Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lukisan

Gambar potret dilukis menggunakan hanya 1 loretan pen

Imej
Gambar potret ini dilukis menggunakan sebatang pen dengan 1 loretan sahaja Ia bermula di hidung dan berakhir di bahagian bawah. Mungkin tujuan asalnya adalah untuk promosi pen keluaran mereka. Tedi sangat mengkagumi lukisan potret seorang lelaki yang telah dilukis pada tahun 1884 ini kerana ia sangat teliti dan yang dahsyatnya lukisan ini ternyata menunjukkan bagaimana dakwat pen tersebut boleh bertahan. Hakcipta 1884 oleh Knowlen & Maxim.  

Lukisan Kereta medium pensil

Imej
Kandungan:  Lukisan kereta dua dimensi (2D) ,  Lukisan kereta Proton Saga ,  Lukisan kereta Dodge Charge ,  Lukisan kereta Volswagen Beetles . Kelakar pula menatap kartun kartunis LAT ni yang mengisahkan keadaan apabila kereta Proton SAGA muncul di Amerika Syarikat. Ia menggambarkan Proton SAGA sebagai kereta kecil kompak yang mungkin kini lebih sesuai dikaitkan dengan Perodua Kancil, Perodua Viva, dan Perodua Axia. Lukisan kereta dua dimensi (2D) Gambar lukisan pensil kereta dua dimensi (2D) dari pandangan tepi menampakkan lampu depan, bumper depan, cermin sisi, tayar, pintu, tingkap, bumbung, ekzos, dan asap kereta. Asap kereta pun termasuk juga ka? Gambar di bawah ini menunjukkan lukisan pensil yang dikatakan adalah paten kepada kereta hatchback Honda yang bocor pada tahun 2016. Kereta apakah itu ya? Lakaran kereta futuristik dengan pensil sahaja. Lukisan kereta Proton Saga Hahaha, memang susah nak jumpa lukisan pensel kereta Proton SAGA lama seperti ...

Lukisan Rumah Di Tepi Sungai

Imej
Kerja sekolah Tedi seterusnya adalah untuk membuat satu lukisan yang menggambarkan sebuah rumah usang yang terletak di tepi sungai. Tedi dah pernah kaji pasal lukisan rumah usang pada tahun 2015 dahulu, maka kali ni Tedi nak cuba sesuaikan pula dengan kedudukan rumah di tepi sungai. Karangan ini akan merangkumkan beberapa lukisan rumah tepi sungai yang telah Tedi pilih sebagai sumber inspirasi. Lukisan Rumah Di Tepi Jeram Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah kecil betul-betul di tepi sebatang sungai kecil. Keadaan sungai yang berbatu itu mungkin menunjukkan ia adalah jeram yang mencadangkan bahawa rumah ini terletak di atas bukit. Terdapat titi kecil betul-betul di sebelah hadapan rumah seolah-olah ia adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke rumah tersebut. Sumber: lukisanindo.com Lukisan Rumah Barat Berhampiran Sungai Lukisan pensil hitam putih ini menunjukkan sebuah rumah gaya barat terletak tidak jauh dari sebatang sungai. Kelihatan denai dari rumah itu ke sungai, dan ...

[t14l20] Lukisan seorang nenek membelai kucing.

Imej
  Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka. Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu. Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu. Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan. Lukisan Komen Tedi Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam. Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas! Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya. Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu. Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing. Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas k...

[t18l18] Lukisan Lada Benggala

Imej
Karangan hari ini adalah mengenai lukisan lada benggala yang dipanggil capsicum oleh omputeh. Lada benggala sedap dimakan selepas dipanggang. Bagaimanakah cara nak lukis Lada Benggala agar tampak menarik dan sedap dimakan? Lukisan Lada Benggala Separuh Gambar di bawah ini adalah lukisan lada benggala kuning sebiji dan lada benggala merah dibelah separuh. Lukisan ini adalah lukisan warna air.   Lakaran Lada Benggala Hijau oleh Ashlin422 Ini adalah lakaran atau sketsa sebiji lada benggala berwarna hijau oleh Ashlin422. Apa yang menarik tentang lakaran lada benggala hijau ini adalah ia dilukis menggunakan perisian MS Paint, sebuah perisian ringkas oleh Microsoft. Lukisan ini telah dilukis pada tahun 2013. Sumber daripada ashlin422. Lakaran Pensil Lada Benggala  Ini pula gambar lada benggala yang dilukis menggunakan pensil oleh lironyan.com. Lukisan Lada Benggala oleh Arun Verma Lukisan lada benggala beserta bayang-bayang yang memanjang oleh Arun Verma.

