[t20j29] Kata nak tidur, tapi duk berjoget pula; Sambal Penyet Mummy
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Animasi Aina dan Aidan menari untuk lagu Baby Shark Doo Doo Doo. Jam 8:15 malam konon nak naik atas ke bilik tidur untuk tidur, tapi ini pula yang dibuat mereka. Memang kalau nak buatkan mereka ni tidur tak boleh bawa kedua-duanya naik ke bilik sekali. Selalunya kena bawa Aina dulu kerana dia tidak tidur siang dan asyik tahan mata. Apabila baring seorang diri selalunya dia akan terus lena. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun 8 bulan 9 hari, manakala Aidan pula berumur 1 tahun 5 bulan dan 1 hari. # Thursday, 29 October 2020, 08:15 # 20201029 # VID20201029081540-ANIMATION.gif # *** Rasanya Tedi salah memahami animasi ini, sebenarnya kejadian berlaku pada jam 8 pagi jadi ini bermaksud mereka berjoget setelah bangun tidur. Walau bagaimanapun Tedi malas nak tukar cerita pada caption di atas kerana ia adalah fakta yang benar cuma tersilap masa dan ketikanya. Hihihih. ...