Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perkahwinan Pak Teh Izzuddin

[t22a21] Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini selain rutin harian biasa, Master telah menghadiri raptai majlis perkahwinan Pak Teh di dewan perkahwinan Royal Palace di SkyTech Tower 2, bangunan sama yang menempatkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Mengikut rekod Master bergerak dari rumah sekitar jam  2:46 petang dan tiba di destinasi pada jam 3:10 petang. Memandangkan belum ada yang sampai, Master telah menjamu selera di gerai bersebelah bangunan letak kereta.   Prosedur untuk dapatkan bayaran tempat letak kereta kadar rata (flate rate parking) jika anda menghadiri majlis perkahwinan di Royale Palace Cyberjaya. # BALAI POLIS CYBERJAYA AFFY 4000 TENAGA NASIONAL BERHAD THE CYBERJAYA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG JIKA BERLAKU KEBAKARAN SILA JANGAN GUNAKAN LIF ROYALE PALACE SKYVIEW CYBERVIEW FLAT RATE PARKING RM2 PLEASE PAY AT THE PARKING COUNTER ON YOUR WAY OUT JUST MENTION YOU ARE FROM ROYALE PALACE SKYVIE...

[t22a23] Majlis Perkahwinan Pak Teh Izzuddin di Royal Palace Cyberjaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aktiviti kami pada hari ini bermula dengan bersiap-siap memakai pakaian yang sesuai dengan majlis perkahwinan. Tema warna pakaian kami ialah biru muda. Pada jam 10:10 pagi Master memecut ke SkyTech Tower 2 Cyberjaya dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi dan kami tiba di sana pada jam 10:30 pagi. Pada jam 11 pagi kami sebagai tuan rumah menjamu selera terlebih dahulu. Rekod daripada gambar menunjukkan bahawa Aidan telah merampas dan mengawal kamera merah jambu seawal jam 11:29 pagi menyebabkan Master kurang mengambil gambar. Pada jam 12:17 tengah hari kelihatan Aidan telah melepaskan kamera merah jambu, ini bermakna mungkin kami telah bergerak duduk di Meja Dome VVIP yang terletak di depan pelamin. Pada jam 12:30 tengah hari, pengantin mula masuk ke dalam dewan. Pada jam 4:00 petang majlis tamat dan dewan dikemas seawal jam 3 lebih. Aina dan Aidan main buai di luar...

[t22a22] Majlis Pernikahan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jika semalam Master menghadiri  Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin , pada pagi ini berlangsung pula majlis pernikahan Pak Teh Izzuddin. Lokasi majlis pernikahan tersebut adalah di Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Slot masa pernikahan adalah pada jam 11 pagi tetapi kesemua ahli keluarga perlu hadir sebelum jam 10:30 pagi. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 10:01 pagi dan tiba di kawasan masjid pada jam 10:25 pagi. Jarak perjalanan adalah 22.6 kilometer. Sempena musim Covid-19 ni hanya 10 ahli keluarga dari setiap belah pengantin lelaki dan perempuan dibenarkan masuk. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk sama sekali, menyebabkan hanya Master dan adik-beradik beliau kecuali Mak Lang Yan menyertai majlis tersebut. Master telah mengeluarkan kamera DSLR Sony Alpha a5000 berwarna merah jambu untuk merakam gambar-gamba...

Popular