[T17K16] Lukisan Sebuah Menara Usang

Imej
Karangan kali ini bukanlah satu karangan pun tetapi hanyalah satu coretan mengenai lukisan-lukisan sebuah menara usang untuk dijadikan rujukan persekolahan Tedi. Contoh lukisan menara yang usang satu menara sahaja. Gambar lukisan menara usang di dalam hutan yang dah roboh sebahagiannya dari Burnchurch Castle. Gambar di atas menunjukkan lukisan sebuah menara lama Grande di kawasan bukit lukisan menara condong Teluk Intan Gambar di atas pula adalah lukisan menara lama Teluk Intan yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Intan yang dikelilingi bangunan kedai dan gerai bergerak. Gambar di atas menunjukkan lukisan pensil sebuah menara tangki air lama. 20171116

T19L17 Lukis Obor-obor

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tadi dah siapkan draft kertas kerja untuk Analisa Keperluan Pengguna. Insya-Allah esok akan dibentangkan jika ketua projek tidak menyibukkan diri beliau. Kalau beliau sibuk pun Tedi tidak merisaukan diri, kerana Tedi bolehlah buat kerja-kerja amal yang lain... amal la sangat... hahaha... Esok Proton Saga BLM 1.3 MT IAFM Duel Blitz Monster mungkin akan keluar bengkel. Tedi tak sabar dah nak bertemu beliau. Gayatlah naik kereta Subaru XV STI yang tinggi tu. Alhamdulillah, ini adalah kiriman ke 1000 Tedi dalam interpretZZ ni.. semoga akan berterusan mengirim... manalah tahu boleh jadi sumber rezeki. Aduhai.. nak kena siapkan lukisan obor-obor pula dah... Tedi dah lah kaku tangan kalau bab melukis ni, diminta pula melukis obor-obor. Manalah Tedi reti... huhu... Obor-obor ni dah lah lembik macam agar-agar macam mana Tedi nak serlahkan kelembikan beliau dalam lukisan? ...

T18K03 Air Terjun dan Menara

Imej
Bukan senang nak cari koleksi lukisan air terjun dan menara ni, lebih-lebih lagi menara usang. Tapi dapatlah juga Tedi cari beberapa lukisan air terjun dan menara untuk dijadikan ilham melukis lukisan sebuah menara usang di tepi air terjun. Lukisan menara usang pula boleh dirujuk pada hasil carian Tedi sebelum ini dalam kiriman bertajuk " Lukisan Sebuah Menara Usang ".   Menara Rapunzel di tepi air terjun Gambar di bawah ni kalau kawan-kawan minat kartun mungkin kenal bahawa ia adalah lukisan menara rahsia di mana Rapunzel disembunyikan. Menara ini terletak di tepi air terjun di dalam sebuah hutan.   Bangunan Menara Berdindingkan Air Terjun Okay, gambar di bawah ini pula adalah lukisan sebuah bangunan yang ada menara dan terletak berhampiran air terjun seolah-olah air terjun tu jadi tembok buat bangunan tersebut. Lukisan air terjun dan menara oleh Andrew Bosley.   Pulau Seribu Air Terjun Di bawah ini adalah lukisan bertajuk Pulau Seribu Air Terjun. Tiada men...

Sketsa Kuda

Imej
Kawan-kawan jangan pelik pula dengan tajuk karangan Tedi kali ini. Mungkin kawan-kawan tengah tertanya-tanya, "apakah itu sketsa kuda?" Tedi malas nak jawab panjang, baca sahaja definisi daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah: Definisi :  (skétsa) 1. lukisan yg dibuat secara kasar dan cepat, lakaran; 2. karangan atau lakonan pendek yg menggelikan hati.  (Kamus Dewan Edisi Keempat)   Jadi gambar-gambar sketsa kuda yang Tedi kongsikan di bawah ini mungkin tidak menepati definisi di atas kerana ada lukisan yang tidak ringkas. Bagi Tedi, lakaran adalah lebih kepada lukisan yang dihasilkan menggunakan medium pensel atau pen hitam putih sahaja. Salah rupanya definisi Tedi selama ni? Bagaimana Melakar Seekor Kuda Menggunakan Bentuk-bentuk Ringkas? Ini adalah panduan umum bagaimana kita boleh melakar seekor kuda menggunakan beberapa bentuk ringkas tiga dimensi (3D). Sketsa Kuda Sedang Berlari Lukisan teliti seekor kuda sedang ...

Popular