaku. “Sepatutnya KFA tidak perlu membawa isu ini ke pihak yang lebih tinggi sehingga membabitkan FAM dan MFL kerana kami tahu KFA boleh menyelesaikannya tanpa sebarang masalah. “Semua pun tahu Kedah menjadi pasukan yang paling lantang menyuarakan pendapat seperti agihan hak penyiaran musim lalu, jadi niatnya semata-mata untuk berjuang dem...

Jangan tuding jari, tipu penyokong - TMJ

Imej
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah tunggakan gaji mereka bersama Helang Merah. Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, hari ini turut meminta persatuan tidak menuding jari kepada pihak lain dalam menangani isu itu selain berhenti menipu penyokong. "Yang mengadu pemain Kedah FA juga. Saya bersuara untuk semua pemain di dalam negara yang sudah lama menjadi mangsa janji kosong orang politik yang menguruskan bola sepak demi kepentingan peribadi. "Gaji lambat bukan sebelum COVID-19. Duit bonus Piala FA lambat. Gaji dua bulan lambat, hanya dibayar sebelum perlawanan Piala Sumbangsih. "Pemain Kedah FA sendiri yang bercerita. Striker (penyerang) import Kedah FA pun mengadu kepada pemain saya," tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris bersama kenyataan itu. - IG Stories TMJ Kelmarin, TMJ ...

Kali pertama Aidan memanjat ke tingkat dua

Pada waktu Maghrib tadi... Master meletakkan Aidan di ruang tamu bersama-sama kakaknya si Aina selepas memandikannya dan memakaikannya baju. Kemudian Master masuk semula ke dalam bilik untuk menyambung kerjanya yang tidak keputusan sementara bekerja di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini. Mummy pula sedang sibuk memasak kek di dapur. Tidak lama kemudian Aina sibuk menangis, sebut susu. Kebiasaannya ada dua iaitu dia nak susu, atau Aidan rampas botol susunya. Master pun pergi menjenguk Aina. Ketika itulah Master perasan tiada kelibat Aidan. Tapi Master tak ralat sebab Aidan mesti ada di beberapa tempat seperti di pintu masuk (penjuru kiri depan), belakang penapis udara Cuckoo (penjuru kanan depan), stor bawah tangga (penjuru kiri belakang), atau di rak barang (penjuru kanan belakang). Keempat-empat penjuru ni memang kegemaran Aidan mungkin sebab ia tersorok. Master carilah di sana, tapi tiada! Master panggil Aidan, tapi tiada sahutan. Master periksa pintu depan mana ta...

Bagaimana dapatkan Object daripada Model

Function ni biasa-biasa sahaja. Cuma apa yang Tedi nak rekodkan dalam function ni ialah: bagaimana kita mendapatkan Object daripada Model. bagaimana buat function ringkas untuk kurangkan code complexity. Contohnya kod ni cuma periksa sama ada Blob dan Objek tu null atau tidak, itu je. public boolean isMerchantGotFileAndModelIsEmpty (Blob fileFromMerchant, String attributeName, Model model) { Map<String, Object> modelMap = model.asMap(); Object file = modelMap.get(attributeName); return ( null != fileFromMerchant && null == file ); } Label: how to retrieve Object from Model Spring MVC

Popular